Siasatan Awal Polis Pemandu Lori Positif Ganja, Pemandu Karpal Positif Todi ?

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh awal pagi tadi dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal polis menerusi saringan ujian air kencing kepada pemandu lori tersebut mendapati terdapat kesan-kesan dadah jenis ganja.

"Terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut.

"Namun begitu, kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut," katanya.

Persoalannya kenapa hanya pemandu lori saja yang dilakukan ujian saringan air kencing dan seolah-olah ingin memperlihatkan bahawa kejadian malang itu total berpunca daripada pemandu lori semata-mata ?

Bagaimana pula dengan pemandu mendiang Karpal Singh ? Sudahkah disiasat atau dilakukan ujian yang sama sepertimana yang dilakukan keatas pemandu lori itu ?

Sangat tidak adil jika siasatan hanya tertumpu kepada pemandu lori sahaja, ini kerana kemalangan itu dilaporkan lori yang dirempuh bukannya lori merempuh.

Lori dirempuh kerana menukar laluan tanpa memberi isyarat ? Adakah dengan itu pemandu lori sahaja yang bersalah dan disiasat ?

Seharusnya pemandu Karpal juga mesti disiasat, kalau pemandu lori itu didakwa "terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing", itu tidak bermakna pemandu Karpal 'bebas' atau semasa kemalangan ia berada dalam keadaan normal sebelum ia dilakukan siasatan dan dibuktikan sebaliknya.

Jadi untuk meletakkan kesalahan secara mutlak terhadap pemandu lori adalah tidak adil, secara logiknya sungguhpun pemandu lori itu 'khayal dadah' dan menukar laluan tanpa memberi isyarat, namun jika pemandu Karpal memandu secara berhemah atau mengikut had laju yang ditetapkan mungkin kemalangan ini masih boleh dielakkan.

Melainkan kalau lori itu yang merempuh kenderaan yang dinaiki oleh Karpal, jika begitu barulah tidak ada keperluan untuk menyiasat atau melakukan ujian saringan terhadap pemandu Karpal.
Apapun lebih malang lagi bila ada individu-individu 'bodoh asal' yang gila ber'teori' mengandaikan kemalangan yang melibatkan Karpal itu sebagai konspirasi kerajaan dan Umno.

Mungkin teori itu akan diterima pakai dikalangan sama spesis yaitu 'bodoh asal', kerana teori yang cukup bangang itu hanya boleh dihadam oleh akal-akal yang sama spesis saja dan bukannya majoriti rakyat dinegara ini. Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. Tengok pada salinan report polis pemandu alpard adalah pendatang haram dari india, takde pengenalan. Tak sebut pun ada lesen mamandu ker tidak....

    ReplyDelete
  2. Tiada lesen memandu malaysia..tiada permit kerja..pembantu rumah kapal sink yg tgh tenat tu pun silap2 tiada permit jugak kot

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.