Baling Batu Sembunyi Tangan Hasad Yang Pengecut Ditanggung Orang

Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan ia tetap menguji kamu) sehingga ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman). dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara Yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari Rasul-Nya sesiapa Yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ghaib). oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.

Dalam diri kita sebagai seorang hamba yang yakin dan percaya bahawa pengakhirannya hidup kita adalah mati dan menemui Allah SWT hendaklah kita hidup dengan tidak melampaui batas, biarpun  tidaklah beriman sangat, suka mengingatkan hal ini kepada diri sendiri agar maruah tidak ternilai dengan kebendaan dunia yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan ikatan sebuah persahabatan. Sucikanlah hati dengan air garam supaya ia dapat bertahan dari membusuk. 

Sampai bila untuk hidup sebagai pengkhianat bagi mengkhianati persahabatan mahupun perjuangan menggunakan orang lain dan menjadi batu api sebelum berpaling tadah dan menjadi manusia munafik. Betapa rendahnya maruah seorang manusia jika berkelakuan demikian dan hudohnya perangai manusia yang bersikap demikian. 

Jika seorang sahabat yang sudah kenyang namun  tidak punyai lagi sumber pendapatan bahkan punyai tanggungan tetapi sanggup mempertaruhkannya demi persahabatan, apakah jenis manusia jika pembalasannya adalah mengkhianati pengorbanan itu. Jangan kerana ketamakan sanggup kita menjadi agen syaitan yang tidak pernah puas membuat kerosakan. 

Sedarlah, rezeki dan ilmu yang sedang dikecapi itu adalah datangnya daripada Allah, jangan hidup dengan bermuka-muka sepanjang masa, tidak malukah muka 'hudoh' kita jika seorang kawan sanggup menolak kebendaan dunia malah terdedah kepada ruang dipenjara, dihospital dan ditanah merah demi kita dan maruah didalam kata. Tanpa maruah manusia itu langsung tidak berguna. Tajul Muluk jarang sekali berburuk sangka bahkan 80 peratus ketepatan ada padanya.

Ujian dalam perjuangan itu sudah menjadi ketentuan yang Maha Esa, kembalilah kepangkal jalan, pupuklah kesetiaan itu bermula dari persahabatan sebelum meneruskan kesetiaan kepada sebuah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara, kerana jika tewas dalam kesetiaan perjuangan yang pertama ia masih jauh untuk kesetiaan pada perjuangan yang kedua, dan setiap perjuangan itu terlalu tinggi nilainya jauh sekali untuk diukur dengan nilai seumpama Canon dsbnya.

Hiduplah seperti lilin yang sanggup membakar dirinya demi menerangi,  jika berani melontar tak usah takut dan sembunyikan tangan sehingga terpaksa ditanggung oleh orang lain, Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging...Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.