Video - Rompakkan Terbaru Di Petronas Melibatkan Kerugian Puluhan Billion!

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam satu ucapan ceramah di Ampang semalam meminta rakyat dinegara ini tanpa mengira usia supaya membuka akaun media sosial untuk membantu Pakatan Rakyat menyebarkan salah laku yang didakwanya dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional.

Rafizi juga memberitahu dalam dua minggu lagi akan mendedahkan bagaimana UmnoBN merompak berpuluh billion duit Petronas dan dibawa keluar negara. (Rujuk video) Samada isu berkenaan fitnah atau sebaliknya, UmnoBN perlu bersedia untuk menjawab sekaligus menangani isu berkenaan dalam kesesuaian keadaan perkembangan maklumat dunia tanpa sempadan.

Dalam kerancakkan pepimpin muda parti pembangkang meneruskan perjuangan mereka untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya, pemimpin muda UmnoBN pula belum lagi menampakkan perjuangan mereka untuk mempertahankan kerajaan sebaliknya masih duk kalut dengan pemilihan semula merebut jawatan didalam parti. Nak kalut pun kalutlah, tapi kalut tu biarlah kelayakkannya berbaloi dan boleh bawa untung kepada parti....

Kerana apa yang dilihat dalam pimpinan pemuda Umno khasnya diperingkat negeri ia tidak berfungsi sebagaimana ia berfungsi ketika mendapatkan jawatan yang sedang disandang, kalau pun nampak berfungsi, kefungsiannya kurang sesuai dan tidak punyai intelektual sekaligus menyalahi kehendak orang muda masakini.

Antaranya boleh dilihat didalam Facebook, dimana gambar-gambar aktiviti pemimpin pemuda yang dimuatnaik contohnya menunjukkan Ketua Pemuda Umno bahagian sedang pegang betis orang sakit, tengok air banjir, makan-makan, main 'dam' dan 'carom' dikedai kopi, sedang berborak sesama sendiri dsbnya.

Pada pandangan generasi muda, aktiviti sebegitu secara berterusan sangat tidak sesuai, wakil rakyat atau Ketua bahagian bolehlah.., mereka lebih sesuai untuk menjuarai rakyat yang memerlukan sentuhan sedemikian, tapi bagi seorang Ketua Pemuda Umno bahagian, tak perlulah, kalau semua ketua bahagian dan ketua pemuda nak jadi doktor duk pegang betis, habis tugas-tugas lain siapa nak buat ? Kalau tak tahu tugas apa yang nak buat, bukalah balik dasar dasn tujuan penubuhan Umno itu sendiri.

Seorang Ketua Pemuda parti perlu ada idea, karisma dan ketokohan untuk menjadi seorang pemimpin, kalau seseorang itu jadi pemimpin atas dasar dia ada duit beli jawatan untuk nak buat duit, makanya Umno pasti akan berdepan dengan kesukaran dalam usaha mempertahankan kemenangan pada PRU 14 nanti.

Dalam memperkasakan parti dan menarik sokongan pengundi muda, selain perancangan yang dibuat oleh sayap pemuda parti diperingkat pusat, diperingkat bahagian juga perlu ada insentif sendiri dan tidak hanya kaku menantikan projek semata-mata, apapun anda perhatikanlah sendiri, Ketua Pemuda dibahagian anda sedang buat apa ? Apa idea yang disumbangkan kearah mencapai matlamat parti ? Berfungsikah Ketua Pemuda dibahagian anda ? Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Dia faham ka pasai GST..??? Kesian la.... Bodo jugak rafizi lembu ni... sekarang ni kita bayar 5% jualan barangan dan 10%-16% untuk perkhidmatan. Bila dah dilaksanakan GST nanti kita hanya bayaran 6% sahaja untuk kedua-duanya sekali. Sapa untung kali ni?? Kita sebagai rakyat atau rafizi lembu yang bodo suruh kita buka FB dan twit kemudian disuruh pulak berkumpul dijalanan... Agen Amerika dan Pro Yahudi ni.... sapa yang ikut cara rafizi lembu mmg hati dan jiwa mereka diresapi ajaran yahudi.. Apabila PR menegak kerajaan maka negara Malaysia berpaksikan YAHUDI... Semoga Allah melindungi Agama Islam dan Negara Malaysia dari tangan PRO Yahudi....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.