Tengok @_UstazKazim Pun Tak Nak Duduk Dalam Umno Takut Berdosa! @NajibRazak

Perlantikkan Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno adalah keputusan yang tepat dalam usaha membawa 'tranformasi' kepada parti itu, dan sebagai seorang pendakwah, Ustaz Kazim seharusnya menerima perlantikkan itu dengan hati yang terbuka, anggaplah diatas usaha dakwah beliau selama ini Allah mengurniakan jalan baginya bagi memperluaskan cabang dakwah kepada barisan kepimpinan pemerintah.

Bukan satu hal yang mudah bagi parti yang bernama Umno untuk memberi pengiktirafan kepada golongan Ulamak duduk bersama-sama dalam kepimpinan mereka, kerana kebiasaannya Ulamak akan diberi tempat hanya untuk membaca doa dalam jamuan kari kepala kambing, jadi inilah peluang yang baik bagi seorang pendakwah seperti Ustaz Kazim.

Kalau takut orang kata, sampai kiamat pun tak habis, kalau bebas atau solo, orang akan kata tidak berjamaah, kalau tolak perlantikkan itu, orang juga akan kata "Tengok Ustaz Kazim sendiri pun tak nak duduk dalam Umno, bukan sebagai ahli biasa, orang bagi jawatan MT pun dia tolak, dia pun tahu berdosa dan Ulamak takkan boleh duduk dalam Umno, kalau jawatan tinggi dalam Umno pun Ustaz Kazim tolak, takkanlah adik kakok nak sokong lagi Umno". Kesannya boleh tahan jugalah....

Relevannya Ustaz Kazim dengan jawatan MT ini, satunya beliau seorang hafiz Al-Quran, punyai intelektual sebagai pendakwah, dikenali ramai, profesional, tidak terlalu jumud, tidak kolot, tidak cacar marba dan tidak extreme, penampilannya sederhana dan tidak terlalu ke'taliban'an (bertepatan dengan keadaan), berani menyatakan kebenaran sehingga disisihkan oleh Pas, punyai imej dan kredibiliti yang ceramahnya tidak tertumpu ketika pilihanraya semata-mata, bukan Ulamak yang 'sengkek' atau tidak nampak yang jawatan itu untuk cari makan kerana sebelum ini pun beliau punyai sumber pendapatan sendiri, tidak gilakan jawatan atau terhegeh-hegeh meminta jawatan, rekod dakwahnya bersih tanpa terpalit dengan kenyataan-kenyataan kontroversi yang disanggah oleh Ulamak kebanyakkan.

Dari aspek penguasaan media sosial pula, beliau punyai 120,737 pengikut di Tweeter dan 676,000 pengikut di Facebook, diatas kelayakkan itu pun sudah cukup untuk membuktikan penerimaan masyarakat khasnya generasi muda kepada beliau.
Selain dari beliau, lebih kurang 10 orang yang saya tengok dan senaraikan sendiri, secara peribadinya saya tidak nampak kesesuaian untuk dilantik jawatan itu, bukan soal tidak layak, tapi kurang sesuai diatas beberapa faktor yang tidak perlu untuk diperkatakan disini. 

Perlantikkan pendakwah seperti beliau juga tidak akan menimbulkan rasa tidak senang, 'terasa' atau 'kecil hati' pendakwah bebas mesra Umno yang lain, kerana faktor kelayakkan itu yang perlu diambil kira, sebaliknya jika perlantikkan dibuat sembrono, banyak pihak akan tidak berpuas hati dan beranggapan, 'aku lagi lama', 'aku lagi layak', 'kalau setakat macam tu apa kurangnya aku', 'ini tak adil' dsbnya, sekaligus ia akan menimbulkan masalah kepada Umno itu sendiri.

Pendakwah jujur dan ikhlas harus menerima peluang untuk berdakwah, asal niat yang betul In Syaa Allah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah. Yakinlah dengan Allah adalah sebaik-baiknya bagi orang yang berjuang di jalan Allah. Anda Mampu Mengubahnya.

Selain punyai sekolah pondok, dibawah adalah antara hasil kerja dan sumbangan Ustaz Kazim Elias dalam usaha dakwah kepada masyarakat.

