Nasharuddin Dedahkan Anjuran Doa Jadikan Malaysia Negara Kristian Oleh DAP

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mendakwa, satu majlis kesyukuran pernah diadakan oleh DAP di Sarawak tahun lalu dan antara pengisian dalam majlis berkenaan ialah mendoakan supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

Beliau mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak, dan sebagai umat Islam beliau mengajak supaya sedar perkara itu dan berhati-hati dengan niat yang sedang giat diusahakan oleh segelintir pihak yang dinamakan sebagai DAP.

"Saya nak menyebut, dan saya sebut ini untuk mengajak suara ummah menjadi satu, berdepan strategi yang dirancang oleh musuh Allah khasnya di Malaysia ini.

"Selepas pilihan raya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dan dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah doa supaya Malaysia menjadi negara Kristian. Kerana kemenangan yang besar sudah ada doa supaya Malaysia jadi negara Kristian," katanya.

Nasharuddin juga berkata, beliau menimbulkan "isu semasa yang dihadapi ummah" itu dalam konteks dakwah dan realiti politik waktu ini.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra itu, Nasharuddin turut menyelar pengerusi nasional DAP Karpal Singh yang bertegas untuk meneruskan prosiding saman ke atasnya.

"Saya nak kata yang (Karpal) anti-Islam dan bukan anti-hudud," katanya yang menambah, Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di program Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah ke-4: Seminar Dakwah Nasional anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia.

6 comments:

  1. Bila org kristian berdoa malaysia jadi negara kristian, korang meroyan canang adu dumba, nak semua sokong UMNO lah tu ya...... habis tu dah 50 tahun UMNO memerintah Malaysia, Malaysia ni sekadar jadi sekular aja...... Islam hanaya majlis nikah, khatan, doa selamat, kenduri arwah, sembahyang jumaat, ...... UMNO yang ramai juta2, tak pun berdoa minta malaysia jadi negara ISLAM... menjalankan hukum islam....... yang kristian doa beberapa kerat org yang korang risau..... soalnya, subuh kat masjid berapa org yang berjemaah????? ada UMNO kisah?????

    ReplyDelete
  2. salah ke kalau kaum minoriti islam di us berdoa us satu hari nanti jadi negara islam.... sempit sungguh pemikiran sebegini... semua org berhak berdoa untuk diri, keluarga dan agama mereka.... adekah golongan ustaz ini sudah tidak yakin dengan doa sendiri atau orang islam yg lain.... malah takut dengan doa orang kafir... atau golongan ini sudah tidak lagi percaya kekuatan doa org islam....

    ReplyDelete
  3. Penat lah hari hari cerita pasal kristian , pasal soros, pasal video, pasal hudud. Lu org semua politician kalau dah tak der idea, tak payah jadi politician. 40,000 graduate unemployment. Harga barang naik. Harga commodity semua turun. Sawit turun, bijih besi turun, besi scrap turun. Byk kilang mula kurangkan manpower. Itu sepatut nya lu org perbetulkan

    ReplyDelete
  4. yg mendoakan tu sape..?..pihak masjid ke gereja..?..ko yakin dgn sape..?..dgn agama mana..?..fikir la klu nak keluarkan kenyataan pun..jgn lah nampakan sgt kebodohan dan kurang matang awak tu

    ReplyDelete
  5. Ini bukan masalah percaya pada doa org kafir. Makbulnya doa tu adalah Haq Allah semata-mata. Tetapi menyatakan hasrat agar agama Kristian diberi lebih banyak kelebihan didalam perhimpunan pakatan itu yg tak kena..

    ReplyDelete
  6. Buat malu Islam dan PAS je...Dah la Ustaz, Ahli syura pulak tu, cakap pasal dakwah.. tapi dok buat fitnah kat bukan Islam.mana akhlaknya ..Nabi buat dakwah seiring dgn akhlak, dan kerana akhlak ramai non muslim trtarik pd ISLAM...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.