Senarai Muktamad Ketua Pemuda Umno Bahagian Di Kelantan

1. Mohamad Azan Ismail – Ketua Pemuda Ketereh.
2.Rosidi Mahmud Kamarudin – Ketua Pemuda Tumpat.
3. Mohd Almidi Jaafar – Ketua Pemuda Tanah Merah.
4.Eriandi Ismail – Ketua Pemuda Machang.
5.Wan Mohamed Rasman Wan Hassan- Ketua Pemuda Kota Bharu.
6.Nor Azmawi Ab Rahman – Ketua Pemuda Pasir Mas.
7.Ahmad Firdaus Muhammad – Ketua Pemuda Kuala Krai.
8.Sheikh Razali Sheikh Hamad – Ketua Pemuda Gua Musang.
9.Hj Che Shamsuzuha Che Noh – Ketua Pemuda Bachok. 
10.Khairul Ikhwaniza Mohamad Zahari – Ketua Pemuda Jeli.
11.Mohamad Rizal Razali – Ketua Pemuda Pengkalan Chepa.
12.Akbar Salim – Ketua Pemuda Rantau Panjang,
13.Bakri Yusoff – Ketua Pemuda Kubang Kerian.
14.Mohammad Yusri Ismail – Ketua Pemuda Pasir Puteh. 

Tersenarai diatas adalah keputusan rasmi  calon-calon bagi jawatan Keua Pemuda Umno Bahagian yang diberi kepercayaan oleh para perwakilan dalam menentukan halatuju Umno-BN di Kelantan. Tahniah kepada mereka yang menang, dan kepada yang tidak terpilih tidak semestinya perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair juga terhenti, mungkin hanya masa tidak berpihak kepada anda.

Dengan keputusan itu kita harap tidak ada sebarang isu yang berbangkit, tolong jangan bawa budaya Anwar Ibrahim kedalam pemilihan Umno, soal undi popular, bangla dan 'blackout' adalah tidak terpakai sama sekali, kolot, jumud dan tidak relevan.

Apapun kepada mereka yang diberi tanggungjawab menggalas peranan menggepalai pemuda parti yang berjuang demi agama, bangsa dan tanahair khasnya dibahagian yang BN tewas pada PRU 13 lalu supaya memperjalankan mandat yang diberikan menepati dengan apa yang diinginkan parti.


Seiring dengan kehendak 'Transformasi' yang dibawa oleh Presiden yang juga bertepatan dengan trend golongan muda hari ini, menjadi keperluan utama kepada sayap parti dalam menguasai seluruh media sosial yang ada demi memperkasakan lagi sokongan golongan muda kepada BN.

Kesungguhan itu telah diterjemahkan oleh Presiden parti menerusi lawatan beliau ke pusat pengendali media sosial seperti Facebokk, Tweeter, Google dsbnya. Begitu juga dengan kod etika kempen yang dilihat lebih cenderung untuk membiasakan calon dengan penggunaan media sosial tersebut.

Bagaimanapun, jika niat mengepalai sayap pemuda bahagian itu hanya untuk mencari kepentingan peribadi semata-mata tanpa sedikitpun dilihat sumbangannya kepada parti bahkan menjadi liabiliti untuk kemenangan parti, maka diingatkan hasrat buruk itu tidak akan mampu bertahan lama selain terlondeh dan akan dijaja rata.

Namun, kami cukup yakin, calon-calon yang dipilih ini adalah tonggak terbaik buat Umno, merekalah yang akan menyambung kesinambungan kepimpinan sebelumnya dengan menambahbaik disetiap kelompangan yang ada dalam memastikan Barisan Nasional terus menjadi pilihan orang muda dulu, kini dan selamanya. Tahniah dan Syabas... Anda Mampu Mengubahnya.
Bagi senarai jawatan Wanita dan Puteri terus ke blog Pilih Memilih

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.