Menteri Sahkan Syarikat 'Pembunuh Kejam' Kawalan Prima Di Haramkan

KUALA LUMPUR - Semua operasi syarikat penyedia pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pegawai bank dalam satu rompakan minggu lalu, diharamkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata syarikat kawalan keselamatan iaitu Kawalan Prima Sdn Bhd, boleh didakwa di mahkamah sekiranya mereka masih menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan berkenaan.

"Pagi tadi (Khamis), setiausaha jabatan keselamatan dan ketenteraman awam telah pergi ke ibu pejabat firma berkenaan dan cawangannya bagi memastikan tiada lagi operasi dijalankan oleh pihak mereka.

"Pihak kementerian mengklasifikasikan sebarang operasi yang dijalankan syarikat itu sebagai haram dan akan mendakwa mereka di mahkamah sekiranya mereka tidak mengendahkan arahan berkenaan," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Ahnad Zahid turut mengesahkan senjata yang digunakan oleh syarikat pengawal keselamatan tersebut telah dirampas oleh pihak kementerian dan kenyataan bertulis serta pemberitahuan rasmi akan dimaklumkan kepada pelanggan firma berkenaan.

"Mereka akan dimaklumkan mengenai perkara ini, dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka meneruskan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan tersebut," katanya.

Beliau menambah, syarikat kawalan keselamatan berkenaan telah tiga kali melanggar undang-undang kerana mengambil pekerja warga asing sebagai pengawal keselamatan dengan beberapa orang daripadanya memiliki rekod jenayah. 

Dalam kejadian 22 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai Ambank iaitu Norazita Abu Talib, 37, ketika merompak cawangan bank berkenaan dalam kejadian di Jalan USJ 2, Subang Jaya, Selangor.

Pengawal keselamatan itu yang sebenarnya bertugas di bank lain, hadir bertugas di Ambank cawangan tersebut bagi menggantikan orang lain yang tidak datang bekerja.

Pengawal Keselamatan Bersenjata Api Merompak Lagi, Kedai Emas Pula Jadi Sasaran

PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.- Mstar

Berhubung isu sama yaitu pembunuh kejam AmBank, pencacai tahap kronik tanya "Kenapa Polis Tak Fokus Memburu Penembak, Tetapi Buru Penyebar Gambar?" kahkahkahkah, rasa nak gelak terguling-guling jer dengan persoalan bangang tahap gaban tu.

Gamaknya pencacai ingat anggota polis ni hanya ada dua orang jer kot, buat satu kerja, kerja lain semua tinggal, kot ya pun nak membangkang agak-agaklah, jangan semua nak dipolitikkan....

Lagi Rakan Pembunuh Kejam Ambank Miliki IC Palsu, Kad ATM & Saman Polis Ketakutan @Zahid_Hamidi @PDRMsia

Rentetan terbongkarnya identiti Facebook pembunuh kejam yang paling dikehendaki oleh polis dan rakyat Malaysia, ramai dikalangan rakan-rakan FB pembunuh kejam itu dikesan turut menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja di syarikat kawalan keselamatan.

Salah seorang darinya adalah pemilik dompet diatas. Secara realitinya mentaliti warganegara Malaysia jarang mengambil gambar dengan memaparkan dompet terbuka yang berisi wang, Mykad dan kad ATM pelbagai bank untuk dimuatnaik dan dipertontonkan di FB. 

Berdasarkan kepanjangan kuku, cincin dan gelang yang dipakai, ia dipercayai milik seorang lelaki pada gambar dibawah, nama yang digunapakai di akaun FB adalah 'Amir Amistader' (Safrun Alex).
Selain memiliki kad pengenalan dan kad ATM, lelaki ini turut memiliki sebuah motosikal jenis Kriss Modenas dengan nombor pendaftaran BHT 2034, semakan saman keatas no pendaftaran berkenaan mendapati: "BERIKUT ADALAH SENARAI SAMAN SEHINGGA 30/10/2013 POLIS: 850102125907 Saman 1 11/08/2012 04:18:00 PM IPD KLANG UTARA ABAI ISYARAT LALULINTAS RM 100 1-DH807659"
Semakan daftar pemilih melalui No I/C yang tercatat dalam saman polis menunjukkan tiada dalam rekod SPR.
  
Seterusnya  meneliti perbualan lelaki ini mustahil ia warganegara Malaysia. Lelaki ini agak gusar dengan penangkapan keatas rakan-rakannya selain pemeriksaan oleh KDN. Disebabkan itu hatinya terasa takut dan katanya mahu pulang saja kekampung.
Dalam pada duk takut, sempat lagi memerhatikan ke'besar'an yang amat 'buntut' seorang cewek, mata buritan bangat gitu !!!

Berdasarkan uniform yang dipakai, tertera nama syarikat yaitu 'Major Security', sejauhmanakah penguatkuasaan pihak berkuasa dalam menangani isu ini ? Kalau sudah jadi kes pembunuhan kejam pun pihak berkuasa masih lembab lagi, isu ini takkan selesai buat selamanya.

Apa yang perlu adalah operasi bersepadu secara besar-besaran memburu warga asing yang memiliki IC palsu mesti dilakukan seberapa yang segera. Pastikan tiada maaf bagi kaum warga asing yang berani membunuh rakyat tempatan. Tanpa ketegasan pihak berkuasa diperlihatkan kepada mereka, risiko berulangnya pembunuhan kejam bakal ditanggung lagi rakyat tempatan. Anda Mampu Mengubahnya

"RM100 Sebulan Bayar Polis Jaga Kita"? Kata Rakan Pembunuh Kejam AmBank @Zahid_Hamidi @KBAB51

Rakan kepada pembunuh kejam Ambank, Mahesa Birawa (gambar) dalam status Facebook mendakwa pada 23 Oktober 2013 dia dihubungi oleh Polis DiRaja Malaysia dan meminta duit daripadanya.

Katanya, "Kita bayar RM100 setiap bulan", lokasinya di Shah Alam, sila rujuk lampiran perbualan dibawah.
Waduh-waduh, bapak Menterinya sedang sibuk dengan Ops Cantas, pak polisi pula sibuk juga dengan Ops Pau, gini bisa gawat dong, memalukan Pak Menteri gitu !!!.

Perkara ini harus disiasat, tindakan tegas perlu diambil keatas anggota polis yang cuba mendajalkan negara kepada pendatang haram.

