Rakyat Kelantan tidak seharusnya sentiasa disogokkan dengan pelbagai harapan yang palsu, janji air liur dan angan-angan kosong kerana itu adalah sesuatu tipu daya pemerintah yang hanya bertujuan untuk menutup kelemahan sahaja, seperti disebut dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:
``Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata ” (Surah An-Nisa: 120)...
TUNTUTAN 22 PERKARA
RAKYAT KELANTAN
MUKADIMAH
Sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan Pas Kelantan (1990-2012), rakyat Kelantan seharusnya menilai semula serta bertanya berapa banyakkah perubahan dan pembaharuan serta janji-janji yang telah dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan sepanjang 22 tahun pemerintahan.
Seluruh rakyat Kelantan percaya dan yakin, dalam agama Islam antara duniawi dan ukhrawi, percakapan, janji dan perbuatan mestilah seimbang serta seiring, ianya pelengkap kepada kejujuran dan amanah dalam pemerintahan dan pentadbiran.
Sehubungan degan itu, Gerakan TUKAR (Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat) mempersoalkan, adakah pelbagai janji yang diwar-warkan oleh PAS Kelantan di setiap kali pilihanraya yang berslogankan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM sudah dilaksanakan dan dipenuhi? dan sejauh manakah pula pelaksanaannya?
Dalam hal ini rakyat Kelantan tidak seharusnya sentiasa disogokkan dengan pelbagai harapan yang palsu, janji air liur dan angan-angan kosong kerana itu adalah sesuatu tipu daya pemerintah yang hanya bertujuan untuk menutup kelemahan sahaja, seperti disebut dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:
``Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan apa yang dijanjikan
oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata ” (Surah An-Nisa: 120).
Gerakan TUKAR berpendirian bahawa dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU-13), rakyat Kelantan WAJIB menolak Kerajaan PAS Kelantan dan memilih Kerajaan baru Barisan Nasional sebagai tanda MENGAJAR KERAJAAN PAS KELANTAN YANG HANYA BERETORIK DAN PANDAI BERJANJI TETAPI TIDAK PANDAI UNTUK PENUHI JANJI .
Di Atas tujuan tersebut Rakyat Kelantan akan menuntut 22 perkara besar (janji kerajaan PAS Kelantan) dan 22 tuntutan ini WAJIB dipenuhi oleh Kerajaan PAS Kelantan sebelum PRU-13, rakyat Kelantan berpendirian JIKA 22 TUNTUTAN RAKYAT KELANTAN ini tidak dipenuhi sebelum PRU-13, Rakyat Kelantan bersedia untuk MENUKAR Kerajaan PAS Kelantan kepada kerajaan yang baru iaitu Kerajaan BARISAN NASIONAL.
Sebagai rakyat Kelantan kita seharusnya menuntut hak kita. Hak kita di sini ialah menuntut Kerajaan PAS Kelantan menunaikan kesemua janji-janji yang dibuat sepanjang pilihanraya umum lalu yang masih belum ditunai sehingga sekarang.
Pada pilihanraya umum tahun 1990, rakyat Kelantan telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada kerajaan PAS untuk mengubah nasib mereka. Kerajaan PAS Kelantan membuat 1001 janji kepada rakyat Kelantan seperti mana terkandung dalam Manifesto (Program Pas Negeri Kelantan Pilihanraya Umum 1995,1999,2004 dan 2008) parti itu sebelum ini. Dan apa yang dijanjikan itu langsung tidak dipenuhi malah PAS Kelantan terus menabur janji baru untuk menambat hati rakyat Kelantan.
Sesungguhnya rakyat tidak boleh bersabar lagi kerana peluang kepada PAS Kelantan untuk mentadbir Kerajaan Negeri sudah diberi selama 22 tahun dan rakyat Kelantan berpendirian ianya terlalu lama.
Rakyat Kelantan berpendirian mereka bukan dikalangan orang yang pendek akal untuk terus lena dibuai janji kosong PAS dan menjunjung tinggi harapan generasi muda “anak kelantan” serta generasi lama “nadi kelantan” sama ada yang tinggal di dalam negeri Kelantan atau menetap di luar negeri Kelantan untuk meletakkan Negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga berada sama tinggi dengan negeri-negeri maju yang lain di bawah Kerajaan Barisan Nasional.
Rakyat Kelantan berpendirian bahawa sikap dan pendirian PAS adalah dusta semata-mata dan ini bercanggah dengan sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud:
``Hendaklah kamu semua menjauhi dusta kerana dusta itu menjauhkan iman.”
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
`` Sesungguhnya dusta itu membawa kepada derhaka dan sesungguhnya derhaka itu membawa kepada neraka. Apabila manusia benar-benar berdusta,maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta.’’
TUNTUTAN 22 PERKARA
RAKYAT KELANTAN
KAMI RAKYAT KELANTAN, DENGAN PENUH RENDAH DIRI MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN 22 PERKARA RAKYAT KELANTAN INI SEBELUM PRU-13, TUNTUTAN 22 PERKARA INI DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JANJI YANG PERNAH DIBUAT OLEH KERAJAAN PAS YANG MASIH BELUM TERTUNAI. JIKA KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK MELAKSANAKAN TUNTUTAN INI, KAMI RAKYAT KELANTAN BERSEPAKAT UNTUK MENUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT PADA PRU-13 NANTI. KAMI PERCAYA TINDAKAN INI ADALAH SUATU HIJRAH DAN PENGORBANAN YANG PALING BESAR PERNAH DILAKUKAN OLEH RAKYAT KELANTAN.
