Gobind Sink disyakki mabuk semasa memasuki sidang parlimen semalam dan menyerang menerusi tuduhan melulu yang dibuat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Gobind dalam perbahasannya menyatakan, Zahid, lebih kurang tujuh tahun lalu telah melakukan jenayah apabila bertindak menumbuk muka seorang lelaki yang dikatakan cuba merosakkan rumahtangga anak perempuan beliau dengan menggunakan sihir ilmu hitam.
Selain itu, Gobind berbelit seperti mendakwa Zahid membuat ugutan bunuh dan percubaan bunuh terhadap lelaki tersebut, dalam nada yang angkuh seolah-olah sedang membuat pendakwaan keatas penjenayah didalam mahkamah, Gobind juga turut kelihatan mengzahirkan mabuknya apabila dalam satu masa ketika membahaskan isu yang sama, kata-katanya tidak konsisten dan berubah-ubah dengan begitu kritikal sekali.
Pada mulanya Gobind memberitahu beliau ingin Menteri menjawabnya sekarang akan isu yang dibangkitkan oleh beliau, sejurus selang hanya beberapa minit pula beliau memberitahu, beliau tidak mahu Menteri menjawab isu yang dibangkitkan itu sebaliknya ingin Timbalan Menteri yang menjawabnya, seterusnya beberapa minit kemudian lagi, beliau memberitahu beliau ingin bertanya kepada Menteri.
Apakah Gobind tidak mabuk apabila bertanya kepada Menteri tapi tidak mahu Menteri menjawab dan pada masa sama inginkan jawapan dari Menteri ?.
Kalau terserempak dengan ular dan Gobind, mana yang nak diketuk dahulu?. Mungkin yang difikirkan lebih bahaya akan diketuk dulu, belitannya yang berbahaya seringkali dilihat lebih kepada membela pesalah dan penjenayah yang sebenar, sedangkan mereka yang tidak bersalah yang cuma mempertahankan hak terus menjadi mangsa belit.
Sedikit masa nanti mungkin juga kita akan melihat mana-mana pihak yang memasang papantanda amaran seperti dibawah akan didakwa kerana kesalahan mengugut untuk mendenda perokok, sebaliknya perokok pula akan dibela.
Begitu juga kita akan didakwa dan dibelit diatas kesalahan yang disifatkan sebagai ugutan jika kita memberi amaran kepada pesalah, penjenayah atau orang yang mengancam hidup kita. Itulah kesongsangan yang sedang melanda, ramai yang suka jalan belakang daripada jalan depan, biarpun jalan belakang itu kotor dan haram, ia tetap jadi pilihan. Anda Mampu Mengubahnya.
Ugutan belasah |
Ugutan denda |
Lawak betoi.. Huhue..
ReplyDelete