Bihun Lemak Babi Cap Masjid Berlogo HALAL ! JAKIM Dan Menteri @dsjamilkhir Bila Nak Bertindak ?

Bihun cap masjid keluaran syarikat Van Loong Bee Hoon Sdn Bhd yang beralamat di Bt 7 Jln Ipoh Kuala Lumpur menarik perhatian masyarakat apabila dikatakan bihun jenama itu diragui status halalnya.

Disamping cara pemprosesan yang menjijikkan sambil dibungkus oleh bangla tidak berbaju dan persekitaran kilang yang kotor serta dihuni oleh anjing kepunyaan 'tauke' bihun, bihun ini juga didakwa turut mengandungi unsur babi.

Berselindungkan dengan cap masjid, tulisan jawi dan logo HALAL, bihun tersebut bebas dipasarkan dan berjaya menembusi anak tekak pengguna muslim dinegara ini.

Bagaimanapun logo HALAL yang digunakan oleh syarikat bihun ini bukanlah dikeluarkan oleh pihak JAKIM, maknanya logo halal itu tidak ada kena mengena dengan JAKIM, hanya syarikat bihun itu yang memandai-mandai meletakkan logo HALAL pada pembungkus bihun berkenaan.
Persoalannya, apakah pihak JAKIM tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakkan terhadap syarikat yang menggunakan logo HALAL yang tidak dikeluarkan oleh JAKIM yang hanya bertujuan untuk memperdayakan pengguna muslim.
Mengapa wujudnya logo-logo HALAL selain logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM ? Sejauhmana penguatkuasaan undang-undang terhadap penggunaan logo HALAL yang tidak dikeluarkan oleh JAKIM.

JAKIM sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan dalam perkara ini seharusnya memantau dan mengambil tindakkan tegas terhadap mana-mana syarikat yang menggunakan logo HALAL secara HARAM!!!

Selagimana JAKIM bersikap lembik, selagi itulah darah daging umat Islam dinegara ini terdedah kepada perkara yang haram. Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. Amat menarik bila isu makanan mula panas di hebohkan selepas timbul kes carbury ,timbul pula bihun cap masjid yang memualkan. Dan tentunya pihak JAKIM dibalun sekali lagi.Biar pun begitu kadang-kadang bidang tugas tersebut sememangnya JAKIM yang mendahului tapi sebagai pengguna kita juga perlu berhati-hati.

    Oleh kerana kelemahan orang kita dalam bermuamalat dan tuntutan fardhu kifayah terlalu lemah maka kita telah "digomo" dari segenap arah walaupun bertopengkan "masjid" maka dengan senang hati kita menerima "suapan" tersebut walaupun meloyakan. Yang kita tahu "bertempik" dan menyalahkan satu pihak lain kerana gagal mengawasinya.

    Pakcu percaya kita akan dapat mengatasinya jika kita mempunyai strategi dan langkah yang betul dalam menghasilkan produk yang halal dalam bentuk produk kampung mahu pun dalam secara besar-besaran jika langkap mendirikan kilang "Produk halal Had" didirikan oleh kerajaan atau penyatuan dan gabungan antara semua pengeluar Islam seluruh Malaysia seperti di pameran di KL dahulu untuk dipasarkan kepada orang Muslim secara meluas.
    Apa pun ianya hanya separuh jalan dan sekadar pameran sahaja dan kilang "halal Haq " yang terbina di lebuh raya antara Rantau Panjang- Pasir Mas yang pada awalnya untuk tujuan tersebut pun turut sunyi sepi dan separuh mati...apa masalahnya pun Pakcu tak tahu..jadi bila lagi mahu bermula ? walahualam.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.