Kenaikkan Harga Minyak - Prof Agus Minta Timb Menteri Bagi Alasan Pakai Otak Bukan Pakai Lutut

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang. 


Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah! - Prof Agus

Apapun, kita mengharapkan kerajaan sedar dimana rakyat sekarang tidak seperti dulu lagi, mentaliti rakyat sudah berubah, rakyat semakin cerdik, menteri jer yang kurang cerdik, so kalau BN nak kekal mentadbir negara ini, pastikan menteri yang dilantik itu benar-benar cerdik, cerdik itu hendaklah cerdik untuk semua bukan cerdik untuk dirinya... Anda Mampu Mengubahnya.

8 comments:

  1. Ini sorang lai Professor yang bodoh sombong..Awak tu professor apa?..mengajar ekonomi?..pKr ekonomi?..jangan buat perbandingan ikut akal jer..ikut ilmu, fakta dan realiti..Kerajaan ada pakar ekonomi, penasihat ekonomi dan komite yang mentadbir negara...Jgnlah mentang2 anda Profesor yang mengajar budak2 mentah universiti boleh bercakap sesuka hati..dan malukan diri sendiri dengan kebodohan yg nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu pulak Prof Kamal kangkong...fakta di hujung jari tapi masih duk dalam hutan...MasyaAllah....

      Delete
  2. Realitinya Ah jib gor telah kena jual oleh pemandu mabuk_

    ReplyDelete
  3. Realitinya Ah jib gor telah kena jual oleh pemandu mabuk_

    ReplyDelete
  4. Harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia, demikian mengikut kajian dibuat oleh agensi berita kewangan antarabangsa, Bloomberg.

    PERBANDINGAN DIBUAT DENGAN NEGARA-NEGARA TERSEBUT DISEBABKAN KEDUDUKAN NEGARA-NEGARA TESEBUT BERADA DI SEKELILING MALAYSIA. THIER CULTURES ALMOST THE SAME WITH OURS, NOT ONLY CULTURES BUT THIER DAILY BASIC REQUIREMENTS ALSO ALMOST THE SAME. DEPA MAKAN NASI DAN MUNGKIN JUGA BESERTA SAMBAL BEGITU JUGA RAKYAT MALAYSIA. APA PERLUNYA MEMBUAT PERBANDINGAN DENGAN NEGARA YANG JAUH DARI MALAYSIA SEDANGKAN THIER DAILY BASIC REQUIREMENT ARE TOTALLY DIFFERENT FROM OURS. CUMA PENDAPAT SAYA.

    ReplyDelete
  5. Sedap dengar orang macam prof agus ni bercakap sebab orang cakap lepas ni memang sedap didengar, pedas, panas membara. emosi kita pun sama2 meluap2.

    tapi betul ke tidak, emosi kata sedap.
    bila fikir 2 3 kali lepas tu, rupa2nya sedap dengar je.
    jadi pembidas sebenarnya memang sedap dan senang.
    jadi 'pengkritik" yang membina belum tentu semua layak.

    bukankah jelas kaitan BRIM & rasionalisasi petrol ? bacalah banyak sikit profesor agus. Malukan taraf profesorlah. fikir sebelum bersuara.
    saya pun sedap dengar. saya pun terasa harga petrol makin mahal.

    tapi terkejut dengar prof tak boleh kaitkan BRIM & kenaikan harga petrol ini.
    BRIM tu jelas secara cekap nak bantu golongan gaji bawah rm3,000. profesor memang tak dapatlah BRIM, subsidi petrol sama saja prof rasa walau pun gaji tak kurang RM6-7,000. Jadi jimatkan subsidi, alih duit tu untuk bantuan dan kemajuan lain. bantuan ni termasuklah BRIM dan lain2.

    banyak sebab kita boleh fikir sebenarnya. jangka pendek mahu pun jangka panjang. Ekonomi negara barat termasuk AS & Eropah kini menuju kegagalan sebab tak buat persiapan jangka panjang.

    timbalan menteri bandingkan harga tu satu daripada aspek yang patut kita lihat.

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn prof.. pendapat prof ni sealiran dgn pendapat tun m. Kalo dah byk sgt hutang, defisit tinggi mengaku je la..x payah nak cover dgn alasan bodoh kunun nak alih subsidi pd yg lebih layak la, nk tingkatkan brim la.. my @ss. Yg bangkang ckp prof ni pun agak2 la smpi bila korang nk ampu najib tu?

    ReplyDelete
  7. Kenaikan harga minyak ini amat memeritkan penyrludup minyak.... bagaimana mereka nak dapat wang jika harga minyak dinaikkan sesuka hati oleh kerajaan. Sokonglah penyeludup minyak yang terjejas dek kerakusan kerajaan ini. Jika dapat diturunkan harga minyak penyeludup minyak berjanji akan menyeludup sebanyak mungkin minyak-minyak itu ke tempat-tempat yang memerlukannya....seperti syarikat-syarikat pengangkutan, kapal-kapal dan kilang-kilang.. Mereka kini agak merana diatas tindakan kejam kerajaan....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.