Kenyataan Selesa Mujahid Berhubung Kristian Agama Rasmi Lepas Jumpa Paderi

Dakwaan terdapat cubaan menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dipertikaikan ekoran jumlah populasi penganut agama terlalu kecil dalam negara ini.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Mujahid Yusof Rawa berkata, statistik terkini menunjukkan golongan itu hanya mewakili 9.2 peratus (atau 2.6 juta) daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Berdasarkan statistik itu, tambah anggota Parlimen Parit Buntar itu, penganut agama Buddha sebenarnya lebih ramai.

"Bagaimana 9.2 peratus daripada populasi, kumpulan minoriti, mahu bentuk negara Kristian? Beritahu saya macam mana hendak buat," katanya.

Bercakap dalam forum "Masih Relevankah Ketuanan Melayu?' di Pulau Pinang semalam, Mujahid berkata, jumlah umat Islam pula katanya sekarang ini membentuk 67 peratus daripada rakyat Malaysia.

Bila manusia gilakan kuasa pelbagai dalih akan diberikan bagi menghalalkan sesuatu perkara, kenyataan selesa sebegitu tidak wajar dibuat oleh pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam, kenapa perlu memilih jalan yang leka dan melalaikan itu? apakah jumlah yang menentukan sesuatu perkara itu dari terlaksana ? Jika faktor jumlah dijadikan ukuran, kita boleh katakan dalam negara kita ini secara umumnya orang yang paling berkuasa adalah Perdana Menteri, namun adakah Perdana Menteri itu bilangannya lebih ramai dari rakyat ? begitu juga dalam sebuah negeri beraja, dalam sebuah negeri hanya ada seorang raja, tetapi adakah rakyat yang ramai itu menguasai seorang raja, ataupun seorang raja yang menguasai rakyat yang ramai ?

Jangan memandang enteng terhadap satu bilangan yang kecil, kerana belum tentu bilangan yang besar itu punyai kepintaran yang boleh mengatasi bilangan yang kecil, dan kuantiti tidak boleh dijadikan sandaran seharusnya lihatlah pada kualiti, jika dahulu sebahagian besar rakyat tidak menyangka PAS yang dahulunya begitu kuat berjuang Islam tetapi hari ini sudah menukar kepada kebajikan, dan kebajikan itu hanyalah satu persefahaman untuk dicapai dalam satu gabungan bagi membentuk sebuah kerajaan, kenapa PAS boleh tunduk dan bersetuju dengan dasar kebajikan, dan kenapa tidak DAP tunduk kepada dasar Islam yang sekian lama diperjuangkan PAS itu ?
 
Itu belum lagi dikira dalam konteks dunia, bangsa mana yang paling ramai didunia ini dan bangsa apakah yang menguasai dunia ini. Apakah bangsa yang ramai yang menguasai dunia ? Banyak contoh dan dalil boleh diberikan yang mana jumlah yang ramai itu tidak menentukan segala-galanya, malah, kadangkala kebebasan itu lebih berkuasa dalam menentukannya. Anda Mampu Mengubahnya.

Mujahid ke gereja selanjutnya klik disini

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.