Sedarkah ! tindakan anggota polis yang melindungi pendatang haram boleh mendatangkan kemudaratan yang besar kepada rakyat dan negara.

Kegagalan pihak polis setakat ini untuk menahan pembunuh kejam Ambank juga berpunca dari kelakuan seperti itu, siapa yang harus bertanggungjawab dalam perkara ini ? Perlulah juga Pak Menteri melancarkan Ops Cantas keatas anggota polis berkenaan. Anda Mampu Mengubahnya.

Rakan Pembunuh Kejam AmBank Beraksi Ganas, Acu Senjata Api Tepat Ke Muka! @Zahid_Hamidi

Benarkah negara kita aman dan selamat ? Kebimbangan masyarakat terhadap penjenayah berlesen kian ketara, ia susulan dari kejadian rompak dan bunuh yang dilakukan oleh pengawal keselamatan keatas pegawai bank beberapa hari lalu.

Untuk makluman, ketika meninjau latarbelakang dan sikap rakan-rakan sejawatan suspek menerusi aktiviti dilaman Facebook, didapati kebanyakkan dari mereka mempunyai banyak persamaan dengan suspek, baik dari segi mentaliti dan juga tingkah laku.

Oleh demikian sebagai mengambil langkah berhati-hati, diharapkan pihak yang bertanggungjawab  memberi perhatian khusus supaya insiden sama tidak akan berulang lagi.

Setakat ini lebih 8 buah syarikat yang menggajikan warga asing sebagai pengawal keselamatan sedang diteliti, namun nama-nama syarikat akan didedahkan setelah maklumat lengkap diperolehi bagi memudahkan pihak berwajib untuk menjalankan siasatan.

Syarikat kawalan keselamatan tidak sepatutnya bersikap acuh tidak acuh dan mementingkan keuntungan semata-mata, soal keselamatan perlu diambil kira, lesen yang diluluskan oleh KDN bertujuan 'kawalan keselamatan' bukannya membekal penjenayah warga asing untuk merompak dan membunuh rakyat tempatan.

Apa yang dilihat berlaku hari ini adalah syarikat kawalan keselamatan seolah-olah memberi lesen, latihan dan senjata api kepada penjenayah. Lihat gambar diatas menunjukkan seorang pengawal keselamatan sedang membiasakan dirinya memegang senjata api dan mengacukan tepat kearah muka rakannya. Lokasi tersebut di TNB Pelabuhan Klang.

Persoalannya apakah tidak ada langsung pemantauan dari pihak syarikat keatas tindak tanduk pengawal keselamatan yang ditugaskan ? Adakah senjata api boleh dipegang main sesuka hati ?  Bukankah kecuaian seperti ini membuka peluang kepada warga asing melakukan jenayah ?
Selain beraksi dengan senjata, pengawal keselamatan warga Indon ini gemar melaram sebagai seorang pegawai dan bergaya elit, gambar berkenaan seterusnya dimuatnaik menerusi Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dari rakan-rakan sekampung mereka yang berada di Indonesia.

Mereka juga dilihat turut tidak suka memakai uniform seorang pengawal keselamatan, tidak pasti apa tujuannya, kemungkinan tujuan mereka untuk bermegah dengan rakan sekampung dan menyembunyikan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan.

Kerana kalau diimbas kembali gambar-gambar yang dimuatnaik oleh suspek pembunuhan di Facebook, hampir kesemua gambar 'pembunuh' itu bergaya  elit, penampilan pembunuh bagaikan seorang eksekutif atau anak Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Kesimpulannya, 'senjata api' dan 'gaya elit', perkaitan itu boleh mendorong kepada kelakuan jenayah, ia disebabkan rasa megah apabila disanjung dengan gayanya yang elit, sedangkan hakikat sebenar mereka hanyalah sebagai seorang pengawal keselamatan yang sudah pasti tidak mampu untuk bergaya sedemikian.

Status FB terakhir pembunuh dan seorang wanita yang dipercayai isterinya. 
Justeru bagaimana mereka ingin berdepan dengan rakan-rakan apabila mereka balik kekampung ? Sedangkan rakan-rakan mengetahui diri mereka yang elit, takkan nak balik kampung pakai barang pasar malam ? Mereka terpaksa mengekalkan penampilan 'branded' dan mewah itu .

Untuk mengekalkannya mereka tak mampu, mereka akan cari jalan pintas, dan peluang yang dibuka oleh syarikat keselamatan yaitu menerima mereka kerja dengan kad pengenalan palsu dan memberi senjata api akan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Natijahnya, seorang pegawai bank mati ditembak kejam, pembunuh adalah seorang pengawal keselamatan, pembunuh berjaya membawa lari wang sebanyak RM450,000. Anak kecil menjadi yatim, mungkin sesekali bertanya dimana ibu ? Kenapa ibu tak pulang lagi ? Apa yang hendak dijawab kepada anak kecil yang belum mengerti ?

Lima hari selepas kejadian pembunuh masih lagi gagal ditahan, faktor itu menjadi motivasi kepada rakan pembunuh, risiko berulangnya tragedi rompakkan bunuh ini terlalu besar. Apa tindakkan pihak yang berkuasa ? Bagaimana dengan syarikat keselamatan ? Nak tunggu berapa ramai lagi yang akan menjadi mangsa ? Bertindak biar tegas !!!

 
Dibawah juga adalah rakan Facebook kepada pembunuh, no I/C yang tertera di kad berkenaan tidak ada dalam rekod rekod SPR, nama yang digunakan di Facebook ialah Joemar Omar, berasal dari Denpasar, Bali, Indonesia, terakhir aktif di FB pada 23 Oktober 2013. Mohon pihak KDN siasat, jika no I/C berkenaan palsu, bermakna........Anda Mampu Mengubahnya.

Pembunuh Kejam AmBank Beruniform Syarikat 'Kawalan Prima' Lengkap Bersenjata

Suspek pembunuhan kejam lengkap bersenjata dan memakai uniform yang tertera nama syarikat yaitu 'Kawalan Prima', dengan itu pastikan syarikat 'Kawalan Prima' dibungkus berkuatkuasa serta merta sebagai pengajaran kepada syarikat lain, hukuman yang setimpal kepada pemilik syarikat juga perlu ditimbang.

