Adapun isu-isu seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, cara mentadbir dsbnya itu kita boleh bertegang urat diatas perbezaan dasar yang dibawa oleh sesuatu parti, namun untuk isu agama ia sangat-sangat berbeza dan tidak boleh sama sekali kita berkompromi dengan mana-mana individu atau institusi yang cuba menyentuh sensitiviti yang berhubung kait dengan agama.
Tindakan PAS yang berdemontrasi di hadapan pejabat MCA itu bukan satu tindakan yang bijak berlandaskan Islam, malah memberi persepsi buruk terhadap Islam. Janganlah kita terperangkap dengan cara yang salah sebagaimana yang telah PAS lakukan, pembelaan mereka terhadap DAP sangat keterlaluan, lalu atas kepentingan politik untuk meneutralkan perkara itu ia telah memaksa kita turut membela MCA, akan tetapi Alhamdulillah kita tidak sejahil itu.
Keluar demontrasi hanyalah gimik untuk meraih publisiti murahan, cara macam ni tidak menyelesaikan masalah dan tidak menguntungkan Islam, ini bukan caranya untuk menghadapi Chua Soi Lek (CSL) dan ia berbeza dengan apa yang berlaku kepada individu yang menerbitkan filem 'innoncent of muslim', dan CSL juga tak lari menyorok, dia ada dalam negara.
Oleh yang demikian, PAS yang kononnya perjuangkan Islam perlu cabar CSL dengan hujah, ajak CSL berdebat dan suruh dia buktikan kata-katanya itu, statistik mana yang dia pakai ? Apa yang dia tahu mengenai Islam dan Hudud ? Atau dia ingat bila orang pakai serban itu semuanya Islam ? Kenalkah dia dengan syiah yang hampir menyerupai umat Islam ? Negara mana yang laksanakan Hudud itu korup ? Hudud apa yang beliau faham ? banyak perkara yang boleh dibangkit, dipersoal dan diperdebatkan.
Paksa CSL minta maaf untuk apa ? Untungkah Islam ? Mungkinkah kerana kita umat Islam ni majoriti dia akan tunduk dan minta maaf, tetapi adakah itu cara Islam, memaksa seperti puak taliban, Tak perlu paksa dia minta maaf, ajak dulu debat, sekiranya beliau enggan barulah arahkan beliau tarik balik kenyataannya dan pohon maaf kerana terlebih lajak dari laju.

Inilah sebenarnya peluang untuk dakwah dan perlihatkan kebenaran Islam, buat demontrasi macamni seakan-akan apa yang didakwa CSL itu betul dan memaksa PAS untuk menutup mulut beliau. Sedangkan Islam itu tiada tandingan dari aspek mana sekalipun berbanding agama-agama yang ada didunia ini, sebagai contoh seperti pertikaian seorang Kristian kepada Dr Zakir Naik bahawa terdapat lebih 20 kesalahan didalam Al-Quran, adakah Dr Zakir buat demontrasi desak dia minta maaf kerana hina Islam ? Pastilah tidak, apa yang dilakukan adalah dengan hujah, dalil dan fakta serta menjelaskan kekeliruan yan g ditimbulkan itu, sila rujuk video dibawah:
Bukan nak memihak kepada CSL, tidak sama sekali, namun sebagai umat Islam kita perlu adil janganlah nak berpolitik sangat, dan jangan sekali-kali lepaskan ia begitu sahaja, soal MENGHINA ni boleh ditafsirkan dengan maksud yang luas, kita renung sekejap kata-kata penghinaan yang dibuat oleh PARIA GOPINATH JAYARATNAM, kerana itu adalah penghinaan yang sebenar apabila memaki hamun dengan tidak ada hujah dan asasnya melainkan kerana jahat perangainya.
Namun kenyataan CSL yang bersifat menghina dengan hujah itu perlu dijawab dan JANGAN sekali-kali ditutup mulutnya, kerana jawapan kita itu adalah HAK, justeru itu pada asas Islam agama yang adil kita perlu lihat kenyataan bersifat menghina yang dibuat CSL itu adalah dalam bentuk hujah dari apa yang dia faham dan ia perlu dijawab dengan hujah supaya dapat memperbetulkan apa yang telah dia salah faham, biarpun hujahnya dangkal, ia tetap hujah yang setaraf dengan apa yang dia faham.
Jika kita menyifatkan kenyataan CSL itu menghina Islam, bermakna kita juga perlu mengatakan hal yang sama kepada Dr Zakir dan Shah Kirit umpamanya. Sekiranya itu yang berlaku kita berhadapan masalah untuk menyampaikan kebenaran. Klik disini Paria Hina Islam Dibebaskan, Dr Zakir Dakwah Islam Dihalang - Itukah Kebebasan ?. Apapun lihatlah ia dalam kerangka Islam yang luas dan meliputi semua perkara dengan memberi keadilan sebagai hak iatas dasar fakta dan hujah.
Tak payah PAS nak cakap berdegar-degar, kononnya perjuangkan Islam, kalau tak reti bagaimana cara nak perjuangkan Islam. Kerana itu hanya memburukkan Islam bilamana seorang pemimpin yang claim dia sebagai pejuang Islam melakukan tindakan bodoh dan ganas ala terrorist itu. Sebagai contoh lain yang mana ada segelintir mendakwa bahawa Malaysia negara sekular, kita tak perlu kata dia menghina negara atau agama seterusnya buat demontrasi, kerana kita tahu dasar sebuah negara sekular antaranya ialah tidak punyai agama rasmi atau tidak memihak atau memberi kelebihan kepada mana-mana agama, namun dengan jelas Malaysia punyai agama rasmi yaitu agama Islam. Dalil selanjutnya klik disini 15 Hujah Untuk Dinilai Samaada Malaysia Sebuah Negara Islam Atau Sekular ?

Justeru harus diingat, apa yang PAS sedang lakukan sekarang ini adalah berjuang untuk parti dengan mempergunakan Islam diatas tujuan mendapat keuntungan politik yang akhirnya akan membinasakan Islam itu sendiri, nafsu politik yang rakuskan kuasa membelenggu sebahagian besar pemimpin PAS hari ini. Baimanapun kita mengharapkan umat Islam sedar akan hakikat ini seterusnya mengambil tindakan bagi menyedarkan PAS yang telah jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.