BN KELANTAN SEMAKIN HARI SEMAKIN PARAH NIK AZIZ JUGA YANG UNTUNG
Politik oh politik, Umno Kelantan paling berpolitik didalam politik, bermacam politik yang dipolitikkan namun kesannya sangat kurang baik untuk UmnoBN yang bercita-cita nak ambil alih Kelantan dari Pas. Gambar Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz berdoa bersama AJK Umno Bahagian Pengkalan Chepa kini sudah tersebar di ruang-ruang FB milik pembangkang.
Dilaporkan AJK UMNO Bahagian itu dan isterinya Ketua Puteri Umno Pengkalan Chepa melahirkan rasa kesal terhadap pemimpin-pemimpin bahagiannya yang tidak prihatin terhadap nasib yang menimpa mereka,
Inilah keadaanya yang berlaku dibeberapa bahagian Umno di Kelantan, cuma setakat ini yang dimaklumkan Gk ialah Umno Bahagian Pengkalan Chepa yang paling bermasalah, benar atau tidak benar itu tak dapat dipastikan, namun maklumat yang Gk terima setakat ini adalah tepat sepertimana sebelum keadaan itu dirakamkan Gk sudah maklumkan pada artikel yang lepas. Untuk rujukan klik DISINI. Keadaan ini tidak terhenti disitu sahaja dan kita belum tahu susulannya bagaimana.
Begitu juga dengan janji untuk membina rumah yang hangus terbakar berhampiran Airport Pengkalan Chepa, Gk difahamkan hanya janji sahaja yang manis meniti dibibir tapi perlaksanaannya 2x5 sahaja dengan pemimpin Pas, cuma yang berbeza pemimpin Pas lebih menampilkan zuhud politik dengan rumah dan kereta yang bersederhana dan boleh mengurangkan sedikit sakit hati rakyat terhadap mereka.
So macammana ni ? boleh ke menang PRU13 ni, atau sama sahaja seperti yang sudah berlaku sepanjang lebih 23 tahun yang lalu, bagi orang Umno Kelantan khasnya, jawapan kepada isu ini mudah sahaja :
1.) Biasalah tak dapat projek macam tulah perangai
2.) Alah politiklah tu nak suruh orang pandang dia
3.) Kan time ni banyak pertandingan dan pemilihan yang akan berlaku,biasalah.
4.) Bodoh, memang patutpun orang macam ni keluar dari Umno,
5.) Umno tak perlukan orang sepertinya
6.) Politik nak mengugut apa ke jadahnya dan bermacam-macam lagi pandangan.
Bagi pandangan orang-orang Pas pula bagaimana ?, lagilah hebat untuk ambil kesempatan ini :
1.) Tengok ! orang dia sendiri pun dia tak peduli takkan kita nak sokong Umno lagi.
2.) TGNA sentiasa membantu siapa sahaja walaupun dikalangan pemimpin Umno.
3.) Orang Umno pun time susah cari orang Pas.
Dan bermacam lagi perkaitan diatas isu itu akan ditimbulkan dipentas-pentas ceramah Pas untuk meraih dan mempengaruhi rakyat, dan itulah formula Pas Kelantan mengekalkan kerajaannya sampai hari ini, tapi apakah hanya dua golongan itu sahaja yang berkata-kata dan menilainya untuk membuktikan kesannya ? Lupakah dengan kuasa ketiga yang majoritinya menentukan keputusan pilihanraya.
Agaknya bagaimana kuasa ketiga penentu keputusan pilihanraya itu berfikir dan menilainya, mampukah pemimpin Umno menyelami sejenak pemikiran mereka ini diatas isu yang berderetan seperti ini yang timbulnya dalam waktu terdekat pilihanraya, atau ambil sahaja sikap buat tak reti tanpa mengambil jalan penyelesaian yang bijak.