Kalau syarikat ini syarikat bumiputra, harus diingat! yang jadi mangsa dan yang menderita juga adalah bumiputra, nyawa insan jauh lebih berharga dari syarikat cacar marba seperti itu, pembunuh yang celaka ni pun pastikan sebelum mampus dihempas sedasyat-dasyatnya.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, InsyaAllah keluarga arwah akan mendapat keadilan moga tabah menghadapi ujian. Anda Mampu Mengubahnya.


'Jaga Haram' - 6 Tahun Lepas @NajibRazak Dah Cakap, Tapi Sampai Hari Ni Tak Selesai, Mampukah @Zahid_Hamidi Selesaikan ?

Masalah mengenai pengawal keselamatan yang diambil bekerja dengan tidak mengikut syarat yang ditetapkan bukanlah isu baru, hal itu sudah lama berlaku dan mungkin berterusan akan berlaku jika pemimpin hanya beretorik sepanjang masa.

Sedarkah kita ketidakpatuhan syarikat keselamatan disamping sikap sambil lewa kementerian yang berkaitan telah meyatimkan dua anak kecil dengan peristiwa yang cukup tragis, renunglah sejenak tatkala masa demikian hadir buat kita, apakah ketika itu deritanya baru hendak dikesalkan ?

Mengimbau kembali bersabit isu sama 6 tahun lalu, kebanyakkan kenyataan yang dibuat hanya bersifat retorik semata-mata, sedangkan hal yang sama juga berulang hari ini.

Pada 27 Jun 2007, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Perdana Menteri menggesa syarikat keselamatan memberi latihan formal kepada kakitangannya dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka supaya perkhidmatan keselamatan dipercayai oleh masyarakat kerana mereka menjaga amanah orang ramai.

"Elok mereka (pengawal keselamatan) melalui latihan formal sewajarnya dengan kurikulum tertentu, kalau mereka lulus barulah mereka dapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan," kata beliau.

Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Forum Keselamatan Sedunia, Najib berkata, pengawal keselamatan yang berkualiti akan menyebabkan masyarakat berasa lebih selamat.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini mengenai betapa mudahnya untuk menjadi seorang pengawal keselamatan syarikat swasta.

Malah, laporan itu turut menyebut dua orang wartawan diterima dengan mudah untuk menjadi pengawal keselamatan tanpa melalui atau memerlukan sebarang latihan.

Najib berkata, kualiti pengawal keselamatan perlu ditingkatkan kerana terdapat beberapa kejadian jenayah yang membabitkan pengawal keselamatan.

"Maka kualiti perlu ditingkatkan. Saya percaya kementerian berkenaan akan memberi perhatian kepada perkara ini,"

"Jenayah berlaku apabila ada peluang, jadi kita percaya dengan mengurangkan peluang, akan membolehkan kadar jenayah dapat dikurangkan," jelasnya.

PPKKM
Sebelumnya pada 1 Feb 2007, Pengerusi Eksekutif Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Rahmat Ismail meminta semua syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara  supaya meneliti dengan terperinci dokumen pengenalan diri dan latar belakang calon-calon yang akan diambil untuk berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.

"Ia bertujuan untuk mengelakkan penipuan oleh pendatang-pendatang asing yang cuba bekerja di syarikat-syarikat tersebut".

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Aseh Che Mat bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap syarikat-syarikat kawalan keselamatan yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh KDN.

Dalam perkembangan berkaitan, Rahmat percaya terdapat 'kekeliruan' dalam laporan kepada KDN mengenai pendatang-pendatang asing yang didakwa bekerja di dalam beberapa syarikat keselamatan terbabit.

Tegasnya, isu tersebut timbul kerana adanya pemalsuan kad pengenalan oleh pendatang-pendatang asing untuk membolehkan mereka memohon untuk berkhidmat di syarikat-syarikat tersebut.

"Saya mendapat maklum balas dari syarikat-syarikat kawalan keselamatan tersebut dan pemeriksaan mendapati mereka menggunakan pengenalan diri yang dipalsukan," tambahnya.

Kad Pengenalan Khas
Pihaknya berharap langkah terbaru KDN mengarahkan semua 150,000 pengawal keselamatan memiliki kad pengenalan pengawal khas dapat mengekang penipuan latar belakang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kad pengenalan khas tersebut turut membuktikan seseorang pengawal keselamatan mendapat latihan sewajarnya serta bebas dari rekod jenayah untuk membolehkan mereka berkhidmat dengan baik dan berdisiplin," katanya.

Adakah saban tahun kita ingin bercakap benda yang sama ? Sukar sangatkah untuk selesaikan isu yang boleh membawa mudarat kepada rakyat ini ?

Laporan Audit
Tahun ini Jabatan Audit menegur Kementerian Pelajaran supaya tegas menguatkuasakan syarat-syarat kontrak perkhidmatan kawalan keselamatan bagi menjamin keberkesanan mutu perkhidmatan dan keselamatan warga sekolah dan aset kerajaan.

Ini kerana pengawal keselamatan yang tidak mempunyai pengesahan tapisan keselamatan daripada pihak berkuasa akan mendatangkan risiko keselamatan di premis berkenaan, menurut Laporan Ketua Audit negara 2012.

Semakan audit di 35 sekolah terpilih mendapati terdapat seorang pengawal keselamatan sekolah mempunyai rekod jenayah.

Laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat turut mendedahkan semakan audit yang mendapati terdapat 76 pengawal tidak dapat mengemukakan tapisan keselamatan dari balai polis berhampiran atau Kementerian Dalam Negeri bagi membuktikan mereka tiada sebarang rekod jenayah.

Operasi Khas Jabatan Imigresen
Kelmarin dalam operasi khas , Jabatan Imigresen Putrajaya dan KDN menangkap 14 pengawal keselamatan tidak sah warga Nepal yang bekerja di Jalan Seladang, Taman Abad, Johor Bahru.

Operasi menggempur 'Jaga Haram' yang dijalankan antara 11.10 pagi dengan 11.45 pagi itu menumpukan pada kawasan sasaran di sekitar perumahan mewah dan pasar raya di pusat bandar itu.

Semua yang ditahan berusia antara 25 dengan 35 tahun.

Mereka gagal mengemukakan pasport dan permit kerja sah, sebaliknya hanya mempamerkan salinan dokumen perjalanan dan pengenalan diri saja, lapor Berita Harian Malaysia (BHM) semalam.

Hasil pemeriksaan turut mendapati salinan dokumen yang dikemukakan menunjukkan semua warga asing itu sepatutnya bekerja dalam sektor perkilangan.

