Terdahulu syabas buat Datuk Seri Ahmad Said, merujuk kepada laporan Sinar Harian, dimana roti Gardenia diagihkan kepada rakyat yang sedang KELAPARAN, agak dalam bunyinya, perkataan rakyat yang sedang kelaparan itu agak asing disebut disebuah negara maju seperti Malaysia, kebiasaannya kita dengar ia disebut sebagai diagihkan kepada golongan yang memerlukan atau diagihkan kepada mangsa banjir.
Adakah ini menunjukkan ketidakcekapan dan kegagalan agensi kerajaan membantu mangsa banjir sehingga menyebabkan rakyat berada dalam KELAPARAN sekaligus memaksa kuasa 'veto MB digunakan ?
Jika ketidakcekapan pengurusan agensi kerajaan dalam membantu rakyat ketika ditimpa bencana hingga rakyat kelaparan, ia satu perkara yang membimbangkan dan wajar diperbaiki serta dipertingkatkan, kerana rakyat khuatir jika ia berlaku dinegeri yang tidak punyai Ahmad Said, mungkin rakyat akan mati kelaparan.
Contohnya jika ia berlaku dinegeri yang punyai pemimpin seperti sukarelawan 'superman' yang sedang ber-'lifestyle' seperti dibawah, jangankan dia nak membantu rakyat, orang yang sedang membantu rakyat pun dipanggilnya untuk perbincangan 'poyo' di KLCC.
Kesimpulannya, kelaparan mangsa banjir itu antaranya mungkin disebabkan sikap pentingkan diri sendiri dan 'lifestyle' segelintir pemimpin seperti 'superman' ini, lebih pentingkan perbincangan 'poyo' dari membantu mangsa banjir. Anda Mampu Mengubahnya.
Jangankan dia nak fikir untuk bantu pejuang maya Umno, nak dinafikan lagi ader....!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.