Pendedahan Blogger Amboorangkampung dari Team KCW berhubungkait dengan usaha gigih yang sedang giat dilakukan oleh 'parasit (pinjam kata Hasan Ali) didalam Pas untuk menjatuhkan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku manusia paling lama berkuasa itu kali ini dilihat sabotaj keatasnya lebih parah bilamana hal yang melibatkan akidah dipertaruhkan untuk memenuhi maksud politik serta impian bertakhta pada kerusi yang disandang oleh Nik Aziz dari zaman berzaman itu.
Setelah dilihat usaha menimbulkan isu-isu yang bersifat duniawi sebelum ini gagal untuk mengundurkan Nik Aziz dengan melepaskan jawatan Menteri Besar yang disandangnya itu. Kini Nik Aziz berhadapan dengan satu persepsi untuk dilihat jahil apabila cubaan dikristiankan dengan melakukan simbol kristianisasi itu berjaya dilakukan oleh pihak yang menggelarkan diri mereka dengan Team 'R' yang berselindung disebalik tuntutan keatas isu royalti rakyat Kelantan dan juga boleh disifatkan sebagai serampang dua mata.
Kejahilan Nik Aziz mengenai simbol itu sekaligus menjerat diri beliau dengan melakukan simbol kepercayaan kristian iaitu 'Sign of The Crosssed' yang diketahui umum ianya hanya menjadi amalan orang kristian sahaja, dan "Barangsiapa yang ikut satu adat yang lazim untuk satu kaum sahaja,maka ia tergolong didalam kaum tersebut".
Bagaimanapun Gk yakin sekiranya penggunaan simbol tersebut dijelaskan kepada Nik Aziz terlebih dahulu yang ianya adalah amalan Kristian, pasti Nik Aziz tidak sekali-kali akan melakukannya atau mengizinkannya untuk dijadikan trademark atau simbol kepada tuntutan royalti tersebut. Siapa dalang sebenar kepada keadaan yang berlaku ini juga mungkin ianya sudah dapat dibaca oleh Nik Abduh yaitu anak Nik Aziz yang mana sebelum ini Nik Abduh turut mengakui ayahndanya punah kerana perancangan punahsihat untuk memunahkannya.
Lantaran perancangan yang berjaya memperlihatkan kejahilan Nik Aziz dengan suasana perkembangan dunia hari ini yang sudah tidak selari dengan beliau, sekaligus memberi gambaran yang beliau sudah tidak lagi relevan untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan Pas Kelantan, ini kerana sebahagian besar rakyat mungkin khuatir kejahilan demikian akan berulang dan memberi mudarat yang lebih besar kepada negeri dan umat sekiranya Nik Aziz terus mengetuai kerajaan Pas Kelantan.
Nik Aziz yang dilaporkan akan menjawat jawatan Menteri Besar sampai mati itu menimbulkan rasa tidak senang kepimpinan Pas untuk terus bersaing dengan negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional pada acuan yang mengikut suasana dan kehendak semasa. Melainkan Nik Aziz meletakkan jawatan beliau dan hanya menjadi sebagai penasihat kepada kerajaan negeri.
Diatas hal yang timbul tadi berkait soal akidah, maka kewajaran pihak yang bertanggunjawab untuk memperjelaskan kepada rakyat akan keberlakuan itu, ia bagi mengelakkan kekeliruan dan salahlaku umat Islam dalam menggunakan simbol tersebut, kerana masih banyak lagi simbol yang tidak ada kaitan dengan unsur-unsur Kristian itu untuk digunapakai sekiranya ia bukan satu perancangan licik untuk menjatuhkan Nik Aziz...
Untuk melihat bukti, dalil dan fakta mengenai simbol 'R' dan kaitan Kristianisasi itu dengan penjelasan yang lebih terperinci oleh blogger AOK, Sila Klik DISINI.
Ya..sama-sama kita dengar fatwa terbaru akan muncul tidak lama lagi
ReplyDelete