Daripada pemimpin parti politik sehingga pemimpin NGO, daripada pemimpin sehinggalah kepada anak pemimpin yang memimpin, seterusnya mungkin cucu pemimpin dan cicit pemimpin, perjuangan orang Melayu belum lagi selesai, dan tidak ada sebarang ketetapan masa dalam perjuangan, semakin diperjuangkan semakin banyak pula yang belum selesai.
Dalam pada tidak selesai itu maka terdengarlah suara-suara lunak irama Melayu asli mendendangkan 'Orang Melayu mesti berubah sikap', 'Melayu malas, lemah, suka bergantung pada kerajaan, tidak ada merit, tidak berdaya saing, tidak suka berusaha keras, tak mahu mencari ilmu, berada di zon selesa, mementingkan ganjaran tidak mementingkan produktiviti, hasad dengki, dan boleh dikatakan hampir yang buruk itu dituju milikkan kepada orang Melayu, sehinggakan nama Melayu itu sendiri disalahkan kerana dikatakan bersifat 'layu'.
Lebih menarik perlecehan 'cap ayam' itu bukan datang dari orang kampung biasa, tapi kenyataan itu daripada pemimpin Melayu sendiri, sepatutnya pemimpin Melayu tersebut perlu ada 'kemaluan' yang besar untuk mengeluarkan kenyataan demikian, kegagalan dan keburukkan itu bukankah berpunca daripada sikap kegagalan pemimpin Melayu yang dipilih oleh orang Melayu untuk memimpin dan membantu orang Melayu ?
Perlu disedari, orang Melayu tidak tertumpu kepada hanya 10 orang Melayu daripada senarai keseluruhan 50 orang terkaya di Malaysia seperti, Syed Mokhtar AlBukhary, Shahril & Shahriman Shamsuddin, Mokhzani Mahathir, Azman Hashim, Kamarudin Meranun, Ahmayuddin bin Ahmad, Eleena Azlan Shah, Abdul Hamed Sepawi, Nazir Razak, dan Hamdan Mohamad, malah orang Melayu itu mesti dilihat secara luas dan tidak berlegar dikalangan tertentu sahaja.
Lagipun berapa banyak sangat peruntukkan kerajaan yang sudah sampai kepada seseorang Melayu bawahan itu sehingga layaknya dilabel dengan demikian, adakah peruntukkan RM1 Billion untuk memperkasa ekonomi bumiputera yang diperuntukkan pada tahun 2013 kepada TEKUN dan Amanah Ikhtiar itu lebih besar nilainya berbanding misteri kerugian RM10 Billion Perwaja Steel dan pinjaman yang diberikan oleh BMF RM2.5 billion kepada syarikat 'cinabeng' 'Carrian Group' pada awal 80an dulu ?
Jadi, Melayu mana yang bangsat tidak berguna berkomplot hanguskan berbillion wang kerajaan ini ? Adakah Melayu kampung seperti 'Pok Leh Leceh' ? Sebenarnya Pemikiran orang Melayu yang dijajah British sebelum merdeka dulu masih lagi terjajah, penjajahan itu diteruskan oleh pemimpin Melayu yang gilakan kuasa, kalau British menjajah dengan minda 'Pak Pandir' dan merendah-rendahkan apa saja perkara yang datangnya daripada orang Melayu, lebih kurang jugalah pemimpin 'populis' menjajah minda Melayu pada hari ini sehingga rakyat turut terbawa-bawa dengan menjajah minda sesama rakyat.
Hal itu sangat malang buat orang Melayu, tuan kepada bumi Melayu yang berdaulat ini, kerana doktrin seperti itu secara berterusan akan memberi gambaran buruk kepada bangsa Melayu itu sendiri, tengok Melayu berniaga 'emmm Melayu....', tengok Melayu pakai kereta besar sikit 'Emmm Melayu....' Tak tahannya yang 'Emmm' tu sendiri kereta pun tak pakai naik motosikal je, berniaga pun tidak, syok jadi kuli cina. Penjajahan minda ini mesti dimerdekakan!!!
Seperti juga masalah hampir 70,000 siswa menganggur, ia dikatakan sebab terlalu memilih kerja, tak mahir berbahasa english, masalah berkomunikasi dan 1001 lagi perkara yang dilabelkan, kalau orang kampung yang cakap padanlah dengan dia orang kampung, masalahnya pemimpin pun sama macam tu jugak, adakah itu cara untuk pemimpin menyelesaikan masalah bangsa ? Akhirnya perjuangan tetap juga masih belum selesai...
Sepatutnya kalau pemimpin dah tahu masalah siswa macam tu, carilah kaedah untuk mengatasinya, lanjutkan 1 semester lagi khusus untuk menguasai masalah-masalah berkenaan, atau apa jua kaedah yang boleh diselesaikan supaya masalah ini selesai bukannya setiap tahun bercakap perkara yang sama yang bersifat merendah-rendahkan bangsa sendiri.
Kesimpulannya sampai bila orang Melayu ingin merendahkan bangsa sendiri, seolah-olah semua orang Melayu itu buruk, sedangkan dakwaan itu hanyalah alasan untuk menutup kegagalan kerajaan Melayu memajukan bangsa sendiri disebabkan pengkhianatan sesetengah pemimpin dan penjawat awam dalam menguruskan kepentingan rakyat, tidak dinafikan memang ada sekerat dua Melayu yang bersifat alibaba atau suka makan untung atas angin, tapi kena cek dulu Melayu itu dari mana, samada benar-benar punyai kepakaran dalam bidang tertentu atau kroni yang memang itulah kerjanya.
Semua ini akan bertambah jelas jika anda mengimbau kembali sejarah lalu negara, bandingkan fakta daripada pelbagai sumber disitu anda akan ketemu siapa sebenarnya pejuang (tapi conform bukan komunis) dan siapa pula petualang...Penjajahan minda yang masih mengongkong cara berfikir rakyat ini mesti dimerdekakan, merdekakan cara berfikir maka akan merdekalah Melayu. Anda Mampu Mengubahnya.
Semua ini akan bertambah jelas jika anda mengimbau kembali sejarah lalu negara, bandingkan fakta daripada pelbagai sumber disitu anda akan ketemu siapa sebenarnya pejuang (tapi conform bukan komunis) dan siapa pula petualang...Penjajahan minda yang masih mengongkong cara berfikir rakyat ini mesti dimerdekakan, merdekakan cara berfikir maka akan merdekalah Melayu. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.