PEROMPAK ARAH MANGSA BERSUMPAH GUNA AL-QURAN

MEROMPAK SUKU AGAMA SUKU
Perompak arah mangsa bersumpah guna Quran
BEDONG - Tiga perompak mengambil tindakan berani apabila mengarahkan mangsa bersumpah telah menyerahkan semua barang beharga kepada mereka setelah selesai merompak.
Mangsa, Sofiah Omar, 58 berkata, dia telah disuruh oleh perompak yang menyerahkan al-Quran kepadanya untuk bersumpah telah menyerahkan semua barang beharga kepada mereka sebelum beredar.
Malah tiga perompak terbabit telah mengambil sarung kaki miliknya dan dipakai ditangan mereka sebelum bersalaman dengannya dan tiga ahli keluarga lain untuk mohon ampun dan maaf kerana merompak mereka.
Sofiah dan keluarga kerugian seutas rantai, tujuh gelang emas dan wang tunai RM7,000 setelah dirompak.
Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi, 5 Oktober lalu. - SH Utara/Nurliza Elami..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.