Isu Soi Lek - Mufti Perak Bidas Ahli Politik Lemah Dan Takut 'Tak Usah Duduk Di Kerusi Itu'

IPOH – Ahli politik yang disifatkan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara diselar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran kegagalan  penguatkuasaan undang-undang yang didakwa menjadi faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan tersebut.

“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

“Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.

Tambah beliau, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.

“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya.
Sementara itu seorang lagi pemimpin DAP yang turut mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan di Tweeter beliau sebelum ini, Datuk Ngeh Koo Ham berpendapat  kenyataan Presiden MCA berkaitan kesan pelaksanaan hudud di negara ini, sebagai bukti parti komponen Barisan Nasional (BN) itu ketandusan isu.

"DAP meskipun ada ketikanya tidak sependapat dengan rakan PR yang lain, namun kami sama sekali tidak akan menyentuh isu membabitkan agama semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat Cina.

“Suatu ketika dahulu saya pernah dikecam hebat apabila mesej Twitter disalah ertikan. Namun, kini secara terang beliau (Soi Lek) mempersoalkan kepercayaan umat Islam, tindakannya itu tidak tepat. Nasihat saya, carilah alternatif lain, jangan kerana terdesak, kita mengeluarkan ungkapan yang menyakiti pihak lain,” katanya. katanya dipetik dari Sinar Harian, semalam. 
'Yang pasti Mufti tak pilih bulu, Ngeh Ko Ham ke, Chua Soi Lek ke sama saja, kerana Islam itu adil dan politik itu parti'

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.