Mangsa Gangguan Api Misteri Pulih, Karomat Nik Aziz Antara Dua Gambar Berhikmah

KOTA BHARU - Alhamdulillah memanjat syukur kehadrat Allah SWT diatas nikmat ketenangan yang diberikan keatas keluarga ini setelah hampir 3 tahun diuji dengan gangguan api misteri, Akhbar Sinar Harian telah beberapa kali menerbitkan artikel mengenai gangguan api misteri keatas keluarga ini sehingga ramai juga pengamal perubatan yang hadir untuk membantu mangsa, tidak terkecuali karomat Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga turut hadir dan menunaikan solat hajat bagi menghalau gangguan yang dipercayai berpunca dari makhluk halus itu.

Mangsa gangguan api misteri, Zainab Sulaiman, 75, dan cucunya Wan Nurfatihah Wan Hanafi, 14 melahirkan rasa bersyukur dan gembira apabila kejadian api misteri yang berlaku semenjak tiga tahun lalu kini sudah tidak berlaku lagi di rumahnya yang terletak di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.

“Sudah 16 hari kami tidak diganggu oleh api misteri selepas mendapat rawatan daripada Pusat Rawatan Islam At-Tobibi dari Nilai, Negeri Sembilan.

“Makcik berharap misteri ini akan berakhir buat selamanya dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu kami,” katanya.

Sementara itu, pengasas pusat rawatan tersebut, Shamsuri Shafie berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan dari masa ke semasa ke atas rumah itu dalam usaha untuk memastikan gangguan tersebut tidak berulang.

Beliau berkata, pihaknya hanya mampu berikhtiar selebihnya ALLAH SWT yang menentukan dan memohon kepada keluarga tersebut agar memperbanyakkan solat Hajat serta berdoa semoga gangguan yang dialami pulih sepenuhnya.

“Semua ini adalah ujian dari ALLAH SWT kepada keluarga makcik Zainab dan saya yakin mereka dapat mengharunginya dengan tabah,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan selepas kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rumah ini, Nurfatihah mendakwa dirinya pula diajak berlawan jin menggunakan parang yang dikatakan ingin berdampingan dengannya itu. Dia mendengar bisikan halus itu ketika sedang bersiap-siap untuk membersihkan diri di rumahnya kira-kira jam 9 pagi.

“Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. ‘Benda’ itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, ‘dia’ pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.

“Saya amat tertekan dengan situasi seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas mendakwa menerima ancaman itu sebelum ketibaan kumpulan pengamal perubatan Islam dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi.

Menurut pengasas pusat rawatan berkenaan, Ustaz Shamsuri Shafie “Selepas melakukan pemeriksaan ke atas badan pesakit, kami mendapati tiada sebarang gangguan yang dihadapi oleh keluarga itu.
"Bagaimanapun gangguan itu hanya berlaku pada rumah mereka sahaja sehingga ada barangan yang terbakar secara tiba-tiba.

“Pun begitu kami cuba sedaya mungkin untuk membantu memulihkan gangguan ini. Sebagai langkah pertama kami membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk dijadikan pendinding di rumah selain ‘memandikan’ seluruh ahli keluarga,” katanya.

Apapun pengajaran yang boleh diambil dari cerita ini dan hikmah disebaliknya boleh disimpulkan melalui dua gambar diatas, semuanya adalah dengan izin Allah, namun ia juga bergantung kepada usaha melalui adab dan cara kita memohon juga, dan jika kita ingin bercakap mengenai 'hakikat' ianya terlalu dalam dan panjang.

Maka hendak diringkaskan menerusi dua gambar diatas iaitu diantara 'karomat' keseorangan dan juga berjemaah, hebat mana pun kita, kerendahan diri perlu ada, tidak usah merasa angkuh dengan memadai hanya kita seorang sahaja untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu. Sebaliknya haruslah bersatu, bersama didalam jemaah untuk sama-sama mendapatkan atau menegakkan   sesuatu yang sudah lama diperjuangkan itu.

Tidak cukup hanya membiarkan orang lain memandang kita berusaha tanpa mengajak mereka bersama-sama dengan kita, kalau hendak baik atau hendak alim biarlah bersama-sama agar kita dapat menghindari rasa takabbur yang sudah menjadi lumrah kepada seseorang manusia. Insyaallah hasil dari berjemaah itu akan mendapat berkat dan pertolongan dari yang Esa, hanyalah sekadar tatapan untuk renungan. Anda Mampu Mengubahnya. 

"Ulamak boleh jadi Imam tak semestinya boleh jadi pemimpin, Pemimpin boleh jadi Menteri Besar tak semestinya boleh jadi Ulamak, Ulamak nak jadi dukun bolehlah cuba... letaklah sesuatu itu biar kena pada tempatnya Insyaallah ia akan berjaya".

1 comment:

  1. Dah lagu tu. Kenal , Terang dan Faham. Jangan berbalah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.