Kamera AES Dan Pertikai Hudud Antara Perencah Terbaik PRU 13

Isu-isu pelik yang pada asasnya boleh dielakkan daripada ditimbulkan sebelum PRU13 ini dilihat terus menghantui kerajaan Barisan Nasional, entah bagaimana strategi atau perancangan yang disusun oleh BN rakyat masih samar, apa yang pasti pembentangan bajet yang cantik tempoh hari dengan pelbagai faedah menarik kepada rakyat seperti BR1M umpamanya sudah tidak lagi menjadi berita gembira kepada rakyat apabila pemasangan kamera AES yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dimanfaatkan oleh pembangkang dan sekaligus membuatkan rakyat termanggu sejenak memikirkannya.

Biarpun pada dasarnya pemasangan kamera AES itu bertujuan untuk menyelamatkan nyawa rakyat dari terus menjadi korban dijalanraya, namun jika ia melibatkan soal wang (saman) yang rakyat nak kena bayar, ia bukan satu perkara yang baik untuk diumumkan dalam suasana seperti hari ini, barang yang cantik tapi tidak kena gayanya ia akan menjadi buruk.

Begitu juga dengan kritikan pemimpin yang terkenal dengan simbol skandal seks Datuk Seri Chua Soi Lek yang menggambarkan sesuatu hal yang bersalahan dengan Islam, kita juga samar apa tujuannya yang sebenar dengan membangkitkan perkara yang boleh mendatangkan kemarahan kepada umat Islam itu, adakah Chua Soi Lek timbulkan isu itu supaya pembangkang fokus pada isu tersebut dan tidak lagi bercakap mengenai persepsi berhubung penyelewengan pemimpin BN.

Apapun keduanya tetap merugikan dan sangat tidak wajar ia ditimbulkan, kita tak fikir Chua Soi Lek  hanya bertujuan ingin menakut-nakutkan orang cina atau bukan Islam daripada mengundi DAP yang berkerjasama dengan PAS, kerana isu tersebut dibangkitkan secara terbuka dan turut menggunakan bahasa Melayu ketika memperkatakannya. Seolah-olah gelaran 'biadap' yang selama ini dijuarai oleh pemimpin DAP ingin disandang oleh Soi Lek untuk meneutralkan kebencian umat Islam terhadap DAP didalam Pakatan Rakyat.

Kebimbangan umat Islam yang berada di'atas pagar' terhadap kenyataan-kenyataan biadap DAP yang seringkali mempertikaikan Islam dilihat sedikit kendur apabila pemimpin MCA mengambil alih gelaran itu, berbeza dengan pemimpin DAP kerana sejak akhir-akhir ini mereka beraksi dengan watak yang positif kepada Islam dan tidak anti seperti sebelumnya. 

Dalam pada itu teringat kita akan kata-kata penceramah bebas Dr Riduan Tee supaya umat Islam  bersatu kerana orang bukan Islam ataupun kaum tertentu boleh bersatu apabila tiba masanya, dan tidak salah sekiranya kita orang Melayu mengambil sikap lebih berhati-hati dalam membuat penilaian terhadap sesuatu isu, kerana politik adalah sesuatu yang tidak terjangka dan tambah malang jika kita tidak berwaspada. Anda Mampu Mengubahnya.

'Sedap makan buah limau, enak lagi buah kurma'

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.