Jam RM100 RTM Beli RM3810 - Laporan Audit Dimanipulasi, Ni Kerja Siapa ? @Zahid_Hamidi Atau @shaberyc

Portal Malaysiakini milik pembangkang melaporkan RTM telah membelanjakan RM3,810 untuk satu jam dinding yang hanya berharga RM100, menurut portal tersebut maklumat berkenaan diperolehi daripada laporan Jabatan Audit Negara. Bagaimanapun setelah dibuat penelitan berkaitan laporan yang didakwanya itu, tidak ada sebarang laporan dari Jabatan Audit Negara yang menyatakan 'RTM telah membelanjakan RM3,810 untuk satu jam dinding yang hanya berharga RM100'.

Apa yang sebenarnya dinyatakan dalam laporan audit itu adalah petikan dari maklumbalas yang dibuat oleh KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK)  Pada 5 Jun 2013 sebagaimana berikut:

'Master Clock System telah digugurkan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Teknikal Tender. Tiada keperluan untuk membekalkan Slave Clock dalam kontrak ini, Jabatan hanya menyenaraikan Branded Wall Clock dengan anggaran kos asal RM100 sahaja. Bagaimanapun, kontraktor telah menawar dan membekalkan Branded Wall Clock yang mengandungi ciri-ciri Slave clock yang bernilai RM3,810.00 (harga pasaran yang telah disemak). Secara tidak langsung RTM mendapat bekalan jam dinding yang bermutu tinggi dan melebihi value for money'.

Ternyata dari maklumbalas KPPK yang dinyatakan oleh laporan audit langsung tidak memberi maksud yang boleh difahami sebagai "RTM beli jam yang berharga RM100 pada harga RM3810".seperti yang dilaporkan oleh portal pembangkang itu.

Justeru rakyat khasnya golongan muda perlu berhati-hati dalam menerima apa saja maklumat yang disampaikan oleh proksi Yahudi yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan negara-negara yang dikuasai oleh umat Islam diseluruh dunia.

Mereka tiada niat lain selain sengaja mencetuskan sentimen kemarahan rakyat terhadap kerajaan, ketelusan kerajaan menerusi jabatan audit mendedahkan kemungkaran kewangan yang berlaku didalam pentadbiran jabatan atau agensi kerajaan kepada rakyat diambil kesempatan oleh proksi Yahudi dengan memanipulasikan setiap laporan tersebut .

Selang beberapa jam menyiarkan laporan yang dimanipulasi tadi, sekali lagi proksi Yahudi menguji impak penerimaan rakyat kepada maklumat itu dengan kenyataan sekutunya yang mengajak rakyat turun kejalanraya, jika diperhatikan, formula mereka gunakan cukup mudah yaitu manipulasi, persepsi, dan demontrasi, dengan strategi itu mereka mampu me'lembu'kan penyokong dan rakyat yang kurang teliti dengan situasi sebenar yang berlaku.

Apapun, strategi untuk merealisasikan niat dan tujuan Yahudi menerusi proksinya itu tidak seharusnya dipandang enteng oleh kerajaan khasnya pihak berkuasa, dan tidak ada pemimpin lain yang boleh diharapkan untuk tegas berhadapan dengan isu-isu yang boleh mengganggugat keamanan negara seperti ini selain dari YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kerana setakat ini hanya beliau sahaja yang dilihat berketerampilan untuk Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.