Video - Pelacur Remaja Terbaru Di Kelantan

Negeri Kelantan hari ini semakin menjadi indah khabar dari rupa setelah diabaikan oleh kepimpinan Pas dalam semua aspek, kita rakyat Kelantan sentiasa dicandui dengan pelbagai retorik serta janji-janji kosong tanpa perlaksanaan sempurna sudah  lebih 23 tahun. Bo lah weiiii!

Sepatutnya negeri Kelantan yang unik dan dikatakan diterajui oleh Ularmak tidak harus wujud pusat-pusat sosial pelacuran seperti yang dipaparkan dalam rakaman ini. Sudah kita mundur dengan pembangunan, patutkah kita semakin maju dengan pelacuran. Bo lah weiiii!

Ketika ditemuabual oleh wartawan NST, salah seorang dari remaja berusia 19 tahun yang terlibat dengan aktiviti pelacuran yang berasal dari Tumpat mendakwa, kegiatan pelacuran itu dijalankan antaranya di Jalan Limau Manis dan Jalan Gajah Mati sebelum memasuki hotel dengan 'charge' dikenakan sebanyak RM100 sekali 'main'. Bo lah weiiii!

Pelbagai golongan yang datang melanggan pelacur remaja itu, yang muda sudah tentu namun yang tua nak mampus pun turut tak terkecuali termasuk kakitangan kerajaan, golongan muda yang datang melanggan pula dikatakan terlebih dahulu menelan pil kuda untuk mulakan aksi 'main', pengalaman nakal turut dikongsikan pelacur itu dengan Tok Aji Pas , pada mulanya pelacur berkenaan beranggapan Tok Aji itu ingin menangkapnya, namun tidak disangka-sangka Tok Aji kelarah Pas itu datang dengan tujuan melanggannya dengan extra bayaran sebanyak Rm300. Bo lah weiiii!

"Ado sekali tu ado orang alim mari, ingat ke nak igak, (tangkap) rupa-rupanya mari nak main jugak" hudus molek..kahkahkah..Bo lah weiiii!

Bagaimanapun kesimpulan dari cerita-cerita yang dikongsikan remaja itu ianya berpunca daripada masalah peluang pekerjaan yang terhad di Kelantan, atau dengan kata lain masalah 'pitis', pemimpin Pas hanya reti kutip 'pitis' tapi tak reti nak buat 'pitis kepada rakyat. Oleh itu bo lah weiiii!. Anda Mampu Mengubahnya.

Video Tragis - Awas! Orang Bukan Islam Mesti Tonton Dan Kenali Pas Yang Sebenar

Budaya taksub menggila aliran syiah yang menjadi amalan kepada orang-orang Pas sewajarnya ia ditakuti oleh masyarakat bukan Islam dalam negara kita, namun apa yang dikesalkan sebahagian besar mereka menyangka ianya perbuatan orang-orang Islam yang sebenar sekaligus cukup gerun dengan amalan Islam khasnya bila mendengar perlaksanaan undang-undang Islam.

Namun masyarakat bukan Islam harus tahu dimana Pas itu sebuah parti yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politiknya, dan Pas tidak mengamalkan apa sebenar yang diajar oleh Islam, saya ingin mengajak anda untuk takut kepada Pas bukan untuk takut kepada Islam, jika kami dan kerajaan BN yang memerintah hari ini pun ditentangnya kerana didakwa tidak mengikut ajaran Islam, agaknya bagaimana dengan anda orang bukan Islam sekiranya Pas diberi kuasa untuk memerintah negara ini.

Bagi kami, kami lebih takut kepada ketaksuban orang Pas daripada kami takut kepada orang yang mabuk 'todi', asasnya dapat dilihat pada rakaman video dibawah, kerana orang-orang Pas berpegang kepada sebuah amanat, dan orang yang membuat amanat itu masih ada lagi yaitu Presiden Pas sendiri Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang dimana amanatnya seperti berikut:

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. 


Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Maka disebabkan amanat itulah yang membuatkan pengikut Pas dalam satu ketika akan berada pada tahap kemabukkan yang lebih mabuk daripada pemabuk arak, mereka akan mengancam nyawa sesiapa sahaja yang dianggapnya sebagai kafir atau tidak mengikut fahaman mereka, ini bukan cerita dongeng, anda dapat lihat sendiri rakaman video yang didedahkan khas oleh pejuang ikhlas dalam mempertahankan keamanan negara yaitu blogger 1peluru dimana analisa yang dibuat beliau menemui bukti-bukti dimana masih wujud dan utuh fahaman syiah dan sesat didalam Pas.

Bukti lebih ketara yang semua dapat lihat adalah dengan perlantikkan Mohamad Sabu yang juga pengamal syiah tegar sebagai Timbalan Presiden Pas bergandingan mantap dengan Presidennya yang telah membuat amanat sonsang sepertimana diatas.