Namun, permit kerja mereka disalah guna untuk bekerja di syarikat kawalan keselamatan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Putrajaya, Encik Mohd Izat Mohd Jamil, berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki setempat yang bertindak sebagai penyelia dan wakil syarikat kawalan keselamatan terbabit.

Tidak ada sebarang kompromi jika melibatkan isu keselamatan, kementerian berkaitan perlu beri perhatian serius supaya ditahun hadapan kita tidak lagi bercakap isu yang sama, dan yang lebih penting peristiwa kejam yang berlaku beberapa hari lalu tidak akan berulang lag. Anda Mampu Mengubahnya.

Guard Rompak & Bunuh - Kenyataan Bercanggah Antara KDN & PPKKM, Kenapa @Zahid_Hamidi Hanya Membisu ?

Sungguh menghairankan bilamana warga asing yang mempunyai kad pengenalan palsu boleh diterima berkerja dengan syarikat kawalan keselamatan bahkan turut diberikan senjata api. Isu ini merujuk kepada kejadian pengawal keselamatan menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, kelmarin.

Sebelum itu dapat dirujuk dua kenyataan yang dibuat oleh pihak berkaitan berhubung isu tersebut antaranya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim sebagai,

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.

Kemudian kenyataan daripada Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia, Datuk Shaheen Mirza Habib yang seolah-olah menafikan kenyataan yang dibuat oleh KDN sekaligus merasakan mustahil seorang pengawal keselamatan tanpa senjata mempunyai rekod jenayah, apatah lagi pengawal keselamatan yang bersenjata, kerana menurut beliau,

"Kawalan Prima told us the suspect has a gun licence,"

"You need to go through two rounds of police vetting before the KDN (home ministry) issues you a gun licence,"

To become an unarmed security guard, a person needs to go through police vetting to check for criminal records.

"It is impossible to have someone convicted for criminal offences to work as security guard.", "Kawalan Prima told us the suspect has a gun licence," - 

Melihat kepada kedua-dua kenyataan diatas ia menimbulkan pelbagai spekulasi, pihak KDN khasnya perlu lebih telus dalam merungkaikan beberapa perkara yang berbangkit, ini penting bagi mengelakkan KDN dilihat lebih rela menjadi kambing hitam kepada syarikat milik kroni.

AmBank merupakan sebuah institusi kewangan yang besar, agak tidak munasabah jika AmBank menggunakan perkhidmatan keselamatan dari syarikat-syarikat kecil seperti syarikat Kawalan Prima.

Menteri bertanggungjawab takkan diam jer?, bukankah sebelum pemilihan lalu Menteri berkenaan sangat popular dan dilihat sentiasa memberikan kenyataan panas lagi berkeyakinan ???,takkan kenyataan 'haprak' macam ni jer yang mampu dibuat selepas pemilihan ?
Soalnya sekarang bukan bersifat individu, ia melibatkan KDN, tak kiralah lesen tu diluluskan masa siapa jadi Menteri, pokok pangkalnya adalah KDN dan Menteri sebelum tu pun dari kerajaan BN bukan kerajaan PR, kalau Datuk Mukhriz bolehlah bagi jawapan macam tu kerana sebelum ni Kedah diperintah oleh Pas.

Respon berlepas tangan sebegini sangat tidak wajar dikeluarkan oleh seorang Menteri yang baru saja dijulang rakyat, takkan Menteri tak marah bila syarikat keselamatan menggajikan serta memberi senjata api kepada penjenayah ? Ini kes yang serius, disebabkan ke'bengonggan' syarikat keselamatan, seorang ibu kepada dua anak mati ditembak kejam.

Namun takkanlah dalam isu tragis ini respon Menteri  hanya semudah "Lesen security diberi lama sebelum saya di KDN", atau KDN hanya bertindak menyatakan membatalkan lesen syarikat berkenaan, berbaloikah tindakan itu dengan kesalahan syarikat tersebut ? Mampukah tindakan itu memberi pengajaran kepada syarikat-syarikat lain ?

Sebelum terbongkarnya perkara sebenar bersabit isu tersebut, sejuknya hati melihat ketulenan ihsan seorang pemimpin Umno terhadap anak mangsa, tidak sekadar popular dan ihsan sebelum pemilihan atau PRU semata-mata, malah keikhlasan yang sejati itu adalah sepanjang masa. Anda Mampu Mengubahnya. 

Gagal 'Tembak Dulu' Menyebabkan Dua Nyawa Melayang

KUALA LUMPUR - Pengedar rokok yang mengamuk dan menikam orang ramai di dua buah stesen LRT di Gombak dan Taman Melati sehingga membawa kepada dua kematian telah mengeluarkan kata-kata; “Aku hanya menjalankan tugas...” sebelum menikam salah seorang mangsanya iaitu pembantu kedai runcit di stesen berkenaan.

Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh mangsa tikamannya, Sulianti Johari, 31, yang terselamat daripada insiden tersebut.

Katanya, selepas menusuk abdomennya dengan sebilah pisau rambo, suspek dengan tenang dan bersahaja kemudian berjalan menuju ke van yang dipandunya semula sambil tersenyum dan melambai tangan lalu memandu pergi dari Stesen LRT Gombak - tempat pertama dia mengamuk.

Menurut Sulianti, dia memang mengenali pemuda berusia 26 tahun itu kerana pemuda itu adalah pengedar barangan regular di kedai dia bekerja.

"Kami tidak pernah bertengkar atau berselisih pendapat dengannya. Selalunya dia ramah dengan saya malah saya anggap dia bagaikan seorang adik,” katanya selepas berjaya menjalani pembedahan untuk menutup semula luka akibat tikaman di bahagian abdomennya itu.

Tetapi sebelum itu, para saksi yang lain menyedari yang suspek kelihatan seperti seorang yang dirasuk.

Pemilik kedai runcit di stesen berkenaan, Lau Siew Ling, 49, berkata, suspek adalah seorang yang mereka kenali dan merupakan seorang pembekal rokok di kedainya.

Bagaimanapun Lau yang turut ditikam oleh suspek menyedari yang suspek tidak kelihatan seperti biasa malah seperti telah dirasuk oleh sesuatu.

"Selepas dia berhentikan vannya di hadapan kedai saya dia terus keluar sambil memegang sebilah pisau. Dia tidak berkata apa-apa kepada saya tapi dia terus berjalan ke arah saya dan menghunuskan pisau itu ke sebelah kiri pinggang saya,” kata wanita itu kepada para pemberita ketika ditemui di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Suami Lau yang enggan namanya disebut menyifatkan peristiwa yang menimpa isteri dan pekerjanya itu sebagai satu kejadian malang.

