Kenaikkan tambang LRT dan Monorail tidaklah begitu membebankan rakyat secara keseluruhan sebagaimana kenaikkan minyak, gula dan tarif elektrik, lagipun kenaikkan tambang itu perlu secara logiknya, ini kerana semasa pengumuman berkali-kali pengurangan subsidi minyak, mereka tak kecoh nak naikkan tambang, tapi bila umum kenaikkan tarif elektrik baru mereka kecoh nak naikkan tambang, apa kaitannya LRT dan elektrik ?
Mengenai sudah 10 tahun tambang tak naik, itu hanyalah alasan tambahan yang bersifat 'lagipun', alasan utama adalah kenaikkan tarif elektrik, namun jika kerajaan bersedia untuk menampung kerugian yang bakal dialami oleh syarikat Prasarana kerana tidak menaikkan tambang setara dengan kenaikkan tarif elektrik, rasanya syarikat berkenaan tidak ada masalah untuk tidak menaikkan, tapi yang akan tampung kerugian itu adalah duit rakyat, bukan duit rakyat yang menggunakan LRT semata-mata, tapi duit keseluruhan rakyat, sekarang ni pun kerugian terkumpul syarikat berkenaan dah lebih RM700 juta.
Menaikkan tambang pada kadar yang munasabah dan memastikan syarikat tidak mencatatkan kerugian, ok apa ? Cuma kalau benar kerajaan tak ingin bebankan rakyat, dicadangkan bagi warganegara yang menggunakan perkhidmatan itu secara kerap atau sebagai pengangkutan ketempat kerja, kenaikkan itu dikecualikan dengan pihak syarikat perkhidmatan itu memperkenalkan kad khas untuk mereka.
Kenaikkan tambang itu hanya lebih relevan kepada warga asing yang kebiasaannya sering dilihat gemar menghasilkan aroma ketiak hangit ketika berada dalam suasana kedinginan LRT, aroma berkenaan boleh memuntahkan pengguna lain, jadi kenaikkan itu wajar sebagai caj kepada aroma hangit yang dihasilkan. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.