Bagi Gk senang sahaja fikir, untuk selamatkan Umno dari dibaca dengan persepsi buruk, pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya tampil untuk menjawab permasalahan yang timbul itu dengan membawa bukti kebenaran untuk didedahkan kepada umum jika ia benar, contohnya,
" Dia ni sebab nak projek buat Lebuhraya Rakyat tapi kita tak bagi sebab dia tak berkelayakkan, dan kita sendiri pun tak buat projek tersebut sebaliknya projek itu diberikan kepada kontraktor berpengalaman dan bukan dari kalangan orang-orang kita sendiri, nah ini buktinya".
Jelas bukan ! maka dengan itu rakyat boleh menganggap Umno sedang menjalani proses pembersihan daripada pemimpin-pemimpin yang gilakan kuasa dan projek, sekaligus Umno tidak memerlukannya kerana lebih mementingkan rakyat, jika telus segalanya akan jelas, tapi masalahnya jerung dan bilis tetap punyai beza saiznya tidak dari rutin makannya. Anda Mampu Mengubahnya......
Tak payah buang masa dan duit utk mennag d kelantan , BN akan tersungkur, d sana, dalam kerajaan warga negeri tu pun x sokong BN hang tak caya hang kutuk nik ajis, marah mereka, tp makan gaji dgn BN, jadi afikir2kan lah brother najib...tumpu pada selangor, perak, kedah, penang NO Way nak dapat balik, Paklah da kasi Free
ReplyDeleteLah..belum pru dah mintak jangan bertanding kat kelantan. Nampak sangat dah kalahlah tu. Kutuk nicky ajis sebab dia tu ejen kristian pas bertopingkan islam dan bukannya nabi pas. Itupun tak tahu nak dibezakan. depa marah sebab malu lama sangat kene kencing dgn nicky ajis...tebal muka nak mengaku dibodohkan nabi pas...
ReplyDeleteBN menang kat Kelantan ke atau tidak itu tak penting...Yg penting duit tak bolih sesuka hati ketua Bahagian dan cawangan mintak..konon nak tolong anak mukim;;;Mika ni semua dah kaya melebihi wakil rakyat dilain negeri...
ReplyDeleteYg penting duit Rakyat Kelantan dijaga rapi olih yg beramanah saperti Dato Mustapha dan Awang Adek yg tak bercita tinggi.
Yg lepas lepas duit Ihsan dijaga orang yg menggunakan untuk lobi dalam Majlis Tertinggi..nak menerus jadi Menteri atau jawatan lebih dari itu..maka juak juak Bahagian dan cawangan yg keyang bukan rakyat...jelata...
DiKelantan masih ada rejim sedemikian... Tolong tukarlah Peel tu...atau masuk PAS aje ler...
Hperancis
baguslah kalau org2 macam ni istihar sokong PAS awal2 lagi saebelum BN tersalah pilih calon..., sebagai penyokong UMNO aku tak pernah fikir siapa pemimpin atau calon.. yg penting BN kembali memerintah Kelantan. kalau setakat dia dan beberapa org nak istihar.. aku tak hairan langsung.. kerana masih ramai penyokong UMNO/BN kembali insaf dan sedar kesilapan lalu..
ReplyDeleteJANGAN TERPENGARUH DENGAN TEKTIK PAS..Sapa yang nak tersungkur sebenarnya? PEMBOHONG memang kerja PAS. Bohong dapat pahala demi parti Islam? (Korok otok dia).
ReplyDeleteKetahuilah ramai rakyat Kelantan sudah sedar penipuan PAS dan yang belum tu ialah yang dah terpele'ok otak mereka kerana mungkin selalu duduk dekat tong sampah tiap-tiap pagi jumaat depan kedai Japar Rawas. Yang tu tak boleh nak buat apa lagi. Kalu yang rajin mengkaji dan selidik tak se doh, cukuplah.
UMNO pun bukan baik sangat!!...malahan nampak pun tak baik TETAPI PAS confirm jahat betul!! kerana berlagak baik!!!
ReplyDelete