"Tapi nasib baik mereka selamat...,” tambahnya lagi.

Menurut Lau, sebaik sahaja suspek menikam isterinya, suspek kemudiannya dengan selamba berjalan kembali ke arah pekerjanya Sulianti pula lalu menikam wanita itu. Kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan stabil dan selamat.

Sementara itu seorang pemandu bas yang enggan dikenali berkata, dia telah menyaksikan kejadian itu di hadapan matanya dan nampak seorang lelaki yang kelihatan seperti “tidak betul” berjalan menuju ke vannya selepas menikam mangsa-mangsanya itu.

“Saya berlari ke arah mereka (mangsa) yang ketika itu sedang berdarah teruk dan salah seorang daripada mereka telah menunjuk ke arah van putih itu,” katanya.

Dia kemudiannya telah menjerit ke arah pengawal keselamatan berhampiran stesen tersebut dan memintanya menembak ke arah van putih berkenaan tetapi pengawal itu tergamam dan tidak dapat melakukan apa-apa.

Katanya, jika mereka berjaya menahan van tersebut daripada beredar dari situ mereka mungkin telah berjaya menyelamatkan dua nyawa yang lain daripada melayang.

(Suspek kemudiannya memandu ke arah Stesen LRT Taman Melati pula dan dalam perjalanan ke situ telah menikam dua lagi mangsa - seorang lelaki tua dan seorang lagi pelajar kolej - yang membawa kepada kematian mereka).

Sementara itu seorang rakan serumah suspek seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh suspek.

“Sukar untuk percaya akan apa yang dah berlaku kerana dia adalah seorang yang baik. Dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sebelum ini,” ujar rakan serumah suspek yang telah enam tahun tinggal serumah dengannya di Selayang.

Dia telah bergegas pergi ke HKL untuk memastikan apakah benar rakan serumahnya itu yang terlibat dengan kejadian amuk dan bunuh tersebut selepas membaca berita mengenai kejadian itu dalam laman sosial Facebook.

“Saya tidak pernah melihat dia menghadiri atau terlibat dalam mana-mana kumpulan silat atau dakwah sebelum ini,” katanya lagi.

Dayuskah Aku! Naib Presiden Pertama Jadi Mangsa Buli Pimpinan Pas Kelantan

Maruah Datuk Husam Musa selaku Naib Presiden Pas benar-benar tercalar biarpun popularitinya dikatakan kian melonjak, tidak cukup dengan pemulauan yang dilakukan pimpinan Pas Kelantan terhadapnya, sekali lagi Husam sebagai Naib Presiden Pas diheret dan dihadapkan dihadapan pimpinan Pas pusat supaya dikenakan tindakan keatas tindak tanduk beliau yang mengkritik kerajaan Pas Kelantan dalam Sidang DUN baru-baru ini, walhal Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap tindakan Husam itu hanyalah perkara biasa serta memutuskan tidak ada tindakan yang perlu diambil.

Apa nilainya seorang Naib Presiden parti yang diperlakukan sedemikian sehingga langsung tidak boleh mengkritik ? Wajarkah seorang Naib Presiden parti dinafikan jawatannya sebagai EXCO sedangkan pada masa sama pernah menjadi EXCO kanan kerajaan Kelantan ? Air muka Husam pasti menjadi kusam jika sebegini hina dan tidak bergunanya beliau kepada kerajaan Kelantan.

Mana mungkin seorang yang diangkat menjadi Naib Presiden parti tapi tidak layak untuk menjadi EXCO ? Lebih malang lagi pelantikkan EXCO pun tidak dimaklumkan kepadanya. Dimana kredibiliti Husam sebagai seorang Naib Presiden jika dengan mudah hanya diperkudakan oleh anak-anak bilis Pas dalam kerajaan negeri ? Tidakkah cacar-marba partinya itu ?

Jika begitu, bagaimana Husam ingin meneruskan cita-citanya menjadi seorang Timbalan Presiden ? Sedangkan anak-anak bilis didalam Pas pun langsung tidak menghormati beliau, malah mempermainkan dan mempersendakan sesuka mereka.

Apakah dengan keberlakuan itu menobatkan Husam sebagai satu-satunya Naib Presiden yang dayus pernah dimiliki oleh Pas yang menjadi mangsa buli pimpinan bawahan ? Anda Mampu Mengubahnya.

Perkataan 'Pengundi Cina' Pertama Didengar Selepas Pemilihan Umno

MUAR - Barisan Nasional (BN) perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina selain meraih sokongan penuh pengundi Melayu untuk memastikan parti itu terus kekal memerintah negara ini.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata BN tidak boleh mengetepikan sokongan pengundi kaum Cina dan memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada mereka untuk membina sebuah kerajaan yang kukuh.

"Kita tidak harus lupa pengundi Cina banyak membantu BN mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum 1999 apabila Umno, parti yang menunjangi BN berpecah ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Tetapi semasa pilihan raya umum baru-baru ini, mereka ambil kesempatan daripada perpecahan itu untuk menyokong pembangkang dengan harapan boleh mengubah kerajaan.

"Bagaimanapun, ia tidak bermakna kita harus mengetepikan mereka kerana jika mahu terus berkuasa dan kita perlu berusaha untuk mendapatkan sokongan mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lama dah tak dengar mengenai usaha gigih untuk mendapatkan sokongan pengundi Cina, tiba-tiba jer hari ni boleh dengar, ok jugak sebab jarang-jarang dengar, selalu yang kita dengar dalam tempoh pemilihan Umno ni pasal orang Melayu atau agenda bumiputra jer, untunglah orang cina sebab pemimpin Melayu Umno masih beri perhatian, pemimpin cina MCA sendiri buat 'dono' jer.

Orang Melayu kalau nak perhatian lebih kena tiru macam orang cina, tengok, selesai jer pemilihan pemimpin terus terkam, ok apa ?

Sultan Sulu Jamalul Kiram Meninggal Dunia

MANILA - Sultan Jamalul Kiram III dari Filipina yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dan melancarkan serangan berdarah terhadap Malaysia di Sabah pada awal tahun ini meninggal dunia akibat kegagalan organ kira-kira pukul 4 pagi Ahad, menurut isterinya, Fatima Kiram.