TUNTUTAN PERTAMA (1)
RAKYAT MENUNTUT ANAK NEGERI DI BERI KEUTAMAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT AGAR SEMUA WAKIL RAKYAT DI KELANTAN HENDAKLAH DIKALANGAN ANAK-ANAK TEMPATAN SAHAJA.
TUNTUTAN KEDUA (2)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN PENUBUHAN BADAN HISBAH DAN MENUNTUT BARISAN KEPIMPINAN KERAJAAN PAS MENGIHSTIHARKAN HARTA.
TUNTUTAN KETIGA (3)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKUATKUASAKAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN.
TUNTUTAN KEEMPAT (4)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN BERSIKAP LEBIH BERSIH, ADIL DAN AMANAH DAN BERHENTI DARI MENYALAHKAN PIHAK LAIN DIATAS KEGAGALAN SENDIRI.
TUNTUTAN KELIMA (5)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KHUSUSNYA KEPADA GOLONGAN BELIA YANG MENGANGGUR.
TUNTUTAN KEENAM (6)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBAYARAN BANTUAN RM100 KEPADA SELURUH WARGA EMAS DI KELANTAN BERMULA TAHUN 1990 HINGGA SEKARANG.
TUNTUTAN KETUJUH (7)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA MASALAH AIR KELANTAN YANG BERLARUTAN SEJAK SEKIAN LAMA DAN RAKYAT TIDAK SANGGUP UNTUK MENUNGGU SEHINGGA TAHUN 2027.
TUNTUTAN KELAPAN (8)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENGHAPUSKAN CUKAI PINTU DAN BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA (PARKING) SERTA MEMANSUHKAN BAYARAN SEWA TAPAK STESEN-STESEN KERETA SEWA SELURUH KELANTAN.
TUNTUTAN KESEMBILAN (9)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN TERUTAMANYA PEMIMPIN DAN AHLI TIDAK LAGI MENGAMALKAN BUDAYA POLITIK MENCACI DAN MENGHINA.
TUNTUTAN KE SEPULUH (10)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK LAGI BERSEKONGKOL DENGAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT YANG JELAS DIRAGUI DARI SEGI AKIDAH, MORAL DAN SOKONGAN KEPADA ISRAEL.
TUNTUTAN KESEBELAS (11)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENOLAK SEBARANG KERJASAMA DENGAN PARTI DAP YANG JELAS MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM.
TUNTUTAN KEDUA BELAS (12)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN PERLABUHAN DARAT KUALA KRAI SEPERTI YANG DIJANJIKAN.
TUNTUTAN KETIGA BELAS (13)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SELESAIKAN SEGERA MASALAH BERKAITAN LADANG RAKYAT DAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA NAMA DAN BUTIRAN PENERIMA DIVEDEN LADANG RAKYAT, SERTA NAMA SYARIKAT YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT.
TUNTUTAN KEEMPAT BELAS (14)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN SARANAN SUHAKAM BERSABIT PEMBELAAN TERHADAP NASIB ORANG ASLI.
TUNTUTAN KELIMA BELAS (15)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEDIAKAN SEGERA TAPAK RUMAH KEPADA GOLONGAN MISKIN DI BUKIT TOK ALI(JELI), PANTAI MEK MAS (PENGKALAN CHEPA) , ALOR PULAI DAN KAMPUNG TOK EWEL (BACHOK)DAN LAIN-LAIN KAWASAN PENEMPATAN GOLONGAN MISKIN YANG MASIH BELUM DILAKSANAKAN.
TUNTUTAN KEENAM BELAS (16)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA JUMLAH ASET/ HARTA MILIK KERAJAAN NEGERI SERTA SYARIKAT YANG BERKAITAN KERAJAAN NEGERI YANG TELAH DIJUAL DAN MENGISHTIHARKAN TERBUKA KEMANA WANG TERSEBUT DI BELANJAKAN.
TUNTUTAN KETUJUH BELAS (17)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK KEPADA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH.
TUNTUTAN KE LAPAN BELAS (18)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA KOTA BHARU-PALEKBANG SEPERTI MANA YANG DIJANJIKAN DAN TELAH DILETAKKAN BATU ASAS.
TUNTUTAN KE SEMBILAN BELAS (19)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELAMATKAN RAKYAT DARIPADA TERUS TERJERUMUS KE DALAM KEMISKINAN HARTA DAN KEMISKINAN AKHLAK.
TUNTUTAN KEDUA PULUH (20)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA ISU PENGAMBILAN BALIK TANAH RAKYAT DI NEGERI KELANTAN TERUTAMANYA DI KAWASAN SELUAS 400 EKAR DI KAMPUNG TIONG KUBANG KERIAN.
TUNTUTAN KEDUA PULUH SATU (21)
RAKYAT KHUSUSNYA PENIAGA KECIL / PENJAJA MENUNTUT SUPAYA KEBAJIKAN MEREKA DIJAGA ANTARANYAMENGHAPUSAN CUKAI KEPALA BAKUL YANG DIKENAKAN KEPADA MEREKA SEPERTI MANA DIJANJIKAN.
TUNTUTAN KEDUA PULUH DUA (22)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA BERHENTI DARI MENABUR JANJI-JANJI BARU KEPADA RAKYAT SELAGI JANJI LAMA YANG MASIH TERTUNGGAK TIDAK DITUNAIKAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGHORMATI PERASAAN DAN SENSITIVITI RAKYAT DENGAN MENDAHULUKAN KEPERLUAN RAKYAT DAN BUKAN HANYA MENABUR PELBAGAI JANJI TANPA MELAKSANAKANNYA.
85 janji lagi juga belum dilunaskan Klik disini
85 janji lagi juga belum dilunaskan Klik disini
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.