Bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Makamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjelaskan secara terperinci penghinaan yang dialaminya apabila digelar "menteri lembu" oleh ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
Tiada sesiapapun yang patut digelar sedemikian, kata bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu kepada Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera.
Shahrizat memberi keterangan hari ini berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkannya pada 19 Januari lalu. Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi sebagai ganti rugi teladan dan teruk daripada defendan.
"Saya dizalimi, dianiaya dan diaibkan dengan tohmahan dan fitnah yang tak berasas," kata Shahrizat.
Katanya lagi, tiada sesiapa yang patut diaibkan sedemikian rupa dan kenyataan itu melampaui batas .
Nyata sekali Zuraida menyedari bahawa gelaran "lembu" itu merupakan kenyataan yang menghina dan bermaksud bodoh dalam percakapan bahasa Melayu, kata Shahrizat.
Shahrizat menjelaskan bahawa kata-kata berkenaan bermaksud untuk memalukannya dan mencemarkan reputasinya sebagai seorang wanita dan melampaui batas, walau dalam arena politik.
Zuraida didakwa mengeluarkan kata-kata demikian semasa persidangan perwakilan PKR pada tahun lalu, kata Shahrizat dalam saman yang difailkan ke atas MP tersebut dan juga pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kerana mengaitkannya dengan isu National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.
Memetik laporan dari sumber Bernama, Shahrizat turut menafikan beliau terlibat dalam proses kelulusan atau pentadbiran National Feedlot Corporation (NFC) Sdn Bhd.
Shahrizat, yang memberi keterangan pada prosiding saman fitnah terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli, turut menyifatkan siaran akhbar dan kenyataan defendan sebagai serangan peribadi terhadapnya sebagai menteri serta Ketua Wanita Umno.
"NFC seolah-olah hanya satu alat yang digunakan untuk menyerang saya secara peribadi. Yang Arif boleh nampak bagaimana defendan sering merujuk NFC sebagai 'syarikat milik keluarga Shahrizat', 'syarikat milik suami Shahrizat' atau 'anak Shahrizat'.
"Defendan telah memutarbelitkan cerita ini sepenuhnya semua ini dalam percubaan jahat mereka untuk menyerang saya sebagai menteri dan Ketua Wanita Umno serta Ketua Wanita Barisan Nasional," katanya ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah.
Shahrizat berkata beliau percaya pembangkang telah merancang untuk menjadikannya sebagai sasaran utama serangan mereka dan tidak berminat mencari kebenaran dalam isu NFC.
"Ia merupakan muslihat mereka untuk menjatuhkan serta memburuk-burukkan saya sebagai seorang ahli politik, menteri dan pemimpin Barisan Nasional.
"Jika Yang Arif kaji kenyataan dan dakwaan yang dibuat berkaitan NFC, defendan kelihatan seolah-olah tidak ingin mendengar maklum balas daripada NFC sendiri, sebaliknya lebih berminat untuk mendapatkan maklum balas saya hanya kerana saya ialah isteri pengerusi NFC," katanya.
Shahrizat berkata nama beliau telah dibersihkan daripada mana-mana salah laku atau mempengaruhi proses membuat keputusan NFC selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 31 Mei.
Shahrizat berkata Rafizi telah membuat rumusan yang mendakwa beliau bertanggungjawab atas segala-galanya yang melibatkan NFC dan mencadangkan beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas salah laku atau jenayah.
Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau dalam isu NFC.
Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau penerbitan terhadap beliau berhubung NFC atau syarikat bersekutu.
Prosiding di depan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera bersambuung Jumaat ini.
paddan muko mu jijat
ReplyDeletePadan muko zureda lampir. Ingatkan muka je hodoh.Rupanya hati dia juga hitam dan hodoh macam muka diia juga. Maka sesuai la nama panggilan manja pempuan hodoh zureda tu mak lampir.
ReplyDeletesABAR TOK JAT...ORANG YANG SABAR PASTI AKAN BEROLEH KEMENANGAN...
ReplyDeleteAku dah lama "boleh blah" dengan PR ni.......macam politik sampah ja......
Salam Bro,mungkin mak bapak Zuraidah Lampir dan Rafizi tu berasal dari spesis lembu tak ?
ReplyDeleteSepatutnya PM dan isteri menuruti apa yang dilakukan oleh shahrizat bagi membersihkan diri daripada asyik menjadi mangsa fitnah puak PKR ni...mereka ni perlu diajar sedikit.
ReplyDelete