Ustazah jeans sendat yang dilaporkan telah menerima hidayah dan mewakafkan dirinya kepada perjuangan Pas dilihat mengimarahkan bulan Ramadan bersama Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di ibu kota Kuala Lumpur, pada 4 Ogos lalu.
Harakah daily melaporkan perasaan hiba turut dikongsi oleh Abby Abadi apabila bertemu dengan golongan kurang bernasib baik dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
Walaupun berjalan hampir lima kilometer melibatkan laluan Dataran Merdeka – Menara Maybank – Kompleks Wilayah – Kompleks Pertama dan berakhir di pasar Chowkit, semua peserta program termasuklah Abby Abadi begitu bersahaja seolah-olah keinsafan dari aktiviti menyantuni gelandangan kota ini memberi semangat yang luar biasa.
Bagaimanapun sedikit kemusykilan bila melihat cara muslimah baru Pas ini berpakaian, mungkin boleh dimaafkan sekiranya beliau berpenampilan demikian kerana baru berhijrah dan mungkin masih jahil lagi mengenai etika berpakaian menutup aurat mengikut kaedah Islam bukan kaedah Pas. Tapi dengan kelantangan beliau mempersoalkan wanita yang tidak memakai tudung itu sedikit sebanyak menjadi faktor untuk kita mempersoalkan dengan jeans sendat yang dipakai beliau.
Menutup aurat menurut Islam hendaklah berpakaian yang tidak menampakkan bentuk tubuh, dan jika dilihat kepada kesendatan jeans yang dipakai oleh Abby pastinya akan membuatkan pemimpin Pas sekali lagi akan melurut janggutnya.
Bagi menghormati bulan yang mulia ini ada baiknya Gk tidak mengulas terlalu panjang, cumanya sama-samalah kita sedar akan kesilapan diri kita sebelum kita lantang mengkritik orang lain, Anda Mampu Mengubahnya..
Kerja membantu gelandangan ni dah lama dibuat oleh Kak Jat dan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga hingga kini. Abby ni sedang berangan nak ganti Shahrizat dan PM kot. hehehe nanti Mak Lampir Zuraidah PKR marah. Itu jawatan yang diidamkannya tau? Tu pun kalau dia dan PR menang...
ReplyDeleteKENAPA HANYA ADA SEKUNTUM BUNGA DALAM KALANGAN KUMBANG-KUMBANG HIJAU? APAKAH INI MENGESAHKAN WAL-HARAMU; WAL-HALALANKU SEMEMANGNYA UJUD DAN BERKEMBANG SUBUR
ReplyDeleteSyok nyer Pemuda PAS dan SAMM dapat mengusung Ustazah Abby. Tentang etika berpakaian Ustazah PAS Jr. ni patut direfer kepada Mak Lampir. Atau munkin Abby tak ada koleksi jubah lagi, yang ada cuma jeans, seluar pendek, G-string dan low cut jer..kena lah puak-puak PAS tingkatkan sumbangan supaya dia dapat beli pakaian baru, atau naikkan elaun ceramah/pentas.
ReplyDelete