Syabas Tok Pa! Macamnilah Baru Nampak Transformasi @Mustapa_Mohamed @NajibRazak

JELI - Syabas Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed, sebagai rakyat saya merasa bangga dengan tindakan segera (kurang 24jam)  oleh pihak Tok Pa berhubung laporan akhbar Sinar Harian mengenai sebuah keluarga di Kampung Cabang Kalai, Batu Melintang, dekat sini, menuntut janji wakil rakyat dan pemimpin setempat untuk menghulurkan bantuan atas kematian seorang ahli keluarga itu kini selesai.

Seorang ahli keluarga terbabit, Ibrahim Saat, 32, berkata, isu itu diselesaikan selepas kunjungan Nasir Awang, Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke rumah mereka, semalam.

Menurutnya, pada kunjungan selama kira-kira satu jam itu, apa jua salah faham yang timbul berhubung janji tersebut telah pun dijernihkan dan perkara itu dianggap selesai serta tidak perlu dipanjangkan lagi.

“Mewakili seluruh ahli keluarga, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau (Nasir) kerana sudi hadir ke rumah kami dan beri penjelasan berhubung perkara tersebut" Katanya.

- Biarpun hal ini tidak berlaku kepada diri sendiri, namun rasa bangga diatas keprihatinan dan respon segera wakil pemimpin turut sama dirasai, sekurang-kurangnya dapat dijadikan 'modal bercakap' mengenai kecaknaan pemimpin BN serta kelebihan bagi golongan yang menyokong BN.

Biarlah selaku penyokong yang bertanggungjawab mengangkat kerajaan yang ada pada hari ini diberi kelebihan atau layanan yang berbeza dengan golongan penentang, apa ertinya sokongan rakyat kepada BN kiranya mereka tidak diberikan kelebihan bahkan kesusahan yang dialami langsung tidak dihiraukan.
DUNGUN – Akibat kesempitan hidup, seorang isteri terpaksa menjual bot gentian kaca milik suami untuk mendapatkan wang agar anak dapat meneruskan persekolahan.

Zaimah Abdullah, 53, berkata, sejak suaminya, Mohd Zam Ismail, 56, diserang strok mereka hilang tempat bergantung.

"Suami tidak lagi dapat ke laut menangkap ikan dan kami hilang punca pendapatan.

“Kami perlukan duit untuk buat belanja, nak tanggung kos perubatan suami yang sakit dan anak sekolah lagi," katanya.

Kata Zaimah, lima anaknya sudah berumah tangga dan hanya dua lagi yang masih bersekolah.

Dua anaknya iaitu Asyaratul Akmal, 19, bersekolah di tingkatan enam Sekolah Menengah Sultan Omar dan seorang lagi Mohd Shawalaudin, 17, di tingkatan lima sekolah sama.

"Duit hasil jual bot tempoh hari sudah habis buat belanja berubat suami," katanya.

Sehubungan itu, dia merayu pihak tertentu membantu mengurangkan beban kewangan mereka.

Kata Zaimah, suaminya sebelum ini ada membuat caruman insurans melalui koperasi nelayan dan menjadi ahli sejak 10 tahun lalu.

Setelah Mat Zam terlantar sakit, Zaimah melaporkan kes itu kepada pejabat koperasi di bangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun bagi mendapatkan bantuan.

Namun setelah hampir setahun berlalu, dia kecewa kerana masih tidak mendapat maklum balas mengenai permohonannya itu.

Kejadian menimpa Mat Zam berlaku kira-kira jam 11 pagi Oktober tahun lalu ketika nelayan tradisional itu keluar menangkap ikan di tengah laut.

Katanya, ketika sedang menarik pukat atas bot, Mat Zam tiba-tiba rebah lalu tidak sedarkan diri sebelum mendapat bantuan daripada seorang rakannya yang turut berada di atas bot berkenaan lalu membawanya ke darat.

Sebaik sampai di daratan, Mat Zam dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Hospital Dungun selama tiga hari untuk rawatan lanjut.

Kes Mat Zam kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan dia terpaksa ditahan di wad sekali lagi selama 18 hari sebelum dibenarkan pulang.

"Selepas keluar daripada wad, suami lumpuh separuh badan termasuk bahagian tangan menyebabkan dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.