Kaki Projek Punca Kontraktor Lari Cemarkan UMNO Di Kawasan @Mustapa_Mohamed

JELI - Jemaah Madrasah Pak Da Wahab di Kampung Gemang, dekat sini, gembira apabila permohonan mereka untuk membina bilik mandi dan tandas baru surau itu diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan peruntukkan sebanyak RM10,000.

Kelulusan peruntukan berkenaan pada pertengahan April lalu dan diikuti pelaksanaan kerja projek kira-kira tiga minggu kemudian, namun kontraktor dilantik agensi kerajaan terbabit berhenti sekerat jalan dan meninggalkan projek berkenaan dalam keadaan terbengkalai.

Pengerusi Jawatankuasa madrasah itu, Mazalan Ahmad berkata, “Bila kami minta supaya bilik mandi dan tandas baru dibina mengikut spesifikasi projek RM10,000, kontraktor terbabit tidak dapat ikut kehendak jemaah dan lari tinggalkan projek ini,” .

Tambah Mazalan, peruntukan asal dipohon bagi projek itu adalah RM20,000, namun agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) terbabit hanya meluluskan RM10,000.

“Kami perlu bilik mandi dan tandas baru kerana surau ini belum ada bilik mandi manakala tandas pula sudah terlalu daif dan tidak mampu menampung keperluan jemaah.

Difahamkan, kontraktor terbabit bertindak demikian kerana peruntukan diterimanya untuk melaksanakan projek itu hanya RM3,000 dan bukannya RM10,000 seperti diluluskan agensi kerajaan berkenaan.

Perkara itu didakwa didedahkan sendiri kontraktor terbabit selepas Imam madrasah, Mat Zin Harun menegur kualiti kerja dilakukan tidak sepadan dengan spesifikasi projek bernilai RM10,000.

Cubaan mencemarkan imej parlimen Jeli dibawah pimpinan Datuk Seri Mustapa Mohamad dengan keberlakuan seperti itu seharusnya dibendung supaya ianya tidak terus menular dan memberikan persepsi buruk terhadap pemimpin tersebut.

Biarpun pada dasarnya projek berkenaan tiada kaitan dengan beliau, tetapi beliau selaku pemimpin dikawasan itu pasti akan mendapat bahananya dalam isi-isi ceramah yang bakal dimainkan oleh pembangkang nanti.

Mustapa atau lebih mesra dipanggil Tok Pa perlu dilihat berimej bersih sepanjang masa baik dari segi keperibadian beliau mahupun kawasan yang dimenangi oleh beliau, tindakan 'kaki projek' membaham wang peruntukkan itu sehingga menyebabkan projek terbengkalai seolah-olah langsung tidak menghormati Tok Pa sebagai pemimpin dikawasan berkenaan.

Sepatutnya 'kaki projek' harus merasa malu dan tidak cuba membuat 'kucar perangai' dikawasan tokoh tersebut, Parlimen Jeli perlu bebas dari anasir demikian supaya ia dapat dijadikan ikon bagi lain-lain parlimen di negeri Kelantan sejajar dengan ketokohan yang ada pada pemimpinnya.

Justeru, perkara ini harus disiasat dan dipastikan supaya ianya tidak lagi berulang sekaligus boleh menghakis keyakinan rakyat kepada Tok Pa, mungkin pemantau khas perlu ditubuhkan oleh Tok Pa bagi memastikan setiap projek kerajaan di parlimen itu dipantau serta tidak lagi mengalami masalah penyelewengan seperti itu.

Dengan itu Parlimen Jeli akan menjadi sebut-sebutan sebagai sebuah Parlimen yang bersih dan bebas dari sebarang aktiviti songlap sebagaimana bersihnya imej Tok Pa dimata rakyat....Lepas tu baru kita fikir macam mana BN nak tawan Kelantan... Anda Mampu Mengubahnya.

Tok Pa keno kato "Demo kalu nop kucar jange wat kucar kg kawe deh!!!"

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK (MCA Gombak) was a very big mistake to expel monks from SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE in 2001, Buddhists still in remember that time, he and his thugs(gangsters) and 2 polices came to destroy(arrest) the Sangha in the Temple, and the devotees were very sad to hear it had applied

    How long, Buddhists cannot forget what happened in the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE but YIP KUM FOOK how to live in the world, he damaged the Sangha or separated Sangha, which is a very big sin in Buddhist teachings. This Kamma, the earth will suck or swallow you (YIP KUM FOOK) like His Venerable Devatta on Buddha time

    “you are a Buddhist and you are a lawyer, also a graduate, why don’t you know what is wrong or right, like us as ordinary people, we don’t have any graduates or degrees but we know about the good and the bad”

    Kenny yap, Taman Desa Jaya, Kepong

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.