Maknanya, orang bukan Islam perlu jelas perkara ini dan tidak melakukan kesilapan dengan membuat pilihan yang salah yang boleh membawa keburukkkan kepada diri sendiri. Golongan pelampau atau extreme mesti dipulau, sebaliknya golongan yang mengamalkan konsep kesederhanaan itulah yang semestinya dipilih. Pilihan ditangan anda. Anda Mampu Mengubahnya.
Kenali syiah, dan musnahkan ia sebelum ia memusnahkan

Jambatan Sultan Yahya Petra Retak Menanti Perasuah?

Adakah stadium di Terengganu dan jambatan di Cyberjaya yang runtuh itu tidak ada pemeriksa bebas ?, pihak kerajaan tidak seharusnya memandang enteng permasalahan yang melibatkan nyawa rakyat ini, sebaliknya menyiasat punca sebenar kepada masalah keretakan yang berlaku itu.

Bukan soal keretakan yang berlaku pada peringkat akhir pembinaan itu adalah kecil dan tidak serius, tapi soalnya kenapa punca keretakan itu berlaku ? Itu yang perlu dijawab sebenarnya. Apakah punca keretakkan yang berlaku itu disebabkan adanya penyelewengan, rasuah dsbnya ?

Keadaan yang berlaku ini menyebabkan rata-rata rakyat Kelantan kurang yakin dengan pembangunan yang hendak dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional, pembangunan yang bersifat 'jerangkap samar' seperti ini harus dihentikan dan diambil tindakan secara tegas sekaligus memperlihatkan komitmen kerajaan yang tidak sekali-kali akan bertolak ansur dengan sesuatu yang melibatkan soal keselamatan rakyat.

Dalam situasi politik hari ini, adakah wajar kerajaan berpeluk tubuh melindungi penyeleweng sekiranya benar ada berlaku penyelewengan. Harus diingat, rakyat punyai pilihan, Jangan sampai emosi rakyat berubah dengan memilih pembangkang menerajui kerajaan hanya semata-mata ingin melihat penyeleweng yang tidak memikirkan nyawa orang awam itu terhukum.

Ini kerana sukar bagi rakyat menerima kenyataan secara jujur akan pembinaan jambatan hanya sepanjang 800 meter itu dengan tempoh pembinaan selama 6 tahun tak siap-siap yang mengatasi tempoh masa pembinaan jambatan terpanjang di Malaysia iaitu Jambatan Pulau Pinang. Membina memakan masa, meretak sekelip mata...

Kata orang, ada yang tidak kena dengan jambatan Sultan Yahya Petra itu, namun apa sebenarnya yang tidak kena ? Sebuah kerajaan yang bertanggungjawab adalah tidak wajar membisu dan kaku tanpa sebarang tindakan yang adil dan berhemah serta meyakinkan rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Info am mengenai Jambatan Pulau Pinang.

Tempoh pembinaan - 3 tahun, dari tahun 1982 dan siap pada tahun 1985
Kos pembinaan -  RM 850 juta.
Panjang keseluruhan: 13.5 km (8.4 batu)
Panjang melintasi air: 8.4 km (5.2 batu)
Laluan Pulau Pinang: 1.5 km (1.0 batu)
Laluan Seberang Prai: 3.6 km (2.2 batu)
Laluan: 6 Laluan
Tinggi menara dari aras air: 101.5
Tinggi jambatan dari aras air: 33 Meter
Gantungan utama: 225 Meter
Gantungan hujung: 107.5 Meter
Gantungan lain: 40 Meter
Had laju: 80 km/j
Pencapaian -  Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia.

Tun Mahathir : "Kalau Saya Jadi Perdana Menteri Saya Dah Bubarkan Dah Tahun Lepas"

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku...," kata bekas perdana menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"...tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemebrita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif dalam Dunia yang Pesat Membangun' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir juga bersetuju dengan pandangan bekas menteri kewangan dan penasihat ekonomi Tun Daim Zainuddin supaya Najib mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kali ini.

Berhubung kenyataan terbuka bekas anggota seumur hidup PAS, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988, Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya sangat terkejut dengan pengakuan Zainol itu.

Ini kerana, katanya bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh bukan menjadi budaya Malaysia.

Namun, bekas perdana menteri itu sekali lagi berkata bahawa beliau percaya Zainol yang lebih dikenali sebagai CN Afghani membuat pengakuan itu kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa Umno kafir.

"Tapi Alhamdulilah dia sedar dan tidak lagi taksub dengan ideologi PAS ini, dan buat kenyataan nak minta maaf...saya sedia maafkan sesiapa pun," katanya.

Menjawab soalan bila beliau menjangka Parlimen akan dibubarkan, Dr Mahathir berkata beliau sendiri ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu.

