180 AHLI PKR MASUK UMNO. APA DAH JADI PR???

BENTONG – Seramai 180 ahli PKR Cabang Petaling Jaya Selatan, mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menjadi ahli Umno.

Bekas Naib Ketua Cabang PKR Petaling Jaya Selatan, Suhaimi Saari berkata, keputusan diambil kerana mereka percaya kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) lebih baik daripada PKR.

Menurutnya, beliau sendiri sudah hampir 11 tahun berjuang dalam parti PKR sejak awal penubu-han dan mengetahui banyak rahsia parti.

“Namun, kini saya sudah tidak tahan dengan masalah membelenggu dan mengambil keputu-san meletak jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, seterusnya membubarkan PKR Cabang Petaling Jaya Selatan.

“Kemasukan seramai 180 ahli ke dalam Umno melibatkan sebahagian dari 17 Ranting di bawah Cabang PKR Petaling Jaya Selatan,” katanya selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Baha­gian Petaling Jaya Selatan, Datuk Raja Hanipuddin Raja Nong Chik.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

Sementara itu, Raja Hanipuddin berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan bekas ahli PKR itu itu dan menganggap ia sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, penyertaan mereka ke dalam Umno membuktikan rakyat sudah tidak mempercayai PKR yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya.

Sumber..Sinar Harian

3 comments:

  1. Sama sama kita tadbir negara ini di atas landasan Perlembagaan Negara yang telah diterima pakai sejak MERDEKA. Kepimpinan yang diterima majority tentunya lebih berusaha untuk kebaikan majority. Jauhi dari kepimpinan yang mementingkan sesaorang atau sesuatu kaum sahaja. Apa tah lagi gulongan yang memilih cara tunjuk perasaan...melanggar undang-undang dan bertentangan dengan isipati Perlembagaan Negara.

    ReplyDelete
  2. aku sayang Tun Mahathir11/14/2011 3:06 PM

    ..sesungguhnaya berkata benar itu PAHIT.
    ..dan sesungguhnya yang pahit itu tidak semestinya HEMPEDU.

    Alhamdulillah...semoga MALAYSIA terus mendapat hidayah ALLAH SWT...

    TAHNIAH kepada 180 orang rakan kita yang telah mendapat petunjuk NYA...

    ReplyDelete
  3. Yang lain-lain tu bila lagi. Semua petunjuk telah pun terbukti jelas dan benar. Jangan segan-segan dan malu-malu. BN sentiasa menerima kehadiran anda. Sama-sama kita bangunkan negara kita yang tercinta.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.