Nasharuddin Ingatkan Nik Aziz, Pas Bukan Hak Milik Mursyidul Am

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dipecat daripada menganggotai Dewan Syura Ulama Pas minggu lalu memberi peringatan berbentuk sindiran kepada pemimpin tertentu yang selama ini menguasai Pas secara peribadi.

Menurut beliau, Pas bukan hak individu dan tidak seharusnya ditentukan oleh seorang individu didalam apa jua keputusan bersabit parti itu.

"Pas ni ada lebih kurang 1 juta orang ahli, Pas ni bukan milik individu, tidak ada mana-mana individu yang boleh membuka dada menyatakan Pas ni milik dia, dia saja ada hak untuk mentafsir,

"Contohnya boleh menjadi Mursyidul Am orang lain tidak layak contohnya kalau ada orang claim, dia saja yang layak jadi Mursyidul Am, dia saja yang layak jadi Presiden..., tak, Pas ni milik ahli dia 1 juta orang, dia ada dasar dia, ada perlembagaan dan sistem dia sendiri". Katanya .

Pada masa sama Nasharuddin turut menyangkal dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dimana pengguguran dari Dewan Syura Ulama Pas itu menyebabkan keahlian beliau didalam Pas juga dengan sendirinya turut terpecat, sedangkan beliau difahamkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang bahawa beliau masih lagi menjadi ahli Pas.

Terdahulu Nik Aziz dipetik sebagai berkata, “Tidak penting sama ada dia (Nasharuddin) telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura memaklumkan dia sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya, hakikatnya apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli parti,”

Justeru umum sememangnya sudah mengjangkakan kenyataan Nasharuddin itu sebenarnya ditujukan khas kepada Nik Aziz, kerana hanya Nik Aziz saja yang dilihat sering menjadikan sesuatu platform itu milik dirinya, sikap Nik Aziz yang suka memutuskan sesuatu perkara berlandaskan nafsunya tidak hanya berlaku didalam parti semata-mata, bahkan ia turut berlaku terhadap perkara ghaib yang berada dalam pengetahuan Allah Taala seperti syurga, neraka, dosa dan pahala.

Jika urusan Allah pun Nik Aziz berani mengcampurinya, apalah sangat dengan urusan parti, maka tidak hairanlah kalau September tahun lalu Nik Aziz dikatakan awal meninggalkan mesyuarat Majlis Syura kerana tidak berpuas hati setelah mendapati agenda mesyuarat itu langsung tidak menyentuh isu Nasharudin, sedangkan pada 31 Ogos sebelumnya Nik Aziz telah dikunjungi oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan desas-desus mengatakan Anwar telah mengarahkan Nik Aziz supaya memastikan usaha menyingkirkan Nasharudin juga mula kedengaran ketika itu.

Selain itu, Nik Aziz juga suka menentukan amalan seseorang manusia samada ianya diterima ataupun sebaliknya, menghukum dan berfatwa dengan segala macam mengenai hukum hakam didalam Islam sudah menjadi rutin, sehinggakan mendakwa orang-orang Umno sebagai kafir dan amal ibadat orang Umno tidak diterima oleh Allah Taala.

Dengan sikap biadap lagi angkuh sedemikian rupa, layakkah Nik Aziz untuk dipanggil sebagai ulamak ? Tidakkah sesat lagi menyesatkan jika umat Islam terus terpedaya dan mempercayai tindak tanduk Nik Aziz itu adalah sebahagian daripada kerja Nabi, kerana Nik Aziz juga sering mendakwa beliau menyambung kerja nabi walaupun jelas beliau bukan menyambung kerja Nabi, sebaliknya Nik Aziz lebih kepada menyambung Firaun. Anda Mampu Mengubahnya.

7 comments:

  1. Syurga pun dia boleh control siapa dapat masuk atau tidak, ini kan pulak parti pas. Siapa ada berani sama pok nik? Ini tua celako, celako, celako manyak kuat lo, kuat temberang.......

    ReplyDelete
  2. ne adik beradik setan ke suka fitnah2...

    ReplyDelete
  3. Celako sekali lgi ambo royak.....celako....celako.
    Ko tu yg bawak kecelakoan.....tua kutuk tak sedaq diri.

    ReplyDelete
  4. Salam. Dalam keadaan macam ni, kita seharusnya kembali kepada AL-QURAN dan SUNNAH!!! Kalau sesuatu itu tiada sedikitpun dinyatakan oleh RASULULLAH S.A.W., siapalah NIK AZIZ ini untuk kita sanjung dan ikut?! Rakyat Kelantan perlukan bukti yang macam mana lagi baru nak 'sedar'?! Atau mungkin memang Allah dah 'gelap'kan hati pengikut-pengikut PAS yang masih lagi berjuang mempertahankan BELIAU?! "BERJUANGLAH KERANA ALLAH DAN DEMI MENYAMBUNG PERJUANGAN RASULULLAH S.A.W., BUKANNYA DEMI KEPENTINGAN PERIBADI KERANA SEMUA ITU ADALAH 'SESAT'!!!

    ReplyDelete
  5. terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/

    ReplyDelete
  6. Oleh kerana Islam = PAS dan PAS = Islam, Maka Ustaz Nasha sudah tidak islam lagi kerana sudah dipecat oleh Islam (PAS). Amacam ada paham?

    ReplyDelete
  7. Betul tuh..jika mengikut logik diatas, mmg Ustaz Nasha udah terkeluar Islam juga!

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.