Nik Aziz Enggan Ulas Mengenai DAP Yang Bakal Bertanding 90 Kerusi

KOTA BHARU - Kenyataan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai DAP akan bertanding 90 kerusi pada PRU 13 nanti disifatkan sebagai 'karut' oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan enggan mengulas laporan tersebut.

Nik Aziz ketika ditemui media untuk mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi.

Katanya , beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak ada kena mengena langsung dengan Pas.
 
“Karut semua tu, saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan Pas sahaja,” ujarnya.

Namun bila ditanya adakah ianya hanya spekulasi murahan Umno, Nik Aziz  tetap tidak mahu mengulasnya.

Mengenai kerusi yang bakal ditandingi Pas, Nik Aziz berkata ianya akan diketahui selepas sahaja parlimen dibubarkan, ketika itu ianya akan ditentukan jumlah kerusi yang bertanding dan bukannya sekarang.

Kebiasaannya Nik Aziz akan menjawab 'itu dia punya pasal', namun kali ini istilah 'karut' pula yang digunakannya, andaikata DAP bertanding 90 kerusi, apa tindakan Nik Aziz ataupun Pas ketika itu ? Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.