"Sultan meninggal dunia sebagai seorang yang miskin tetapi mulia," katanya kepada AFP, sambil menambah perjuangan untuk menuntut Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah kesultanan akan diteruskan.

"Kata-kata terakhirnya kepada semua saudara dan pengikut-pengikutnya adalah - 'Ia telah pun bermula. Marilah kita teruskannya untuk kebaikan rakyat kita. Jangan meninggalkan orang-orang kita," katanya memetik Jamalul Kiram III sebagai berkata.

Bagaimanapun, beliau berkata ini tidak bermakna keganasan baru akan dicetuskan, sebaliknya keluarganya bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Malaysia.

Suaminya telah menjalani sesi dialisis dua kali seminggu untuk penyakit buah pinggang sebelum kematiannya.

Sementara itu, melalui temuramah anak perempuannya, Puteri Jacel Kiram di radio tempatan, inquirer.net melaporkan bahawa Jacel berkata bapanya meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

Dilaporkan bahawa Jamalul Kiram III telah dimasukkan ke Pusat Jantung Filipina pada Khamis.

Beliau meninggalkan sembilan anak.

Jacel melalui temuramah radio berkata, "Apa yang telah bapa saya telah mulakan, telah ditinggalkan kepada kami untuk disambung...Kami tidak patut menghentikannya. Dia seorang yang baik dan tidak ternilai. Apa yang dia mahukan adalah, pada suatu masa diizinkan Allah bagi menuntut Sabah untuk Filipina...Kamilah orang-orang yang akan menyambungnya," menurut laporan inquirer.net

Pada 9 Februari lalu, kira-kira 200 pengikut Jamalul Kiram III menduduki Kampung Tanduo di Lahad Datu dan berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia dalam pencerobohan selama berminggu-minggu lamanya.

Untuk rekod, sejak para militan Sulu ini mendarat di Sabah, dalam usaha dan kepercayaan mereka untuk menuntut Sabah dari tangan Malaysia bagi pihak Jamalul Kiram III, secara kekerasan, pihak keselamatan Malaysia telah membunuh 62 orang daripada mereka.

Manakala pasukan keselamatan Malaysia kehilangan 10 anggota - lapan anggota polis dan dua tentera.

Gerakan untuk merampas semula Sabah dari Malaysia secara perang gerila ini diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Azzimudie Kiram.

Terkini - Senarai Penuh MT, Mustapa Dan Jamil Khir Dahului Dengan 168 Undi

Senarai terkini keputusan Anggota Majlis Tertinggi UMNO setakat jam 1.30 pagi

1. Datuk Seri Mustapa Mohamed 168

2. Datuk Seri Jamil Khir 168

3. Datuk Seri Ismail Sabri 166

4. Datuk Seri Idris Jusoh 166

5. Datuk Idris Haron 165

6. Datuk Ahmad Shabery Cheek 164

7. Datuk Abdul Azeez 164

8. Datuk Abdul Rahman Dahlan 163

9. Datuk Hasan Malek 151

10.Datuk Seri Shahidan Kassim 149

11.Datuk Mohamad Hasan 149

12.Datuk Seri Jamaludin Jarjis 145

13.Datuk Razali Ibrahim 141

14.Mahdzir Khalid 138

15.Tan Sri Annuar Musa 129

16.Datuk Rosnah Rashid Shirlin 129

17.Datuk Puad Zarkashi 117

18.Datuk Tajudin Abd Rahman 116

19.Datuk Azalina Othman 106

20.Datuk Abdul Latif Ahmad 104

21.Datuk Shamsul Anuar 102

22.Datuk Abdul Aziz Kaprawi 93

23.Datuk Bung Moktar Radin 91

24.Datuk Reezal Merican 88

25.Datuk Sohaimi Shahadan 81

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli berkata pengumuman senarai penuh Majlis Tertinggi UMNO akan diumumkan secara rasmi pada pukul lima petang ini bertempat di Putra World Trade Center (PWTC).

Sehingga pukul 1.30 pagi carta kedudukan bagi jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) sering berubah yang memperlihatkan saingan sengit antara 62 calon bagi merebut kedudukan 25 teratas senarai itu.

Pada sidang media kira-kira jam 1.30 pagi tadi, Tan Sri Tajol hanya mengumumkan keputusan rasmi bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap dan Naib Presiden UMNO.- MediaUMNO

