KEMAYAN BACHOK - Nilai-nilai Islam pada anak muda hari ini berada dalam keadaan sangat membimbangkan, dimana saja kelihatan maksiat berlaku didepan mata tanpa ada perasaan malu dan hormat pada masyarakat sekeliling, lebih mengecewakan bilamana maksiat itu berlaku di negeri yang ditadbir oleh Ulamak dengan berslogankan Membangun Bersama Islam.
Bukan ingin mencari silap mana-mana pihak, jauh sekali untuk mengaibkan anak muda yang sempat dirakamkan oleh lensa "Cegah Mungkar", tapi rakaman ini sekadar ingin memberi kesedaran bersama didalam menjayakan misi negeri "Membangun Bersama Islam" dan memperingatkan pelaku maksiat supaya menjauhkan dari pemula zina yang disebut sebagai "ringan-ringan".
Jika lensa "Cegah Mungkar" mampu merakamkan aksi anda, bagaimana pula dengan lensa malaikat yang rakamnya tidak ada yang terdinding dari penglihatannya. Memang sedap dan memang seronok, hal ini belum dinafikan oleh sesiapa termasuk Nik Aziz dan buktinya adalah Nik-Nik yang ada itu.
Bagaimanapun, sedap itu biarlah halal dan tertutup dengan tidak dipertontonkan ditempat awam yang secara tidak langsung turut diperhatikan oleh masyarakat termasuk kanak-kanak, lebih-lebih lagi dilakukan pula pada hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat.
Maksiat sebegini sudah menjadi kebiasaan dinegeri Kelantan. Tidak ada mana-mana pihak yang kononnya tegar untuk memperjuangkan Islam tampil dalam memberi kesedaran kepada anak muda akan azab Allah yang sangat pedih dan jelas dijanjikan olehNya kepada para pelaku maksiat sebagaimana yang tercatat didalam al-Quran.
Rakaman tersebut dirakamkan di Pantai Kemayan, Bachok Kelantan. Keadaan sebegini adalah rutin pada hujung minggu. Bukan disini saja, malahan disemua pantai-pantai, air terjun, pasaraya-pasaraya, airport Pengkalan Chepa, dan seumpamanya. Jadi disini, tanggungjawab siapakah untuk menangani masalah moral ini yang berkait rapat dengan zina dan buang bayi.
Jika tanya Nik Aziz, pasti jawapannya adalah Hudud. Apa saja pun jawapannya sentiasa menghukum bukannya mendidik. Tidak bolehkah sebagai contohnya dewan pemuda Pas bertindak sebagai pembanteras kepada maksiat ini dengan melakukan serbuan serta memberi nasihat kepada golongan ini supaya maksiat sebegitu tidak terus dilakukan.
Dengan cara itu, kes zina dan buang bayi dapat dielakkan kerana keghairahan itu tidak dapat dimulakan ditempat-tempat seperti yang dirakamkan. Bermulanya zina adalah adegan "ringan-ringan" ditepi pantai yang stimnya itu disudahkan dibilik-bilik hotel, rumah sewa dan sebagainya. Hasil dari itu, sebahagiannya seperti print screen yang telah dilampirkan dibawah.
Sampai bila kita nak bercakap pasal berjuang Islam tapi tindakan langsung tidak ada, sedangkan tindakan itu sangat mudah untuk dilakukan, tidak seperti mana untuk melaksanakan Hudud, undang-undang manakah yang menghalang satu skuad khas dalam membanteras maksiat seperti ini. Rasanya tidak ada dan pemuda Pas boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja.
Memanglah rakaman itu tidak ada perlakuan yang teruk, kalau siar yang teruk dari itu mungkin ianya sudah mengaibkan dan memalukan, namun itulah pemula zina dan hukumnya tetap HARAM disisi Islam, kalau disisi Pas kena tanya Nik Aziz dulu, cukup setakat itu untuk kali ini, dan "Lensa Mungkar" tetap akan terus merakamkan adegan-adegan seperti ini untuk disiarkan tanpa sebarang tapisan. Awas anak muda anda sedang diperhatikan....
Memetik petikan lalu, sebagai landasan dan dasar perjuangan yang PAS ingin tegakkan Membangun Bersama Islam dan menunjukkan seriusnya kerajaan PAS Kelantan dalam membanteras gejala maksiat mungkin caranya lebih baik dengan mengusulkan penubuhan satu unit khas dalam membanteras maksiat yang berlaku ini.
Jika cara penubuhan unit khas oleh dewan Pemuda Pas ini telah dilakukan maka bolehlah kalau kita nak kata PAS ni ikhlas untuk memperjuangkan Agama Allah. Ni terus nak pergi kepada perlaksanaan Hudud, sampai bila ianya dapat dilaksanakan kalau PAS pun bertanding tak cukup kerusi untuk mentadbir negara.
Ketahuilah Hukum Islam atau perlaksanaan hudud ini didalam kerangka Islam, bukannya politik, tidak semestinya menjalankan Hukum Hudud ini akan aman negara tanpa terlebih dahulu mewujudkan satu suasana yang kondusif. Lihat apa yang berlaku di negara yang menjalankan Hukum Hudud seperti Pakistan. Adakah aman negaranya? Ketahuilah juga negara mana yang paling aman didunia. Adakah Negara yang menjalankan Hukum Hudud.?
