Gara-gara disifatkan oleh kepimpinan Pas sebagai 'kurang cerdik', calon Pas PRK Kuala Besut Azlan Endut @ Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long dilaporkan telah diarahkan oleh pimpinan Pas supaya tidak kerap bercakap atau membuat ucapan dihadapan umum kerana Pas sendiri tidak begitu yakin dengan apa yang sudah ditampilkan oleh Che Long setakat hari ini.
Menurut sumber dalaman Pas, cakap-cakap mengenai Che Long yang tidak punyai bakat kepimpinan itu makin hangat diperkatakan sesama mereka, sehinggakan pihak parti terpaksa tidak membenarkan beliau berucap bersama-sama mantan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah yang diadakan di Kampung Beris Pak Abu malam tadi.
Che Long yang hadir berbaju hijau dan berkasut putih itu sekadar menjadi hadirin tanpa diberikan kesempatan walaupun seminit untuk beliau membuat ucapan, pada awal kontroversi ketidaklayakkan Che Long menjadi seorang pemimpin, beliau masih lagi diberi peluang selama 3 minit untuk membuat ucapan sebelum dikurangkan kepada 2 minit. ( sila rujuk ceramah beliau kebelakangan ini.) Namun malam tadi beliau langsung tidak diberikan ruang lagi.
Jika diperhatikan bermula penamaan calon lagi, pimpinan Pas yang mengiringi Che Long semasa sidang media sudah tidak selesa dengan tindak-tanduk dan tutur kata yang dizahirkan oleh Che Long, ianya seperti mereka kebimbangan terhadap sesuatu dan dalam keadaan terhati-hati bilamana Che Long membuka mulut atau ingin menjawab apa-apa dari soalan yang diajukan wartawan.
Sikap ego dan 'lokek' Che Long jika ada yang menegurnya atau meminta beliau supaya kurang membuat kenyataan-kenyataan media menambahkan lagi rasa tidak selesa pimpinan Pas. Mereka seolah-olah menyesal meletakkan Che Long sebagai calon Pas dalam PRK ini, apapun segalanya sudah terlambat, mahu tidak mahu Pas terpaksa meneruskan dengan apa yang telah mereka putuskan walau mereka sendiri tidak yakin dengan keupayaan calon yang telah dipilih itu.
Pada pandangan umum pun Che Long dilihat 'pelik' dan lain dari yang lain, bukan sekadar kenyataanya saja yang menjadi kontroversi intelektual 'mabuk ketum', gurau jer Che Long jangan marah ! Tapi penonjolan beliau dihari penamaan calon dengan berbaju melayu serta berkasut putih dilaporkan benar-benar membuatkan Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang merasa malu, Hadi dikatakan mengeluh dengan kasut putih 'stylo' yang dipakai oleh Che Long yang menurutnya tidak sesuai bagi seorang yang sudah berumur dan bakal menjadi pemimpin.
Pada hari penamaan calon juga, Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa membetulkan samping yang dipakai oleh Che Long dihadapan media dan dilihat membisikkan sesuatu ditelinga Che Long, dengan masalah semulajadi yang sering Che long zahirkan itu yang turut tidak disenangi oleh pimpinan Pas, kita tidak pasti apakah rakyat di Kuala Besut akan memperjudikan masa depan mereka dengan menaruh undi simpati terhadap Che Long ? Anda Mampu Mengubahnya.
Pada hari penamaan calon juga, Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa membetulkan samping yang dipakai oleh Che Long dihadapan media dan dilihat membisikkan sesuatu ditelinga Che Long, dengan masalah semulajadi yang sering Che long zahirkan itu yang turut tidak disenangi oleh pimpinan Pas, kita tidak pasti apakah rakyat di Kuala Besut akan memperjudikan masa depan mereka dengan menaruh undi simpati terhadap Che Long ? Anda Mampu Mengubahnya.
Adoiii ganah sungguh Che Long calon Pas ni, 'stylo' pah ceroh, tapi xrok duk 'stylo' pun kalu mulut ado xleh kecep, pah kalu bisu xleh kecep gitu dalam sidang DUN nanti nok berbahas masalah rakyat guano ?
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete