Adakah Ini Punca Pemimpin BN Kelantan Takut Sangat Kepada Pas - Video Dedah


Inikah sebabnya segala isu yang melanda kerajaan Pas Kelantan senyap dan sedu, darisegi undang-undang mungkin tidak menjadi kesalahan, dan darisegi moral pula ia terletak diatas taksiran masing-masing.

Akan tetapi kesan dari itu adalah 'malu mata' bilamana untuk menimbulkan atau mendedahkan sesuatu isu bersabit pentadbiran Pas Kelantan, paling kuat pun isu yang ditimbulkan hanya bersifat serangan sekerat jalan sekadar untuk menampakkan ianya berfungsi sebagai pemimpin BN, dan tindakan itu hanyalah memberi keuntungan kepada Pas selain menambahkan imej buruk kepada UmnoBN khasnya.

Secara profesional kita menilai mengikut keberadaan semasa, penerimaan tanah seperti yang disebutkan oleh pemimpin Pas pada rakaman tersebut bukanlah satu isu yang besar untuk tidak membantu BN mengambil alih pemerintahan di Kelantan, itupun sekiranya benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat bukannya kepentingan sendiri.

Ini kita lihat pemimpin BN sama naik dengan pemimpin Pas, seolah-olah pemimpin BN ini ialah orang Pas yang bertanding atau berjawatan diatas platform BN semata-mata tanpa berusaha untuk membantu kemenangan BN di Kelantan secara keseluruhannya. Tepatkah kiranya kita andaikan  mereka beranggapan BN atau Pas menang itu tidak menjadi masalah, kerana siapapun perintah perut mereka tetap kenyang, dan itulah tujuan sebenar mereka berpolitik. Kehendak peribadi diutamakan berbanding parti.

Perkara ini sebenarnya sudah lama diperhatikan akan keberlakuannya namun tidak ada bukti sehinggalah kita mendengar sendiri pengakuan dari pemimpin Pas itu. Persoalannya sampai bilakah politik seperti ini mesti berlaku di Kelantan ? Seperti yang diperkatakan sebelum ini bahawa setakat ini langsung tidak berlakunya perubahan strategi BN untuk mengubah senario politik di Kelantan. Apakah kebaculan kita untuk terus membiarkan perkara ini berterusan berlaku ?

Bagi perjuangan yang tidak meletakkan habuan atau imbuhan sebagai perkara yang utama, perkara seperti ini tidak seharusnya dibiarkan sehingga mengsia-siakan segala daya usaha dan harapan rakyat, kita sudah jemu mendengar retorik pemimpin yang selalunya bercakap besar bahawa "KITA  YAKIN KALI INI BN MAMPU TAWAN KELANTAN" sebaliknya kantung sendiri juga yang penuh dengan dana PRU sepanjang lebih 22 tahun ini.

Bagaimanapun jika benar pemimpin BN kali ini yakin dapat menawan Kelantan dan bukan lagi menjadikan ianya sebagai gimik politik semata-mata, apa yang pemimpin BN itu sanggup pertaruhkan sekiranya BN masih gagal ? Jangan bercakap saja, jangan bercakap besar tanpa usaha yang besar, jangan berlagak bijak, nanti alih-alih dah kalah, PRU seterusnya ulangi kebodohan yang sama, lapar dan berebut kerusi, sabotaj dan sebagainya yang terbukti telah berlaku selama ini.

BN Kelantan perlu tukar strategi, kalau 'malu mata' untuk dedahkan isu-isu di Kelantan, guna pihak ketiga sebagaimana pemimpin PR menggunakan Rafizi, mereka pantas memanfaatkan pengalaman sebelumnya ketika mana Saifuddin Nasution diserang apabila mendedahkan isu-isu pemimpin BN, dan Rafizi sebagai orang baru pastinya bersih dan serangan yang dibuat tidak akan mendapat serangan balik daripada BN.

Ini kerana kita melihat cara lama yang masih digunapakai oleh BN Kelantan tidak akan berjaya menawan Kelantan sampailah ke hari kiamat, kalaupun ada memberi bantuan kepada rakyat, bantuan itu kebanyakkan sampainya kepada rakyat ketika rakyat sudah mulai benci, sebagai contoh jika rakyat (penyokong BN khasnya) memohon bantuan atap seperti zink daripada penghulu, proses untuk luluskan permohonan itu memakan masa yang cukup lama sehingga beberapa bulan atau bertukar musim.

Kita sendiri tahu dimana sesuatu yang dianggap berharga itu adalah disaat kita benar-benar memerlukannya, dimasa sihat pasti kehadiran doktor itu tidaklah berguna sangat kepada kita, namun ketika sakit ianya adalah sesuatu yang sangat berharga. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung
Artikel berkaitan sebelum ini klik disini.

3 comments:

  1. hok kemas molek nyoh sini >>>Bagi perjuangan yang tidak meletakkan habuan atau imbuhan sebagai perkara yang utama, perkara seperti ini tidak seharusnya dibiarkan sehingga mengsia-siakan segala daya usaha dan harapan rakyat,....jolo ko terrr,bukan umno kalu berjuang bkn krn imbuhan...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Itu perangai sebenar pemimpin UMNO Kelantan .. bukan UMNO ...
    Dari dulu aku pernah kata .. UMNO hanya platform untuk segelintir pemimpin UMNO Kelantan buat duit .. sebab itu ada yang kata, tugas pemimpin UMNO Kelantan hanyalah bawa fail ke KL untuk dapat peruntukan ..kekalahan BN menguntungkan mereka ... rakyat dan ahli UMNO juga yang terus terusan jadi mangsa.. wallahwalam ... sendiri mau pikir ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO Pusat perlu ambil perhatian dng perkara ini, kesian rakyat kelantan tu, dah lah diperbodohkan dek pak pak lebai tua, ni datang pemimpin UMNO Kelantan pun 2 kali 5, so baik pikirkan dulu pelaburan duit rakyat bagi PRU yg berjuta ringgit tu, lebih baik bagi kat anak anak yatim piatu drp bagi kat golongan pemimpin UMNO kelantan ni.

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.