Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk dipercayai akibat pendedahan tersebut.
Gambar Hiasan |
Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan serius yang berlaku beberapa hari selepas pendedahan video berkenaan pada 2 April lalu.
Hasan mendakwa pasangan berkenaan telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.
Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.
"Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih daripada itu," katanya lagi.
Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti pasangan berkenaan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan menimpa mereka.
Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.
Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. -Disunting Malaysiakini
Namun sungguh malang bagi kita umat Islam kerana hanya memandang remeh isu murtad sebegini, kita sering memberi perhatian yang khusus kepada pilihanraya tanpa mengambil kira umat Islam yang telah dimurtadkan dan terjebak dengan seks bebas yang diperkenalkan oleh ratu Bersih yaitu Ambiga Sreevasanan.
Pejuang Islam Pas lebih rela Hasan Ali terkontang kanting sendirian dalam menangani isu murtad ini, apakah Pas fikir ini bukannya tujuan yang baik, perlu kita sedar bahawa musuh Islam sentiasa mencari peluang untuk menguasai dimana sahaja bumi yang dikuasai oleh orang Islam.
Perjuangan yang didokong Ambiga seperti LGBT dan murtad hampir ditutupkan dengan perhimpunan Bersih baru-baru ini, percubaan demi percubaan dilakukan oleh Ambiga seakan hampir berjaya untuk memerangkap umat Islam dinegara ini.
Bila percubaan LGBT dan memurtadkan umat Islam panas diperkatakan ia segera tertutup dan membuatkan kita terlupa akannya. Apapun Ambiga takkan berputus asa dalam memperjuangkan apa yang dimatlamatkannya.
Percubaan beliau sebelum ini (LGBT) mendapat penentangan dari pelbagai pihak, maka dengan itu beliau kembali dengan rancangan asalnya bersama pembangkang dalam agenda Bersih bagi membersihkan segala-galanya yang dimiliki oleh umat Islam selama ini.
Kesimpulannya adalah kerjasama Pas, Dap dan Ambiga, dari negara Islam bertukar kepada negara berkebajikan, dan perlu diketahui negara berkebajikan yang macam mana akan dibuat oleh Pas setelah bersekongkol dengan mereka ini. Tertegakkah sebuah negara yang diimpikan oleh penganut Pas sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya nanti?
Jangan terlalu mengikut hawa nafsu Nik Aziz, sebaliknya fikirlah dengan hati yang terbuka dan sebaiknya lihatlah contoh negeri-negeri yang telah dikuasai oleh PR, apakah Islamnya lebih baik dari apa yang ada sebelum ini, contoh jelas adalah di Selangor, berjayakah kilang-kilang arak ditutup atau semakin bertambah pusat-pusat maksiat haram ? Anda Mampu Mengubahnya.....
bagi tau kat mat jati tu kalau nak buat ceta tamel cari lah rajanekan,jangan lah cari yusof haslan gelak guling gua baca
ReplyDeleteKo nak gelak sebab ko banggang....tak pun ko non muslim.....
ReplyDeleteApa-apalah labu...sokong PAS kan dah masuk syurga.....Nuar tu kan ciri-ciri pemimpin Islam yang jadi ikutan puak-puak PAS...