BALA TERKINI DI KELANTAN WANITA PULA TERANCAM

KELANTAN BIMBANG MAKIN RAMAI SURI RUMAH HIDAP HIV

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan bimbang dengan peningkatan bilangan penghidap HIV di negeri itu terutama yang membabitkan suri rumah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar berkata bahawa pada 2009 sebanyak 616 kes baru penghidap HIV direkodkan iaitu jumlah tertinggi di negara ini.

"Daripada jumlah itu 16 peratus daripadanya adalah wanita dan daripada jumlah 16 peratus itu pula, 40 peratus merupakan suri rumah.

"Suri rumah ini tidak bersalah dan mendapat jangkitan HIV yang sudah tentunya daripada suami sendiri," katanya kepada pemberita sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan berhenti rehat hari ini.

Wan Ubaidah berkata golongan lelaki terutama suami agar tidak melanggan pelacur manakala golongan muda menjauhi hubungan seks luar nikah itu."Statistik juga menunjukkan penyebaran virus ini di seluruh negara adalah berpunca daripada hubungan seks tetapi di Kelantan punca utama penyebaran virus ini adalah melalui jarum suntikan," katanya.

Ketika menggulung perbahasan pada persidangan itu, Wan Ubaidah meminta agar semua Anggota DUN membantu kerajaan negeri berbuat sesuatu mendidik masyarakat menjauhi dadah dan seks bebas di tempat masing-masing.

Wan Ubaidah menafikan kerajaan Pas gagal menjalankan gerakan dakwah kepada penduduk negeri itu sebaliknya menyalahkan media terutama televisyen sebagai antara punca gejala itu.Akhbar pada 16 Sept lalu melaporkan jumlah penghidap HIV dan AIDS di Kelantan pada tahun lepas adalah tertinggi di Malaysia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. - Bernama

Ulasan GK

Sekiranya keadaan ini berlaku bagaimana Hukum Hudud  nak mengatasinya,Bukan maksud GK untuk mempersendakan Hukum Allah taala,Akan tetapi  keadaan lelaki Kelantan ke Golok Siam untuk melempiaskan nafsu Pas bukannya dibawah bidang kuasa Kerajaan untuk melangkaui sempadan negara .Jangankan itu , untuk mengintip pun sudah bertentangan dengan Hukum Islam...

Demikian akan situasi yang tergambar diatas menunjukkan penghukuman bukanlah perkara utama dalam mendidik rakyat, Mungkin juga semakin ramai lagi  ke Thailand untuk mencelup disebabkan ia merasa lebih bebas dan selamat,Mustahil kalau nak suruh Kerajaan Thai pula yang buat Hudud.

Pokok pangkalnya adalah pengukuhan akidah Islam atau memupuk rakyat dengan cara dakwah supaya dapat menyelami maksud sebenar Islam yang berkait dosa pahala serta takut kepada Allah Taala. Kalau PAS berjaya takutkan rakyat Kelantan dengan mengundi BN masuk Neraka masakan tak boleh dakwahkan Rakyat jika buat dosa takut kepada Allah...

Kalau PAS berdakwah Islam kepada Rakyat Kelantan sepertimana mereka berdakwah untuk rakyat mengundi PAS,GK yakin rakyat Kelantan lah yang paling ramai masuk syurga.Rakyat Kelantan jugalah yang terbaik diantara yang terbaik.Kerana apa? Kerana Kehijauan yang ditanam didalam hati penyokongnya yang menjadi Taksub dan sukar untuk ditembusi oleh mana-mana parti lain eloknya kalau ia pada keadaan dalam Islam.

Inilah sebabnya jika POLITIK melebihi Agama,Semua perkara agama dikaitkan dengan politik, Ceramah politik maki hamun sumpah seranah ,mengumpat,mengeji dikatakan perkara agama.Bukankah gila maknanya tu.Menganggap Politik suku agama suku boleh menjadi  Kafir,Habis kalau Politik macam PAS inikah yang dianjurkan oleh Islam? Politik jika mengikut Islam sangat cantik,Tapi jika Islam dipolitikkan sangatlah buruk akibatnya.

Bala HIV/AIDS pula yang mengundang,Bagaimana Kerajaan PAS Kelantan nak tanganinya?.Elok segera diadakan pilihanraya supaya rakyat dapat menukar kerajaan daripada terus ditimpa bala.Ini adalah satu keadaan yang sangat buruk dari aspek individu dan kemasyarakatan.Fikirlah sendiri jika keadaan ini berterusan apa akan terjadi??? Anda mampu ubah,ubahlah.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.