Tertegakkah Hukum Allah Dibalik Wajah Ini ? - Nik Aziz Mengkhianati Perjuangan Ulamak

Majlis Syura Ulama PAS menafikan ada membuat perbincangan bagi menolak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke 13 ini.

Pengerusinya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

"(Dakwaan ini) mengarutlah. Saya pengerusi Majlis Syura. Tak ada apa yang dibincangkan," katanya yang juga Mursyidul Am Pas sewaktu ditemui selepas mengunjungi rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina di Taman Limau Manis di sini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa soal siapa bakal menjadi Perdana Menteri kembali menjadi tumpuan apabila tercetus khabar angin bahawa Majlis Syura menolak Anwar menduduki jawatan tersebut.

Persoalan yang harus ditanya oleh penyokong Pas kepada Nik Aziz adalah, apa sebenarnya matlamat perjuangan Nik Aziz dan Pas ? Benarkah mereka membawa perjuangan Islam ? Tertegakkah hukum Allah didalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat itu nanti, perhatikan wajah-wajah pada gambar kepimpinan tertinggi PR diatas, untuk mendapat gambaran sebenar mengenai perjuangan Nik Aziz dan Pas.

Berbaloikah pengkafiran terhadap Umno selama ini dengan mendakwa "Umno tolak Islam ambil kebangsaan" ? Sedangkan pada masa sama Nik Aziz dan Pas bersekongkol dengan pemimpin luar tabie sekaligus mengangkat dan mengiktirafnya untuk jawatan no 1 sekiranya PR berjaya mengambil alih Putrajaya.

Sejauhmana Pas didalam PR mampu untuk memartabatkan Islam ? Tak padanlah kalau selama ni duk kafirkan Umno kerana tolak Islam tetapi bersama PR kononnya nak perjuangkan Islam. Berapa kali bakal Perdana Menteri pilihan Nik Aziz itu menyatakan yang ianya akan menegakkan hukum Allah ? Lupakah Nik Aziz dengan hukum Allah yang diperjuangkan sehingga terKAFIRNYA orang-orang Umno yang didakwa oleh Nik Aziz sebagai menentang hukum Allah.

Harapkan serban saja besar, tapi tak boleh diharap, ada ke patut cakap nak perjuangkan Islam tapi menyerahkan jawatan utama kepada bapak liberal munafik yang hakiki, kenapa tidak ulamak-ulamak Pas yang arif dengan hukum hakam Islam diangkat untuk memimpin negara, takkanlah Anwar Ibrahim lebih alim daripada Hj Hadi ? Dimana letaknya istiqamah Pas didalam perjuangan ? Anda Mampu Mengubahnya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCcHUdGnvofnYVRWDAoJSqa2AJg8o_HgwbKljxZw9dUuzbADYlc3jLqU6JJogCQ2HDanmKSPQKf669HVdThbmrFpsdsx_Ykm2VDeBnuq43uqXX8NiYHi4h3n2CAAZonBMiuJnnv0f-X3Y/s1600/Kepimpinan+Ulama.jpg
Nik Aziz pengkhianat kepada perjuangan ULAMAK

4 comments:

  1. Betulkah pr akan menang pru ke13 ni?yang duduk sibuk perlantikan Pm tu. Aku rasa lebih kuah dari sudu.

    ReplyDelete
  2. KOYAA Belako Boh

    ReplyDelete
  3. Semuanya hanya dengan izin Allah serta terpulanglah pada rakyat termasuk juga kita untuk menentukannya bila pilihanraya nanti. Sebagai peringatan untuk kita bersama; "BUKAN HUDUD SAHAJA YANG WAJIB DILAKSANAKAN, TETAPI BANYAK LAGI PERKARA-PERKARA LAIN YANG WAJIB!!! ADAKAH PAS MAMPU MELAKSANAKANNYA TANPA MEMPUNYAI EKONOMI YANG STABIL BERBANDING DENGAN PARTI-PARTI PEMBANGKANG YANG LAIN TERUTAMANYA D.A.P.?! ATAU PAS HANYA MENJADI ALAT UNTUK MEREKA MENANG PILIHANRAYA KALI INI?! SAYA YAKIN TINDAKAN PAS ITU TIADA LAIN SELAIN DARI 'MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT'!!!

    ReplyDelete
  4. terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.