Terkini - Keputusan Anggota Majlis Tertinggi UMNO

 Senarai terkini keputusan Anggota Majlis Tertinggi UMNO setakat jam 12.30 malam
 
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed : 82

2. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob : 80

3. Datuk Seri Idris Jusoh : 80 undi

4. Datuk Seri Jamil Khir Baharom : 79

5. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek : 79

6. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim : 79

7. Datuk Seri Idris Haron : 77

8. Datuk Abdul Rahman Dahlan : 77

9. Datuk Hasan Malek : 72

10. Datuk Razali Ibrahim : 69

11. Datuk Seri Shahidan Kassim : 69

12. Datuk Seri Mohamad Hasan : 68

13. Datuk Seri Mahdzir Khalid : 67

14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis : 67

15. Datuk Tajuddin Abdul Rahman : 63

16. Tan Sri Annuar Musa : 62

17. Datuk Seri Azalina Othman Said : 59

18. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin : 58

19. Datuk Shamsul Anuar Nasarah : 57

20. Dr Mohd Puad Zarkashi : 55

21. Datuk Abd Latiff Ahmad : 54

22. Datuk Bung Moktar Radin : 43

23. Datuk Ab Aziz Kaprawi : 43

24. Datuk Reezal Merican Naina Merican : 42

25. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin : 41

Keputusan terdahulu sehingga jam 8.30 malam tadi
  1. Datuk Seri Ismail Sabri - 70
  2. Datuk Seri Mustapa Mohamed - 57
  3. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - 55
  4. Datuk Seri Idris Jusoh - 55
  5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom - 55
  6. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim - 54
  7. Datuk Abd Rahman Dahlan - 53
  8. Datuk Wira Idris Haron - 53
  9. Datuk Seri Mahdzir Khalid - 51
  10. Datuk Seri Shahidan Kassim - 48
  11. Datuk Hasan Malek - 48
  12. Datuk Razali Ibrahim - 47
  13. Datuk Tajuddin Abdul Rahman - 44
  14. Datuk Seri Mohamad Hasan - 46
  15. Tan Sri Annuar Musa - 42
  16. Datuk Seri Dr Jamaludin Mohd Jarjis - 42
  17. Datuk Azalina Othman Said - 41
  18. Datuk Shamsul Anuar Nasarah - 40
  19. Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad -38
  20. Dr Mohd Puad Zarkashi - 38
  21. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin - 36
  22. Datuk Abdul Aziz Kaprawi - 28
  23. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan - 28
  24. Mohd Ariff Abdul Aziz - 27
  25. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican - 27
  26. Datuk Bung Moktar Radin - 24
  27. Datuk Sohaimi Shahadan - 16
  28. Datuk Halimah Mohamed Sadique - 15
  29. Datuk Dr Norraesah Mohamad - 14
  30. Datuk Musa Sheikh Fadzir - 11
  31. Azlan Man - 10
  32. Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin - 9
  33. Datuk Mohd Satim Diman - 9
  34. Datuk Md Alwi Che Ahmad - 8
  35. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah - 7
  36. Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad - 6
  37. Datuk Zahidi Zainol Abidin - 5
  38. Hamidah Osman - 4
  39. Azman Shah Omar Shah - 3
  40. Datuk Nur Jazlan Mohamed - 3
  41. Tan Sri Rahim Tamby Chik - 3
  42. Datuk Rosni Zahari - 3
  43. Datuk Nasir Safar - 2
  44. Datuk Seri Saifuddin Abdullah - 2
  45. Datuk Sirin Karno - 2
  46. Datuk Ishak Ismail - 2
  47. Tun Faisal Ismail Aziz - 2
  48. Dr Zubir Harun - 2
  49. Zawawi Othman - 2
  50. Datuk Maznah Abd Hamid - 2
  51. Dr Ahmad Kamal Ariffin - 1
  52. Razali Husain - 1
  53. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman - 1
  54. Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman - 1
  55. Datuk Hamzah Zainudin
  56. Datuk Seri Zulhasnan Rafique
  57. Datuk Dr Aziz Jamaluddin Mohd Tahir
  58. Abd Zarin Mohd Yasin
  59. Datuk Ab Wahab Ibrahim
  60. Yusoff Ishak
  61. Prof Madya Dr Sazili Shahibi
  62. Mohsin Yussof
  63. Datuk Ahmad Jaafar
  64. Mohd Zain Ismail
  65. Datuk Misri Barham

Video - Husam Nafi Syiah: "Saya... Sunnah, Hahahaha"

Sebelumnya blog ini pernah memuatnaik video yang mengaitkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dengan fahaman syiah, perkaitan itu berpunca daripada beberapa kenyataan Husam yang dilihat lebih cenderung mengagungkan fahaman sesat itu antaranya beliau berbangga tahfiz dari Iran boleh membaca Al-Quran secara terbalik.

Beliau selaku Naib Presiden sebuah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam seolah-olah tidak sedar dimana membaca Al-Quran secara terbalik itu adalah amalan songsang yang wajib dikutuk, jika hal itu diamalkan, dikhuatiri maksud yang terbalik dari bacaan terbalik itu akan memudaratkan umat Islam, sedangkan membaca dengan tajwid yang salah pun tidak boleh apatah lagi secara terbalik.

Setelah isu berkenaan menjadi kontroversi, Ustaz Nazmi Karim menerusi Facebook tampil menjelaskan duduk perkara mengenai isu berkenaan, namun satu jawapan dari dua persoalan  yang diberikan beliau tambah mencurigakan, beliau hanya menafikan Kerajaan Kelantan terlibat dengan syiah, tapi bagaimana dengan Husam ?
Akhirnya, diatas ketidakpuasan hati beberapa anak muda, isu ini kemudiannya ditanya 'direct' kepada Husam, walaupun pada awalnya Husam cuba mengelak dari menjawab soalan berkenaan, namun dalam nada yang masih boleh dipertikaikan Husam menjawab "Saya......Sunnah....Sunnah...hahahahaha". Dengan jawapan yang diberikan oleh Husam itu, terpulanglah kepada semua untuk menilainya. 

Apapun, pemilihan jawatan didalam parti ini bukan setakat Umno saja yang panas, Pas lagi panas kerana berhadapan dengan teras kepimpinan bagi menentukan halatuju perjuangannya samada kekal dibawah kepimpinan Ulamak atau sebaliknya. Baca juga disini. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Husam Setuju 'Pimpinan Ulamak Tak Relevan Dalam Politik, Hanya Retorik'

Samada persoalan yang diutarakan cinabeng itu sudah dirancang oleh pimpinan tertentu Pas atau sebaliknya, itu tidak penting, apa yang jelas ialah umat Islam berideologi Pas ini begitu mudah dilaga dan diperbodohkan sehingga bertepuk tangan sakan bilamana si budak 'kulup' mempersendakan dua orang Ulamak mereka yaitu Harun Taib dan Harun Din, tambah mengjengkelkan, Husam dan Dzulkifli sendiri turut ketawa besar menyambut baik apa yang diperkatakan oleh cinabeng tersebut.

Bukankah betapa cacar-marbanya Pas apabila dasar parti serta teras kepimpinan Ulamak, hanya menjadi bahan sindiran budak yang belum bersunat, secara terbuka dihadapan Naib Presiden dan AJK Pas pusat, budak berkenaan dengan selamber mempertikaikan tindak tanduk pimpinan Pas serta menganggap kepimpinan Ulamak didalam Pas hanya retorik semata-mata, dimana maruah Pas ?

Dalam bahasa kasarnya, perlukah Pas menjadi kafir hanya untuk mendapat undi daripada orang-orang kafir ? Inilah rosaknya 'Pas for all', sanggup menjual apa sahaja asalkan dapat berkuasa, tak cukup bersekongkol dengan DAP, ingin dilacurkan pula dasar perjuangannya yang mempergunakan nama ISLAM. ( elok dikaji semula penggunaan nama Parti Islam SeMalaysia, merosakkan!!!.)

Orang-orang Pas harus sedar, yang mana patut didahulukan dan yang mana harus dikemudiankan, jangan hanya kerana orang bukan Islam memanggil dengan nama panggilan 'Tok Guru' atau 'Ustaz', anda merasa bangga sehingga bangang tidak terkata. 

Bayangkan, kalau 'budak kulup' ni pun boleh pertikai sendakan Pas, mahu Karpal Singh tak berani nak kata kalau nak buat undang-undang Islam "Langkah mayat saya dulu"? Anda Mampu Mengubahnya.

