Penemuan 'Manusia Zaman Batu' Menggemparkan Kelantan!

Penemuan yang boleh disebut dengan penemuan manusia zaman batu ini ekoran keadaan mereka yang tinggal diatas pokok dan menjadikan kubu peninggalan tentera British yang dibina kira-kira 70 tahun yang lalu sebagai penempatan utama bagi menjalani rutin kehidupan seharian.

Walaupun Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi. Namun disebabkan kejumudan dan tidak ada kepakaran dalam mentadbir negeri ia menyebabkan pelabur asing tidak berminat untuk datang melabur di negeri Kelantan dan sekaligus membantut pertumbuhan ekonomi negeri.

Akibat dari itu, kehidupan rakyat sering terabai tanpa kebajikan yang sewajarnya seperti mana yang dilaung-laungkan didalam perjuangan Pas sebelum ini. Sukar untuk diterima oleh akal yang waras bilamana masih ada lagi insan yang tidak mempunyai tempat tinggal yang sempurna dan terpaksa menjadikan sebuah kubu British sebagai tempat tinggal di siang hari, dan diatas pokok pula pada malam harinya.

Sedangkan sebuah pemerintahan yang dikatakan membangun bersama Islam senantiasa bergema dibalik hutan simpan yang semakin botak akibat kerakusan aktiviti membedal balak. Mungkin hanya pentas ceramah sahaja yang menampakkan kehebatan kepimpinan Pas kerana tersemburnya liur pemaki hamun yang senantiasa merendah-rendahkan orang lain dan menggambarkan hanya mereka sahaja yang sempurna dalam segala hal.

Meninjau keadaan daif tiga beradik Zaini Kasim, 43,Zami, 42, dan Zafni, 41 yang kematian ibunya Halimah Othman akibat kemalangan maut empat tahun lalu, hidup melarat dimana Zaini yang hanya berkerja mengambil upah turun kelaut  menangkap ikan dikatakan tidak berkemampuan untuk menyara adik mereka yang menghidap batuk kering manakala adiknya Zafni mengalami penyakit mental. Selanjutnya klik disini.

Apa masalah kerajaan Pas Kelantan yang gagal melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan terhadap kebajikan rakyat yang memilihnya sebagai pemerintah ? Apakah kerana tidak menerima wang royalti ? Dan adakah hanya wang itu sahaja yang disebut didalam Al-Quran sebagai cara untuk memakmurkan rakyat, sedangkan pemilikkan royalti itu tidak jelas dan berada dalam kesamaran seterusnya perlu melalui proses perundangan dan sebagainya.

Memang mudah saja alasan Pas untuk memburukkan orang lain diatas kegagalan mereka, tanpa wang royalti juga lupakah dengan bangunan-bangunan Pas yang dibina seluruh Malaysia itu ? Tanpa wang royalti juga pemimpin Pas kaya raya dan mampu beristeri 2, 3, dan 4, berkereta besar dan berumah besar, pemimpin Pas mampu mencipta kekayaan dikalangan mereka, tetapi kenapa tidak mampu untuk kebajikan rakyat.
Pemimpin Pas tidak pernah takut akan ALLAH yang maha esa, suka menyebut dan memberi peringatan akan kekuasaan Allah, namun peringatan itu hanyalah untuk mengaburi mata rakyat supaya dipandang alim sentiasa.

Terbaru sekarang ini di Bachok misalnya, bangunan Pas baru siap terbina dengan megahnya, apakah pembinaan itu tidak memerlukan wang dan menyiapkan hanya dengan doa ? banyak perkara yang boleh dipertikaikan dengan keadaan perjuangan Pas masa ini. Sebagai orang Islam dan lebih-lebih lagi yang mengaku memperjuangkan Islam dengan mengkafirkan sesama Islam, tidak bolehkah diambil ketiga-tiga beradik itu untuk ditempatkan sementara dibangunan Pas yang gah itu sementara ada pihak yang tampil untuk membantu mereka ?

Bagaimana Islam menghukum diatas situasi yang berlaku itu kepada pemerintah yang WAJIB lebih pada menunaikan haji untuk dipilih oleh rakyat ini ?

