WOW !!! MADAH PUJANGGA TUN M BUAT UMNO TERCINTA

1. Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata “UMNO is rotten to the core” (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Ulasan GK 

13 perkara penting yang disebutkan diatas dipetik dari  blog chedet. Teguran Tun M ini lebih bersifat mendidik dan mengukuhkan kembali UMNO. Pemimpin dan akar umbi UMNO harus diingatkan bahawa pernyataan Tun M. tak pernah kosong tidak berisi. Dengan ini seharusnya akar umbi parti bersama jentera memastikan perkara yang dibangkitkan oleh Tun M. ditangani dengan sewajarnya. Jangan pula melenting sekiranya teguran dari Tun M lebih pedas lagi jika dengan cara lembut ini tidak diendahkan. 

GK juga ada nampak sedikit sebanyak perkara yang dinyatakan diatas ada benar berlaku didalam UMNO. Kadang-kadang naik bingung juga dibuatnya. Pernah GK terfikir adakah perkara seperti ini tidak diketahui oleh pucuk pimpinan tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya, atau menunggu UMNO hancur berkecai baru nak difikirkan. Bertindaklah sebelum ianya terlambat.

Pembersihan didalam parti perlu dilakukan supaya UMNO kekal relevan dari semasa ke semasa. Ini penting untuk memastikan kuasa yang sedia ada dapat dipertahankan bagi mengelak berlakunya kacau bilau didalam negara. Umum mengetahuinya, Agen Yahudi yang dikepalai oleh  oleh PTN atau dengan nama saintifiknya Peliwat Tegar Negara sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan negara ini. Sikap leka dan tamak akan membuka peluang kepada PTN untuk mengjahanamkan Malaysia yang tercinta.

Sebelum Perhimpunan Agong Umno diadakan ini GK mencadangkan supaya perwakilan dapat mengusulkan masalah tersebut dan membuat satu tindakan yang sewajarnya bagi menjamin keutuhan Umno dapat dikekalkan, Mesej rakyat pada PRU12 sebagai tanda protes kepada Kerajaan BN perlu dipandang serius,Parti Umno bukan untuk platform kontraktor, Umno hanya untuk Pemimpin yang sayangkan parti dan cintakan negara, Bukan sayang kepada projek tapi sayang kepada perjuangan. Kesetiaan dan tangunggjawab sangat penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat.

Siang malam perjuangan sahabat-sahabat pendokong kerajaan biarlah berbaloi dengan kemenangan, Hanya menjadi sia-sia sahaja perjuangan kami sekiranya Pemimpin tidak bersatu hati, Budaya 'cah keting' perlu dijauhi dan diterajang ke dasar laut, Andainya Kelantan gagal ditawan pada PRU13 di atas sebab berlakunya 'Cah Keting' , Ingin GK sampaikan AMARAN ini, Sekiranya terbukti berlaku, tanpa timbang rasa dan tolak ansur lagi GK akan pastikan pemimpin tersebut tidak akan berpeluang untuk memegang apa-apa jawatan sekalipun didalam Umno dan akan terus lagendakan sejarah Petualang negara ini buat tatapan generasi hadapan.

Biarpun kecil tidaklah besar, Kebencian kepada Petualang akan disemarakkan bersama pejuang-pejuang bloggers supaya dapat memberi pengajaran kepada pemimpin yang akan datang. Pengkhianat yang bersifat duri dalam daging tidak sepatutnya berada bersama didalam sebuah perjuangan. Ingat ini satu AMARAN kepada perbuatan yang dibenci oleh semua orang. Berlapang dadalah dengan setiap perkara yang telah ditakdirkan, redha itu akan memberi satu balasan kebaikkan yang lebih elok dari apa yang kita impikan. Bersama merubah Kelantan dengan warna kemajuan yang akan dinikmati manfaatnya oleh seluruh warga Kelantan .Rakyat mengubah, Pemimpin Merubah, Pas akan rebah, Nik Aziz baham tanah. Anda mampu mengubahnya.....

3 comments:

  1. CANTIKNYA DATO SRI NGAN POSING MACAM TU .... MERUNTUN JIWA WANITA YANG MELIHATNYA

    ReplyDelete
  2. kalau begitu,
    hanya tinggal Ahli umno Seumur Hidup ajela yg tegar mmeperjuangkan umno sehingga ke nyawa di hujung halkum.

    demi demokrasi.

    ReplyDelete
  3. Ambo tok sir oghe make gaji buta11/16/2011 8:35 AM

    Salam GK,

    Kenapa ngan Tun.. Perjuangan belum selesai.. semua dah tau dah.. nak selak sikit jom..

    http://www.youtube.com/watch?v=fYWI4BAvq3I&feature=related

    mungkin ada pelapis.. pendekatan berbeza mungkin...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.