Sekarang diketengahkan pula dengan retorik samada kepimpinan Ulamak ataupun tidak. Orang non muslim akan keliru, apakah relevannya kepimpinan ulamak dengan sesebuah parti politik yang mahu memerintah negara kita ?.

Trend Pengundian Sayap Umno Memungkinkan Penyandang Naib Presiden Kekal

Trend pengundian bagi pemilihan sayap Umno yang baru selesai Sabtu lalu menunjukkan bahawa perwakilan akar umbi parti itu masih inginkan kepimpinan sediaada dan belum sampai masanya untuk mereka melakukan perubahan diperingkat atasan.

Keadaan ini menunjukkan terdapat kemungkinan besar bahawa status quo akan dikekalkan bagi pemilihan Naib Presiden Umno pada peringkat Majlis Tertinggi Sabtu ini.

Pemerhati politik percaya bahawa penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kelebihan pada 19 Oktober ini.

Pada pemilihan sayap Umno Sabtu lalu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membuktikan mereka berjaya mengekalkan jawatan masing-masing walaupun berhadapan cabaran sengit terutama dari pihak yang mempertikaikan kepimpinan mereka.

Keputusan menunjukkan bahawa Khairy dan Shahrizat tidak hanya menang besar menerusi kaedah 'electoral College' pada pemilihan kali ini, tetapi juga menerima undi popular dari hampir semua 191 bahagian.
Pencabar bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Shaharuddin Badaruddin berkata, beliau menjangkakan trend yang sama akan berlaku apabila perwakilan membuat pilihan mereka memilih Naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Beliau berkata dua kategori calon akan mempunyai kelebihan Sabtu ini iaitu penyandang terutama dalam pertandingan untuk Naib Presiden serta dan pemimpin yang memegang jawatan dalam kerajaan seperti menteri, timbalan menteri dan Menteri Besar.

Ketiga-tiga penyandang Naib Presiden, akan dicabar oleh Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Mohd Isa pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan kini memegang jawatan Pengerusi Felda manakala perkhidmatan selama 14 tahun sebagai Ketua Menteri Melaka juga telah membuatkan mereka dikenali perwakilan akar umbi.

Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah juga menjadikannya antara calon berprofil tinggi.

"Mereka bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi dan yang memegang jawatan-jawatan kerajaan mendapat publisiti yang lebih hingga menjadikan mereka lebih terkenal berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai jawatan," kata Shaharuddin.

Daripada 62 pemimpin yang bertanding untuk 25 kerusi Majlis Tertinggi, 17 daripada mereka memegang jawatan kanan sama ada sebagai Menteri Besar atau Ketua Menteri, menteri atau timbalan menteri.

Senarai Muktamad Ketua Pemuda Umno Bahagian Di Kelantan

1. Mohamad Azan Ismail – Ketua Pemuda Ketereh.
2.Rosidi Mahmud Kamarudin – Ketua Pemuda Tumpat.
3. Mohd Almidi Jaafar – Ketua Pemuda Tanah Merah.
4.Eriandi Ismail – Ketua Pemuda Machang.
5.Wan Mohamed Rasman Wan Hassan- Ketua Pemuda Kota Bharu.
6.Nor Azmawi Ab Rahman – Ketua Pemuda Pasir Mas.
7.Ahmad Firdaus Muhammad – Ketua Pemuda Kuala Krai.
8.Sheikh Razali Sheikh Hamad – Ketua Pemuda Gua Musang.
9.Hj Che Shamsuzuha Che Noh – Ketua Pemuda Bachok. 
10.Khairul Ikhwaniza Mohamad Zahari – Ketua Pemuda Jeli.
11.Mohamad Rizal Razali – Ketua Pemuda Pengkalan Chepa.
12.Akbar Salim – Ketua Pemuda Rantau Panjang,
13.Bakri Yusoff – Ketua Pemuda Kubang Kerian.
14.Mohammad Yusri Ismail – Ketua Pemuda Pasir Puteh. 

Tersenarai diatas adalah keputusan rasmi  calon-calon bagi jawatan Keua Pemuda Umno Bahagian yang diberi kepercayaan oleh para perwakilan dalam menentukan halatuju Umno-BN di Kelantan. Tahniah kepada mereka yang menang, dan kepada yang tidak terpilih tidak semestinya perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair juga terhenti, mungkin hanya masa tidak berpihak kepada anda.

Dengan keputusan itu kita harap tidak ada sebarang isu yang berbangkit, tolong jangan bawa budaya Anwar Ibrahim kedalam pemilihan Umno, soal undi popular, bangla dan 'blackout' adalah tidak terpakai sama sekali, kolot, jumud dan tidak relevan.

Apapun kepada mereka yang diberi tanggungjawab menggalas peranan menggepalai pemuda parti yang berjuang demi agama, bangsa dan tanahair khasnya dibahagian yang BN tewas pada PRU 13 lalu supaya memperjalankan mandat yang diberikan menepati dengan apa yang diinginkan parti.


Seiring dengan kehendak 'Transformasi' yang dibawa oleh Presiden yang juga bertepatan dengan trend golongan muda hari ini, menjadi keperluan utama kepada sayap parti dalam menguasai seluruh media sosial yang ada demi memperkasakan lagi sokongan golongan muda kepada BN.

Kesungguhan itu telah diterjemahkan oleh Presiden parti menerusi lawatan beliau ke pusat pengendali media sosial seperti Facebokk, Tweeter, Google dsbnya. Begitu juga dengan kod etika kempen yang dilihat lebih cenderung untuk membiasakan calon dengan penggunaan media sosial tersebut.

Bagaimanapun, jika niat mengepalai sayap pemuda bahagian itu hanya untuk mencari kepentingan peribadi semata-mata tanpa sedikitpun dilihat sumbangannya kepada parti bahkan menjadi liabiliti untuk kemenangan parti, maka diingatkan hasrat buruk itu tidak akan mampu bertahan lama selain terlondeh dan akan dijaja rata.

Namun, kami cukup yakin, calon-calon yang dipilih ini adalah tonggak terbaik buat Umno, merekalah yang akan menyambung kesinambungan kepimpinan sebelumnya dengan menambahbaik disetiap kelompangan yang ada dalam memastikan Barisan Nasional terus menjadi pilihan orang muda dulu, kini dan selamanya. Tahniah dan Syabas... Anda Mampu Mengubahnya.
Bagi senarai jawatan Wanita dan Puteri terus ke blog Pilih Memilih