Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa Umno perlu melakukan perubahan, namun menurut beliau, usaha itu adalah satu "tugas amat besar" yang melibatkan emosi para individu dalam parti tersebut.
Katanya, kesabaran amat diperlukan jika parti tersebut mahu melaksanakan perubahan kerana ia tidak akan hanya berlaku dalam semalaman. Umno sudah melakukan perubahan sebaik sahaja beliau mengambil alih dengan meminda perlembagaan bagi pemilihan pucuk pimpinannya yang mana ia bakal dilaksanakan semasa pemilihan parti pada 5 Oktober ini.
Buat kali pertamanya kira-kira 150,000 anggota Umno dijadualkan memilih pemimpin tertinggi parti itu. Ini berbanding dengan hanya 2,600 delegasi yang biasanya memilih pemimpin parti mereka pada masa-masa lalu.
Menurutnya, agenda perubahan tidak terletak pada dirinya seorang, tetapi ia bermula daripada legasi Tun Dr Mahathir Mohamad, dan juga Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Maka (kini) giliran saya melakukan transformasi, dan saya akan memberi sepenuh komitmen dan yakin akan mampu melaksanakan," kata beliau.
Umno mesti berubah, tapi perubahan itu tidak sebagaimana mudahnya ia disebut, bukan setakat Presiden parti saja yang merasai kepayahan itu, bahkan seluruh rakyat Malaysia turut merasakannya.
Jika Umno benar-benar mahu berubah, daripada mana ianya ingin bermula ?, kerana bila bercakap mengenai perubahan dalam Umno, ia samalah seperti ayam dan telur, kerana bermulanya ayam daripada telur dan bermula juga telur daripada ayam, yang mana lebih dahulu ?
Namun ibarat pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga dengan perubahan didalam Umno, perubahan itu mestilah bermula diperingkat bawahan lagi, diperingkat atasan ia sememangnya sudah sukar untuk melenturnya.
Tapi jika diperingkat bawah, ia tidaklah sesusah mana jika benar-benar inginkan perubahan, pertaruhkan saja mereka yang berwibawa, pilih mereka yang berkelayakkan dan punyai ciri-ciri kepimpinan yang mampu membawa masa depan parti ke arah yang lebih baik daripada keadaan yang ada sekarang.
Kalau tidak dipilih pemimpin yang cacar marba, masakan Umno tidak disenangi oleh rakyat dan perlukan perubahan ? Siapa yang menyebabkan pemimpin cacar marba dapat naik bertenggek mengjahanamkan parti ? Bukankah ianya naik kerana dipilih ?
Adapun hendak melakukan perubahan diperingkat atasan, ianya bukanlah satu tindakan yang bijak selain hanya akan menghuru-harakan parti, sebagai contoh jika Najib dibaringkan, pengganti beliau belum tentu juga mampu untuk melakukan perubahan, lagipun Najib ni dah cukup baik dah, yang tak baiknya Ah Jib Gor jer.
Seterusnya faktor masa, keberadaan parti semasa beliau mengambil alih dan tekanan politik dari luar dan dalam yang dihadapi oleh Najib juga perlu diambil kira, dan dalam masa sesingkat itu yang diberikan kepada beliau, sangat tidak adil jika kita mengatakan beliau gagal membawa apa-apa kebaikkan kepada parti, malah....Sambung semula... Ko guano Tok Jib dih ? Anda Mampu Mengubahnya.
Memang UMNO kena berubah..satu cara ngan apa yang dia sendiri laungkan..tranperansi...jadi pada pemilihan mesyuarat agong umno nanti semua jawatan mesti di pertandingkan. Jangan cakap tak serupa bikin...rakyat melihat dari jauh.
ReplyDeleteRAKYAT DAH MELUAT DENGAN PM CINA JADIAN AH JIB GONG KERANA TERLALU LEMAH LAMBAI LEMBUT GEMALAI SAMPAI MELAYU DIPIJAK KEPALA .BERSARA LA BOLEH TERUS PUKUL GONG CINA!!!
ReplyDelete