PRU 14 - BN Sengaja Undang Tsunami Melayu @NajibRazak

Pimpinan UmnoBN sekali lagi bersifat lebih menerkam kearah peningkatan undi kaum Cina berbanding 'berani hijrah' yang dilakukan oleh kaum Melayu. Benarkah PDM yang punyai kaum cina telah memberi sokongan kepada BN ? Siapa yang pergi jenguk time cina-cina tu pangkah sehingga boleh tahu mereka sokong BN ?

Menurut penganalisis politik, faktor kecil pengundi Cina juga telah menjejaskan undi terhadap PAS. Pada PRU 13 yang lalu, hampir 90% pengundi Cina telah keluar mengundi dan 87% daripadanya telah memilih PAS. Beliau menambah, pada kali ini hanya 51% pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi. Hampir 49% daripadanya telah memilih calon Barisan Nasional manakala selebihnya memilih calon PAS.

Jinak sungguh cara berpolitik pemimpin Melayu Umno berdepan dengan cina, adakah pemimpin Melayu Umno sedang bermain dengan api? Mengagungkan sokongan cina sehingga menafikan sokongan orang Melayu benar-benar mencabar maruah orang Melayu, yang setia menyokong tidak diutamakan sedang yang belot pula didahulukan.

Jikapun kaum cina 100 peratus mengundi BN dalam mana-mana PRK DUN, ia bukan boleh dijadikan sebagai penanda aras bahawa kaum berkenaan akan menyokong BN dalam PRU, mungkin ia boleh ditafsir sekadar 'bermain politik', apatah lagi kalau hanya 50 peratus sahaja yang keluar mengundi, ini kerana PRK DUN tidak menentukan pembentukkan kerajaan persekutuan, sedangkan matlamat utama mereka mengundi adalah untuk mengubah kerajaan.

Walaupun PRK DUN boleh memberi peluang untuk kaum cina bermuka-muka, sebahagian besar dari mereka tetap tidak berganjak, tapi pemimpin Melayu Umno boleh lagi terhegeh-hegeh 'lapar' menagih undian mereka.

Tidakkah betapa 'haprak'nya pemimpin sebuah kerajaan yang didominasi oleh parti orang Melayu ditanah Melayu yang berpaksikan undi orang Melayu apabila berkelakuan dayus ketagih undi cina ? Murahnya maruah kerajaan Melayu ini, benar-benar memalukan orang Melayu....

Apabila kerajaan telah memberi peluang untuk kaum Cina kembali kepangkuan BN, siap ditawarkan lagi bantuan untuk sekolah cina, kemudian tidak kesemua mereka merebut peluang itu, tidakkah dayus buat pemimpin Melayu jika masih bercakap mengenai peningkatan undi cina ? Cukup-cukuplah, apa yang nak pelahap sangat ? Atau sengaja nak menyakiti hati orang Melayu sekaligus menjemput Tsunami Melayu pada PRU14?

Kenapa kerajaan Melayu ini susah sangat nak fokus tumpu kepada bangsa sendiri ? Adakah kerajaan Melayu ini merasakan sudah cukup sempurna kehidupan bangsa Melayu ? Jagalah bangsa sendiri dulu kalau ya pun nak kalut dengan bangsa yang belot. Kenapa nak bagi bangsa belot terus besar kepala dan tidak tunduk kepada acuan pemerintahan Melayu ? Tidak cukupkah undi Melayu untuk martabatkan sebuah kerajaan dibumi Melayu ini???

Jika ada yang berkata "Sampai bila kita nak berdendam atau tidak berpuas hati dengan kaum Cina hanya kerana mereka tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 lalu ? Dalam suasana negara kita, mahu tidak mahu UmnoBN terpaksa meraih undi mereka".

Jawapannya mudah, sikap bertolak ansur dan tidak mudah mengalah pemimpin Melayu dalam menarik sokongan kaum belot harus dipuji, semangat ini sangat penting, pemimpin seperti itulah yang kita orang Melayu mahukan, bak kata pepatah, susukanlah kera-kera dihutan biarpun anak dirumah mati kelaparan.

Adakah jawapan seperti itu menyenangkan orang Melayu khasnya yang setia menyokong BN ? Dari segi maruah politik dan bangsa, tidak sepatutnya kerajaan Melayu Umno tunduk menagih kepada mereka yang belot, sebaliknya biar mereka yang belot itu sendiri yang menyesali diatas perbuatan kaum mereka, dan jika mereka sudah bertaubat, buktikan penyesalan itu tanpa perlu menagih atau membuat sebarang penawaran.

Kerajaan tidak perlulah terhegeh-hegeh 'lapar' dengan undi pembelot, malah tingkatkan sokongan orang Melayu itu jauh lebih penting kepada parti Umno yang mewakili orang Melayu. Kerajaan Melayu Umno hari ini sudah membuktikan dimana tanpa sokongan kaum cina kerajaan masih tetap utuh berdiri, dan kita tengoklah pula samada kaum cina boleh berdiri atau tidak tanpa bantuan kerajaan dan kerjasama dengan orang Melayu. Itu baru jantan wahai kerajaan!!!

Sentiasa memberi peluang hanya akan menambahkan lagi besar kepala, mereka akan lebih bermaharajalela disebabkan perhatian yang lebih diberikan pada mereka, sebaliknya orang Melayu terus rasa terhina, sebagai contoh di Sungai Limau, bayangkanlah mereka yang cuma 1842 orang lebih dinilai daripada Melayu seramai 25,323 orang, seolah-olah 12 orang Melayu sama nilai dengan hanya 1 orang berbangsa cina, mendukacitakan bangsa... - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. Jika BN/UMNO Sengaja Undang Tsunami Melayu..., maka bacul lah Melayu jika tidak menyahut undangan itu. Melayu menunggu pencetus, mana-mana NGO yang rasa layak dan mampu merawat luka dan duka Melayu terhadap umno bolehlah mendaftar sebagai parti politik mulai sekarang supaya boleh bertanding PRU 14 nanti.
    Jika kena dasar dan prinsip perjuangannya, maka aku akan menjadi ahli terawal...
    Kalau ada blogger rasa nak buka ruang perbincangan maya untuk tujuan ini dan jadi moderator, maka ayuh kita bincangkan...

    ReplyDelete
  2. Aku tunggu NGO-NGO seperti JATI dan rakan-rakan mendaftar dengan ROS sebagai parti politik. Aku akan menjadi ahli seumur hidup. Kita kasi ajar UMNO dan PAS. Biar dua-dua parti jatuh tertiarap.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.