Tajuk terkenal
  1. Isi Neraka
  2. Dosa Wanita
  3. Hubungan Suami Isteri
  4. Adinda Kekanda
  5. Isteriku Sayang
  6. Lelaki Dayus
  7. Doa Anak yang Soleh
Senarai Penuh VCD Ustaz Kazim
  1. Senarai Vcd dalam kategori Kuliah Umum
  2. Fitnah
  3. Generasi Al-Quran vol 1&2
  4. Memberi maaf membawa ke syurga vol 1&2
  5. Di gigit jin
  6. Dinasour
  7. Rasulullah pemuda yang amanah
  8. Artis
  9. Bulan purnama penuh
  10. Hukum zakat, Cerai dan edah
  11. Peniaga penipu vol 1&2
  12. Hukum dan adab bersalam (keluarga 96 vol 1&2)
  13. Kemerduan Al-quran vol 1&2
  14. Dari batu kurau ke kampung potong tangan
  15. Marah tabiat anak adam
  16. Ibu mertua vol 1&2
  17. Godaan syaitan vol 1&2
  18. Ibadat tuhan
  19. Rahsia
  20. Bila kita ada ayah dan ibu
  21. Ilmu dan kepentingannya vol 1&2
  22. Mengutamakan ilmu
  23. Kelahiran nabi s.a.w vol 1&2
  24. 6 jahanam 2 vol 1&2
  25. Akhlak yang baik vol 1&2
  26. Ketinnggian darjat vol 1&2
  27. Panduan solat & bertayamun bagi pesakit vol 1 & 2
  28. Mimpi laila vol 1&2
  29. Rendahkan suara dengan rasulullah
  30. Kerana lidah vol 1&2
  31. Memandai-mandai mengubah hukum hak ciptaan Allah
  32. Fasiq
  33. Siasat sebelum sah fasiq
Senarai VCD dalam huraian kitab MUINUL MUBIN
  1. Bersuci dari hadas
  2. Makanan yang dikira bangkai
  3. Najis mukhafafah, mutawasitah dan mughallazah
  4. Niat berwuduk
  5. Cara-cara berwuduk
  6. Membasuk tangan, kepala dan kaki
  7. Sunat-sunat berwuduk
  8. Bersugi
  9. Hilang akal
  10. Perkara yang membatalkan wuduk
  11. Mandi junub
  12. Fardhu fardhu mandi
  13. Jenis-jenis mandi sunat
  14. Cara sembahyang ketika peperagan dan bertayammum
  15. Darah haid
Senarai VCD dalam huraian kitab IHFAZILLAH YAHFAZKA
  1. Riak dalam ibadat
  2. Membudayakan Al-Quran
  3. Seruling Nabi Daud
  4. Zuhud
  5. Hamba dunia
  6. Bersangka baik
  7. Bida’ah
  8. Ciptaan Allah
  9. Al-baqarah penyembuh penyakit
  10. 6 jahanam
  11. Hidayah
  12. Ciri-ciri taqwa
  13. Beriman kepada yang ghaib
  14. Bersedekah
  15. 3 golongan yang awal masuk neraka
  16. Mengenal sifat wali Allah
  17. Benci dan sayang kerana Allah
  18. Tidak menyimpan perasaan hasad (dengki)
  19. Menyempurnakan ibadat wajib dan sunat
  20. Mencegah kemungkaran
  21. Mencintai kaum muslimin
  22. Bercakap benar
  23. Orang2x yang bertaqwa dan sengsara
  24. Nabi Ibrahim berhujah dengan Namrud
  25. Otak Namrud diserang serangga
  26. Nabi Musa & Firaun
  27. Berlemah lembut dalam berdakwah
  28. Makanan pertama ahli syurga
  29. Nabi palsu
  30. Mati dalam keadaan baik
  31. Siapa wali Allah
  32. Iman Sayidina Abu Bakar
Senarai VCD dalam kategori KITAB MUHIMMAH
  1. 10 golongan yang tidak di terima solatnya
  2. Aurat wanita
  3. Isi neraka
  4. Dosa wanita
  5. Syurga untuk wanita yang mentaati suami
  6. Hubungan suami isteri
  7. Menjaga adab bertandang kerumah
  8. Kebinasaan pada laki-laki yang berkahwin
  9. Pilih laki-laki yang beragama
  10. Adinda kekanda
  11. Isteriku sayang
  12. Cemburu
  13. Mata yang dibakar
  14. Lelaki dayus
  15. 18 golongan yang tidak di terima amalannya
  16. Bomoh
  17. Mengadu domba
  18. Doa anak yang soleh
  19. Pimpinlah tanga ibu bapa masuk ke syurga
  20. Seronoknya berkahwin
  21. Tackle hati isteri
  22. Sabar dengan kerenah isteri
  23. Kahwinlah perempuan kerana agamanya
  24. 8 golongan perempuan yang jangan di jadikan isteri
  25. Beristeri dua
  26. Menyambung hubungan kekeluargaan
Senarai VCD huraian kitab Hidayatul Mutafakkirin (tauhid) 

1. Sifat-sifat Allah
2. Doa Hizbul A’zam
3. Hukum Allah
4. Menyekutukan Allah
5. Qudrat tuhan
6. Iradat tuhan
7. Ilmu Allah
8. Hidupnya Allah dengna ilmu
9. Bagaimana Yahudi menakluki kita
10. Kekuasaan Allah
11. 6 cara jin merosakkan manusia
12. Kalam nafsi kalam lafzi
13. Punca kesesatan
14. Mendakwa melihat Allah hukumnya kafir
15. Kesombongan jahiliyah
16. Harus bagi Allah
17. Mumkinat (fitrah)

Senarai VCD dalam huraian kitab Badrul madzi jilid 15
 
1. Pemimpin yang zalim - Firaun, Namrud dsbnya.
2. Harta BM 15-02
3. Fitnah wanita
4. Ulama bisu
5. 6 nikmat dunia
6. Marah tabiat anak adam
7. Genggam bara api
8. Peristiwa selepas kewafatan Rasullulah
9. Pagi-pagi beriman petang-petang kafir
10. Bala turun daripada bumbung
11. Berbuat ibadat semasa dalam keadaan huru-hara
12. Tanda-tanda qiamat
13. Zina
14. Arak
15. Mengikut hawa nafsu isteri
16. Derhakakan ibu dan ayah mustahik (berhak) turun bala
17. Perempuan joget
18. Cari redha Allah
19. Kiamat hampir tiba
20. Dajjal
21. 100 tahun dari kurun ke kurun
22. Daulat tuanku
23. Jaga kalam Allah
24. Politik
25. Imam-iman yang menyesatkan
26. Imam Mahdi
27. Turunnya Nabi Allah Isa
28. Zahirnya dajjal 

Buku & Artikel
  1. Doa Dan Penawar
  2. Puasa Dan Permasalahan
  3. Berbahagialah Wahai Wanita
  4. Tuhan Sedang Menguji Kita
  5. Bicara Jiwa
Kolumnis Majalah ANIS, Q&A, IIslam, ASUH.
 
TV & Radio
  1. Perak FM
  2. Halaqah TV9
  3. Tanyalah Ustaz TV9
  4. Al Kuliyah TV3
  5. Forum Perdana TV1
  6. Kalau Dah Jodoh Astro Oasis

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.