Ketahuilah bahawa Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat begitu anti dan benci kepada orang-orang miskin, beliau pernah menyebut dalam satu rakaman kuliah pagi di kelab Pas Kota Bharu, bahawa "orang Islam yang miskin itu adalah BODOH". Kenyataan beliau itu mungkin kerana kehadiran orang miskin hanya menampakkan kegagalan kerajaan Pas dalam menerajui negeri Kelantan yang sudah hampir 30 tahun ini...Rakaman tersebut akan menyusul...Anda Mampu Mengubahnya....Untuk gambar  yang lebih menarik sila klik Perigi Timur
Pandangan sisi kubu kebajikan British kepada 3 beradik itu.
Keadaan kubu yang hampir ditenggelami pasir

Tempat tinggal makhluk yang bernama insan di negeri berkebajikan
'Atas pokok' tempat bermalam 3 beradik pada malam hari
Tempat tinggal siang hari didalam 'sauna kubu' konkrit yang dibina Tentera British lebih 70 tahun lampau
Keadaan sebenar rakyat dan wajah negeri berkebajikan acuan Nik Aziz
Mampukah untuk kita tinggal di kubu ini, renung-renungkanlah.

10 comments:

  1. pendek kato: salah umno blako nih!!

    ReplyDelete
  2. HIDOP PARTI ISLAM SESAT PAS!!

    MAMPOS RAKYAT KELANTAN!!

    ReplyDelete
  3. Angkat sumpah sebagai menteri besar tetapi lebih menjalankan tugas sebagai tok guru mana nak jaga kebajikan rakyat.Kalau nak jadi tok guru biar la orang lain jadi MB.

    ReplyDelete
  4. 22 tahun tak wat gapo..dok gote telor. Malu beto Kelante sama taraf dengan Timor Leste, dari segi kemiskinan dan pemikiran, hok ada sikit2 hasil bumi slama knin dok gaha ko puok2 PAS. Puok2 atas dok korek bijih besi, kaut mas wat lari balak. Org kapung dok kokoq etok dgn taik lembu (wat baja lobak)

    ReplyDelete
  5. Tu orang kelantan percaya sangat dengan tok guru sesat ni. Rakyat kelantan yang susah dan miskin tetapi pemimpin pemimpin mereka kaya raya.

    ReplyDelete
  6. ini lah agaknya yang dikatakan "terlepas pandang" oleh pemimpin setempat. walaubagaimana pun pihak umno tolong lah selesaikan masaalah ini jangan jadi macam pas yang mungkin tahu tapi buat2 tak nampak.. wallahualam

    ReplyDelete
  7. ini bermakna kelantan masih ada ciri zaman batu di bawah pentadbiran tok guru pas. kesian kesian!!!!. mana dia wang derma, wang zakat, wang hasil bumi kelantan? kenapa tak gunakan untuk membantui keluarga malang ni. kenapa tok nik tak ikut cara Khalifah Umar Al Khatab yang mengembara kesetiap pelosok negeri untuk melihat keadaan rakyatnya dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang susah dan yang memerlukan...........inilah ajaran islam yang sebenar. bukan memerintah dengan cara menyuruh orang lain buat kerja. pemerintah yang mesti melakukan kerja mereka sendiri. itu satu kewajipan. kelau dah tak mampu, sakit, uzur atau dah tua serahkan pada yang lebih muda yang berkemampuna.

    ReplyDelete
  8. dah rompak duit org ni siang2 terang, kutuk pulak kerana papa. Quran xbenar ambil hak org lain. apalagi 10 bilion... ramai yg bpndai kira duit byk tu... ALlah pengadil sebenar.
    pasti mnunggu pbicaraannya.

    ReplyDelete
  9. kalau dasar bela melayu...ni org melayu. kelantan rmai org melayu, tapi duit mereka dirompak 10 bilion oleh org melayu juga. yang buat org melayu, dn org2 yg membuat pkara ni jugalah yg kutuk melayu. kalau amik duit tu boleh tolong berapa org miskin macam ni? yg pndai mengira cuba tlg kira. yg xpndai matematik lebih baik jgb tunjuk bodoh kita sbg org melayu. malu la......................

    ReplyDelete
  10. igt psan nabi kita...
    diakhir zaman...
    "kamu akan memilih yg terburuk diantara kamu sbg pmimpin"
    maksudnya golongan yg paling truk.
    nabi juga sbut yg meraka ini seperti serigala...mrompak dn mcuri.
    para penyokong juga........ ada bahagiannya bukan pcuma.
    belajarlah agama hingga kliang lahad.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.