KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah mengesan kumpulan yang dianggotai seorang lelaki dan seorang wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim juga diminta meneliti sama ada kumpulan itu berkaitan dengan agama atau ajaran lain.
"Saya akan periksa dengan Jakim. Adakah kumpulan itu bersifat keagamaan?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian sambutan 20 Tahun Penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kompleks IKIM di sini, hari ini.
Beliau mengulas kejadian amuk oleh Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan seorang wanita berusia 28 tahun.
Ketika media arus perdana rancak menyiarkan berita kes 'Imam Mahdi' amuk di JPM, dimana ianya jarang berlaku situasi demikian dinegara kita, dilihat media pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Harakah sepi sahaja dan kurang berminat dengan isu tersebut,kenapa agaknya ? tidak inginkah mereka menuduh pihak polis bertindak zalim dan ganas dengan menembak suspek tersebut.
Bersama amuk dengan lelaki yang mengaku sebagai 'Imam Mahdi' itu adalah seorang wanita yang turut ditembak oleh pihak polis, dan tembakan itu mengenai tangan wanita tersebut, seketika kita imbas kembali peristiwa yang berlaku hampir 30 dahulu yaitu peristiwa Memali dan dilaporkan pengikut Pas, Ibrahim Libya sebelum itu berkata,
"Menentang siapa sahaja dengan pedang walaupun adik, abang,pakcik atau datuk nenek kita sendiri, jangan campuri mereka kerana mereka itu murtad, Jangan campuri dengan orang Umno kerana mereka telah kafir, sembelihan mereka, masakan mereka adalah Haram, jangan kita hadiri kenduri mereka."
Perkaitan diantara dua kes tersebut adalah kerana 'TAKSUB', bilamana taksub kepada sesuatu fahaman ia boleh menyebabkan seseorang itu akan bertindak diluar batasan akibat dari yakinnya dengan kepercayaan mereka kepada sesuatu itu, sebagai contoh yang lain , jika kita merasa jijik untuk minum air kaki sesiapa sahaja, tapi tidak bagi mereka yang telah taksub.
Budaya memusuhi pemerintah dengan membawa ideologi 'pelampau' tidak patut lagi disuburkan dalam masyarakat kita pada hari ini, pemimpin pembangkang terutamanya wajib menasihati pengikut mereka agar tidak menjadi 'pentaksub' yang boleh memudaratkan diri mereka sendiri, bukannya mengambil kesempatan diatas ketaksuban pengikut yang dilalaikan itu.
Kerana sudah menjadi kewajipan pemerintah dan pihak berkuasa untuk bertindak keatas sesiapa sahaja yang boleh mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Namun apa pula kaitan lelaki yang mengaku 'Imam Mahdi' itu dengan pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim ? Selanjutnya sila rujuk disini.
"Imam Mahadi" yang menyerang Putrajaya memang sah pembangkang.
ReplyDelete