Pastinya tidak, tetapi negara itu mengamalkan apa yang diajar oleh Islam didalam pentadbiran walau pemimpinnya bukan dikalangan orang Islam. Menjalankan Hukum HUDUD dikala keadaan yang tidak sesuai adalah seperti untuk menghancurkan Islam dan menunjukkan Hukum Allah tidak mampu mengamankan negara dari jenayah. Sedangkan kita yang tidak mengikut peraturan yang sebenarnya sebelum kita melaksanakannya.
Ketahuilah Hukum Islam atau perlaksanaan hudud ini didalam kerangka Islam, bukannya politik, tidak semestinya menjalankan Hukum Hudud ini akan aman negara tanpa terlebih dahulu mewujudkan satu suasana yang kondusif. Lihat apa yang berlaku di negara yang menjalankan Hukum Hudud seperti Pakistan. Adakah aman negaranya? Ketahuilah juga negara mana yang paling aman didunia. Adakah Negara yang menjalankan Hukum Hudud.?
Pastinya tidak, tetapi negara itu mengamalkan apa yang diajar oleh Islam didalam pentadbiran walau pemimpinnya bukan dikalangan orang Islam. Menjalankan Hukum HUDUD dikala keadaan yang tidak sesuai adalah seperti untuk menghancurkan Islam dan menunjukkan Hukum Allah tidak mampu mengamankan negara dari jenayah. Sedangkan kita yang tidak mengikut peraturan yang sebenarnya sebelum kita melaksanakannya.
Jika selama ini Nik Aziz dan Hj Hadi serta semua mereka yang tidak pernah mencuri, tidak pernah berzina apakah ianya kerana adanya Hudud dan juga takut dipotong tangan atau direjam? Baiknya seseorang insan bergantung kepada dakwah dan iman yang ada didalam hatinya, Iman terbentuk melalui cara dakwah bukan cara hukum.
Oleh yang demikian cegahlah kemungkaran ini yang lebih WAJIB dari perhimpunan Bersih. Ini jua adalah perkara mungkar yang sangat mungkar, pemaksiat zina boleh menjadi seorang pembunuh, Firman Allah s.w.t maksudnya "Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan." (Surah Al-Isra’ ayat 32) Anda mampu mengubahnya....
Siapa dikalangan melayu bangang PAS yang berani mengutuk dan menyergah simusang berjanggut nike ajis..nanti akan disumpah..dikeji dan dihina oleh orang tua nyanyuk tu..tetapi hakikat sebenarnya selama lebih 20 tahaun memerintah kelantan tiada apa yang dilakukan oleh nike ajis ..dia cuma pandai dan pakar dalam mengeji dan menjatuhkan meruah orang sahaja..tetapi dia lupa nak memandang ketas diri sendiri dimana kain yang dia pakai dah hampit terlondeh..nasib baik laa bontot dia tu berkurap..kalau tak dah tentu nuar brahi pun akan meliwat nya..
ReplyDeleteALLAHUAKBAR!!! BALA KPDMU BAKAL TIBA... HINALAH PARA USTAZ N ULAMAK.. NNTI ENGKAU MATI XDE SIAPA NK MELWAT MAYAT ENGKAU!!! ALLAH SWT MELAKNAT ORNG YG MMBNCI PARA WARIS NABI!!! TGGULH SEKSA MU!!!
ReplyDeleteSapa ustaz, sapa ulamak? Nik Aziz? Takde rupa pun sebagai pewaris nabi.
DeleteWARIS NABI KEPALA HOTAK KAU LUTFI!! NIK AZIZ TAK ADA CIRI2 ULAMA LANGSUNG CUMA BERSERBAN DAN HAFAL QURAN SIKIT2 DAN AMBIL SEPARUH2 BERGURUKAN SYAITAN. SEMOGA ALLAH MEMPERCEPATKAN KEHANCURAN SYAITAN2 BERTOPENGKAN ULAMA DARI BUMI MALAYSIA SEBELUM MEMBAWA KEPADA LEBIH KEMUSNAHAN!!
ReplyDeleteALLAHUAKBAR!
BETUL3X...TIADA YG BENAR MELAINKAN YG BENAR DARI SEKELIAN YG BENAR...MEMANG BETUL N.AJIS BUKAN ULAMA..SITUA NYANYUK HANYA TAU MEMBACA APA YG TERSURAT TETAPI TIDAK MEMBACA APA YG "TERSIRAT". BERLAGAK MEMAKAI SIFAT ALIMUN ALLAH, TETAPI HABUK PUN TARAK. ALLAH YANG MAHA BERKUASA LAGI MAHA MENGUASAI AKAN MELAKNAT DAN MENGAZAB ORANG2 YANG MEMPERTAHANKAN PARA MUNAFIK DENGAN AZAB YG PEDIH DAN MEMBAKAR MEREKA INI DENGAN BAHANG DAN HABA API NERAKA JAHANAM!!!
DeleteALLAHUAKBAR...3X
SUBHANALLAH...3X.
KT SABAH TIADA PULA BERITA BUANG BAYI...AHHAHAHA....PELIK BETUL
ReplyDelete