PRU13 - ADA DUA MASALAH BESAR BN PERLU DIATASI SEGERA ! - MUHYIDDIN

"Kita sekarang perlu berhadapan cabaran yang besar bagi menghadapi pilihan raya, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas berhubung persediaan BN bagi menghadapi PRU 13.

"Justeru itu, saya ingin memberi peringatan kepada ahli BN agar tidak berlaku sebarang persengketaan dan sebarang masalah atau isu negatif dalam parti," tegas beliau.

Katanya lagi, masalah kedua yang perlu dihadapi dan diselesaikan oleh BN merupakan isu persepsi di kalangan pengundi kerana rakyat menjadi keliru antara realiti dan persepsi negatif yang ditimbulkan pembangkang.

"Apabila isu persepsi ini timbul, rakyat akan terpinga-pinga dan tertanya-tanya mengenai kesahihan isu yang ditimbulkan pembangkang," kata beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan.

Tambah beliau, pembangkang kini menyerang dan menimbulkan persepsi negatif melalui rangkaian media sosial untuk menyebar fitnah yang tidak berasas.

"Oleh yang demikian, isu persepsi ini mesti diperbetulkan dengan kadar segera," tegas beliau.

Katanya, semua pemimpin tertinggi BN harus sentiasa tahu isu-isu semasa bagi memudahkan mereka memberi penjelasan kepada rakyat supaya tidak timbul isu persepsi ini.

"Selain itu, pemimpin tertinggi juga sentiasa turun padang dan mengambil langkah proaktif untuk memberi penjelasan secara terbuka terus kepada rakyat bagi membetulkan persepsi negatif mereka terhadap kerajaan," tambah beliau.

Untuk itu, jentera penerangan parti di setiap bahagian dan daerah mesti memberi penjelasan jika timbul sebarang isu dan saling membantu bagi memastikan BN dapat meraih semula kerusi yang dipegang pembangkang kini.

Rupanya Timbalan Presiden dah tahu masalah ni sebenarnya, ingatkan tak tahu, dan bagaimana dengan tindakan yang telah diambil oleh kepimpinan BN bagi mengatasi hal yang cukup besar ini terutamanya berkaitan persepsi.

BN akan mengalami kekalahan hanya kerana persepsi sahaja bukan kerana apa, persepsi negatif yang gagal  untuk dijawab balas adalah satu perkara yang cukup besar dan perlu dipandang serius, Gk lihat dalam konteks negeri Kelantan melalui pengamatan memang BN gagal untuk menangani isu persepsi ini.

Entalah macammana yang kepimpinan BN Kelantan ni fikir, sebagai contohnya pada artikel lepas Gk ada siarkan penjelasan mengenai isu Lebuhraya Rakyat yang didakwa pemimpin Pas ia telah diluluskan oleh Pak Lah dan dibatalkan oleh Najib, sedangkan ianya bukan demikian, sejauhmana rakyat tahu akan hal yang sebenarnya ini..Sila klik DISINI.

Masalah persepsi ni contohnya mudah, jika ramai yang bercakap pasal sesebuah restoran itu bahawa makanannya sedap, pasti ramai yang akan pergi untuk mencubanya, bila kita cuba biasanya takderlah sedap sangat, namun persepsi itulah yang mempengaruhi kita untuk mencubanya, tapi bagaimana pula dengan persepsi negatif yang dilemparkan terhadap BN ?

Gk tak nak kritik saja, nanti puak BN Kelantan kata pandai cakap jer habuk pun tarak !!!  So cara nak selesai pada pandangan Gk Ia mudah saja, pertamanya  'Jangan kemut pitis', kedua, seminggu sekali pemimpin mesti adakan pertemuan atau forum soal jawab dengan jentera atas darat dan maya bagi menjelaskan isu-isu yang berbangkit.

Tapi pemimpin tu pemimpin mana ya ? biasalah pemimpin ni dia takut nak kerja kuat, takut namanya tak naik jadi calon sia-sia jer, so kalau masalah ni tak boleh nak kata apa tepuk dada tanya selera kerana itulah realiti yang berlaku, pemimpin cabang pula kebanyakkannya tak reti apa bab politik ni kecuali PROJEK.

Kalau tanya isu apa yang hot sekarang ni tentu jawabnya tak tahu, tapi kalau tanya berapa harga simen sekarang ni satu bag, mesti laju jer jawab RM 16.50...Jika itu dikekalkan terus berlaku maka tiada siapa yang dapat mengubahnya kecuali Anda Mampu Mengubahnya.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.