Video Panas - HUDUD ! - Adun Pas Dibalun Hingga Tercabut Kopiah

Tenggelam timbul isu hudud dinegara ini satu perkara yang sudah diketahui umum, ini ekoran pembawaan hudud oleh pelampau agama yang hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik tanpa mengambil kira kesan dari amanat-amanat songsang yang telah banyak memecahbelahkan umat Islam sekaligus mendedahkan umat Islam kepada mudarat yang boleh merugikan umat Islam itu sendiri.

Selama ini umat Islam khususnya hanya mendengar penjelasan sebelah pihak sahaja berkenaan dengan isu perlaksanaan hukum hudud, ini disebabkan segelintir diantara mereka lebih suka berada di pentas-pentas ceramah Pas yang sudah pasti pemimpin Pas lah yang dilihat menjadi hero dalam segala hujah yang diutarakan.

Bagaimanapun kemunculan media baru memberikan satu ruang yang samarata kepada semua pihak, persidangan Dewan Undangan Negeri adalah satu sumber yang tepat untuk melihat hujah-hujah parti politik khasnya diantara kerajaan dan juga pembangkang. Hujah berdepan lawan dan tidak bersifat berbicara dibelakang tuan akan lebih menampakkan kekuatan nas dan dalil setiap isu yang dibawa oleh mereka.
Pada persidangan DUN Terengganu satu perbahasan mengenai perlaksanaan hukum Hudud telah diperbahaskan dimana sikap Adun Pas yang terlalu gopoh dan tidak mahu mendengar penjelasan penuh dari Adun BN menyebabkan satu 'kemaluan' besar telah berlaku, Adun Pas dari Manir dilihat agak kelam kabut bilamana setelah selesai penjelasan dari Adun BN, Speaker memberikan ruang kepada beliau bagi membahas kembali hujah yang telah diberikan oleh Adun BN.

Tidak ubah seperti 'Pak Pandir' moden, Adun Manir bangun hingga terlupa untuk memakai senjata rasmi yang telah disalahgunakan  pemimpin Pas yang selama ini telah banyak berjasa untuk mengaburi mata rakyat. Kekuatan hujah Adun BN tampak mantap membuatkan kopiah Adun Pas terus tercabut dan terlupa untuk dipakai semula dan akhirnya mengakui kebenaran hujah dari Adun BN.

Begitulah keadaan yang berlaku secara realiti di sidang DUN jauh berbeza dengan fantasi di pentas ceramah Pas, hikmah dari penjelasan dan keberlakuan itu menjadi hak untuk dinilai oleh seluruh rakyat, Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. syabas UMNO/BN. kali ni tercabut kepiah, lain kali kasi dia terlucut seluar. boleh kita ramai ramai tengok ada telor ke tak.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.