HAL ISLAM RAHIM TIDAK LAYAK - HUSAM

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang menggambarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘bapa kafir’ mempunyai unsur dendam.

Malahan kata Husam, Rahim tidak layak mengeluarkan pendapat tentang Islam kerana tidak mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal agama.

“Kita dalam Pakatan Rakyat lebih berpegang kepada konsep kesopanan dan akhlak. Cara kita bertindak balas adalah dengan cara yang boleh diterima masyarakat,” kata beliau pada sidang media di JKR 10 di sini, semalam.

Rahim dalam sebuah akhbar semalam menuduh Nik Abdul Aziz sebagai ‘bapa kafir’ apabila dilihat cuba mengelirukan umat Islam dengan menyatakan bahawa wajib untuk menyokong perhimpunan Bersih 3.0.

Husam turut kesal terhadap fenomena politik negara yang dilihat berkembang di luar batas-batas agama dan moral.

“Hampir setiap hari ada sahaja caci maki dan kata nista yang tidak bertanggungjawab serta tuduhan liar berunsur seks keterlaluan selain gambar tidak munasabah disiarkan sejak Mac 2008 oleh media utama negara,” katanya.

Menurutnya, sebagai rakyat negara ini, beliau merasakan sudah tiba masanya amalan kotor seperti ini ditamatkan, namun perkara itu tidak akan terlaksana selagi tidak mempunyai moral yang tinggi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Datuk Hasan berkata, Pas Kelantan mengutuk tindakan Rahim dan menyifatkan ia tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bekas ketua polis.

“Beliau tidak layak untuk bercakap mengenai Islam dan kafir, siapa dia nak melabelkan orang Islam atau kafir, siapa dia Islam atau kafir sedangkan umum sudah mengetahui latar belakang dia sejak menjadi Ketua Polis Negara,” katanya. - Sinar Harian

3 comments:

  1. apa yang di katakan oleh tan seri rahim noor menang betul kerana nik aziz selalu mengelirukan umat islam selama ini

    ReplyDelete
  2. Kusam..., sejak bila lak parti kamu berpegang kepada kesopanan dan akhlak ni!. Cuba mai habaq. 1) Setiap ceramah PAS tak sempurna kalau tiada maki hamun, itu sopan dan berakhlak ka?. 2) Para demonstran BERSHIT 3.0, memaki hamun, menghina dengan menggelarkan anjing dan belasah anggota polis, terbalikkan kereta polis tu kau kata bersopan dan berakhlak mulia? atau apakah cara seperti itu kau katakan sopan?. Ini belum masuk bab moral lagi si Kusam oi!!. Pemimpin pujaan hati kau tu bagaimana moralnya. Bersopan dan berakhlak mulia ka?. Memang padanlah panggilan TS Rahim Noor tu. Lu dan Nik Ajis tu belum tentu jadi penghuni kat mana syurga ke atau neraka.

    ReplyDelete
  3. Puak2 ko kata ahli umno kapiq bole pulak? apa pulak kelayakan ko tentukan manusia kapiq ke bukan?

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.