Pergolakkan politik di Terengganu memaksa Menteri Besarnya meletakkan jawatan sekaligus mengistiharkan keluar daripada Umno sebelum disusuli dua ADUN lain yaitu Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) yang turut mengumumkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil Bebas.
Bagaimanapun tindakkan mereka itu dilihat jauh lebih mulia daripada golongan yang menjadi duri dalam daging yang sanggup mensabotaj parti dan turut berperanan sehingga menyebabkan perletakkan jawatan MB itu sendiri.
Bagaimanapun tindakkan mereka itu dilihat jauh lebih mulia daripada golongan yang menjadi duri dalam daging yang sanggup mensabotaj parti dan turut berperanan sehingga menyebabkan perletakkan jawatan MB itu sendiri.
Difahamkan tempoh perjanjian Datuk Ahmad Said menjawat jawatan sebagai MB berakhir pada 12 Mei 2014, persoalannya mengapa ada tempoh perjanjian yang sesingkat itu sedangkan tempoh itu tidak pula digunakan keatas MB dilain-lain negeri.
Rupanya faktor kegagalan Ahmad dalam menyatupadukan Umno negeri serta keputusan PRU 13 yang merudum menjadi punca kepada perjanjian singkat tersebut. Namun apakah wajar Ahmad disalahkan 100 peratus dalam isu itu.
Perkara utama yang perlu dipersoalkan ialah kenapa Ahmad kurang disenangi oleh kepimpinan Umno negeri ? Apa yang telah beliau lakukan dan apakah yang dilakukan itu untuk kebaikkan rakyat secara menyeluruh atau hanya keburukkan kepada sebahagian ahli anggota projek runtuh ?
Kalau apa yang dilakukan oleh Ahmad itu demi kepentingan rakyat menyeluruh yang bertentangan dengan dasar 'runtuh' itu menyebabkan perpecahan didalam Umno, Ahmad perlu dikekalkan dan itulah proses reform yang sebenarnya.
Mungkin dalam jangkamasa pendek ianya berisiko, namun dalam jangkamasa panjang ia sangat baik kepada parti, hakikatnya seorang MB ketimuran seperti Ahmad tidak mampu untuk diterima oleh sebahagian orang Umno yang turut disokong oleh pemimpin diperingkat pusat, sebaliknya mereka masih menagih kepimpinan 'runtuh' yang kononnya diterima oleh rakyat, sedangkan penerimaan itu bersifat sementara atau penerimaan sebelum runtuh.
Rakyat boleh terima jika perjanjian perletakkan jawatan Ahmad itu disebabkan skandal spender, balak, runtuh, rasuah dsbnya, namun jika perpecahan berlaku kerana bertentangan dengan prinsip Ahmad seorang pemimpin yang bersih, itu sangat tidak adil, apakah selama-lamanya Umno ingin me'runtuh'... ? Anda Mampu Mengubahnya.
'Perubahan perlukan pengorbanan'
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.