MB Kedah - "Kalau Nik Aziz Nak Tanding, Saya Pun Nak Tanding Jugak"

KUALA NERANG - Pas Kedah telah siap menyenaraikan calon-calonnya bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya nama calon-calon itu akan diumumkan pada masa sesuai selepas mendapat restu Pas pusat.

Mengenai kedudukannya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bergantung kepada keadaan.

"Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusat pun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding, saya pun nak tanding juga," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat sini, hari ini.

Azizan berkata dalam politik tidak kira tua atau muda kerana politik adalah cita-cita, strategi dan perancangan.

3 comments:

  1. Nak bertanding pun tengok la kesihatan tu... asyik keluar masuk hospital, camner nak beri perkhidmatan pada rakyat Tok Jijan ooiii... dah sakit-sakit dok umah je la, jaga cucu lagi baik...!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga rakyat atau cucu, sama jer..dpt pahala! Cuma klu cucu nangis tukaq jer daiper..tp klu DAPster nangis..?

      Siap ler!... Ketaq lutut lah..

      "Nanti lah, Tokong..wa tanyer itu AJK Pemandu, bole atau tak klu mau tutup itu Kelabu Malami?"

      Delete
  2. peminat jijan12/30/2012 11:34 PM

    hahaha.
    tok jijan masih bernafsu.
    dulu aku pernah dengar ceramah mat sabu. dia kata, pemimpin umno ni kalau dah dapat kuasa, mcm monyet bergayut kat pokok. selagi boleh tak nak lepas, sayang. pokok dah meluyut sampai ke tanah pon tak nak lepas lagi.

    skrg aku nak gelak.. kah kah kah

    sapa yang jadi monyet? tun M dah berpuluh tahun lepas jawatan. kah kah kah

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.