"Kalau saya jadi perdana menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas," katanya dalam nada bergurau. - Bernama

Video - Air Mata Rakyat Dizalimi Menjadi Saksi Kekejaman Pas Kelantan

TANAH MERAH – “Kami mahu hak kami! Kami sudah jelaskan bayaran hampir RM2000, sepertimana yang telah diarahkan. Mana geran tanah kami?”. Itu antara luahan kecewa hati Mohd Daud Mohamad, 69, peneroka yang sudah puluhan tahun tinggal di sini.

Bukan itu sahaja malah 49 orang peneroka lagi mengalami masalah yang sama. Katanya, dia sudah jelaskan bayaran itu sejak tahun lepas lagi, tetapi hingga sekarang, dia belum menerima geran tanah tersebut.

“Kami di sini semuanya bimbang. Hasil dusun yang kami usahakan puluhan tahun yang lalu, berkemungkinan satu hari nanti dituai oleh orang lain,” katanya.

Justeru Mohd Daud mengharapkan geran tanah itu diberikan segera bukan sahaja kepadanya malah kepada peneroka lain yang jelaskan bayaran tersebut.

“Kami bergolok bergadai jelaskan bayaran itu tetapi sehingga ke hari ini, sudah hampir lapan bulan menunggu geran tanah tersebut. Jadi janganlah aniayai kami yang sudah uzur ini,” katanya.

Sama juga dengan nasib yang menimpa mentua Khazani Mohd Solah iaitu Musa Harun.

Kata Khazani yang wakili mentuanya, sebaiknya bila semua bayaran dijelaskan, berilah geran tanah sepertimana yang dijanjikan dalam masa tiga bulan itu.

Katanya, apabila mereka jelaskan bayaran itu bermakna akur dengan arahan, tetapi mereka tetap risau kerana geran tanah yang dijanjikan akan diberikan dalam tempoh tiga bulan
dari tarikh bayaran tidak ditunaikan.

“Jangan buat macam tu dengan kami warga Ulu Bertam, Air Naga ini. Duit tu duit kami cari dengan titik peluh kami sendiri. Masih ramai peneroka yang tidak bertapak rumah di
sini. Ada yang masih tinggal di dalam kebun getah. Kenapa semua itu berlaku ke atas kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Dun Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapa berkata, sekiranya kerajaan Barisan Nasional memerintah Kelantan dan Gual Ipoh, dia akan agihkan tanah-tanah tersebut secara percuma kepada penduduk setempat yang tidak bertanah. - Sinar Harian

Habis Benda Pembangkang Dakwa Sandiwara, Video Ni Pun Sandiwara!

Selepas krisis pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu dituduh oleh pemimpin pembangkang sebagai sandiwara, PKR hari ini sekali lagi mengulangi tuduhan sandiwara itu kepada kerajaan kerana memberi tawaran muncul di RTM selama 10 minit untuk menjelaskkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekaligus menolak tawaran tersebut.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa tawaran itu bersifat berat sebelah kerana masa diberi sangat sedikit.

"Tawaran ini adalah satu sandiwara hodoh pihak yang jahilkan peranan media dalam demokrasi.

"... adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin propaganda untuk memaksakan pandangan Umno ke atas rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Kata Nik Nazmi lagi, jika kerajaan benar-benar ikhlas untuk memberi ruang kepada parti politik pembangkang, mereka sepatutnya mencontohi negara luar dalam menyiarkan laporan yang seimbang, bukannya 99 peratus menyebelahi Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tawaran itu bersifat sandiwara kerana hanya 10 minit diberi kepada Pakatan Rakyat sedangkan masa untuk Umno dalam media arus perdana adalah selama 365 hari, 22 jam dan 50 minit.

Tambah beliau, tawaran itu dibuat hanya selepas Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan Pilihan Raya memutuskan.

"Media Umno tidak ikhlas... inilah salah satu taktik yang digunakan Umno bagi mengaburi mata rakyat supaya kerajaan dilihat telah melaksanakan perubahan dalam media," ujarnya lagi.
Kerajaan bagi pun salah tak bagi pun salah, dah nama lagi pembangkang, kerjanya asyik bangkang jerlah, ada ke patut nak lawan tauke ? Nak bercakap apa lama-lama ?, hargailah masa, 10 minit itupun dah cukup bermakna, patutnya bersyukurlah.

Inilah sikap pemimpin haprak yang tak tahu bersyukur, sepatutnya terima sajalah pemberian itu, sikit buat cara sikit, jika tidak, tak perlu cakap banyak, duk diam-diam jangan banyak songeh. Kahkahkah. Anda Mampu Mengubahnya.

Perancangan Untuk Membunuh Tun Mahathir Terbongkar -Video

KUALA LUMPUR - Perancangan untuk membunuh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1988 akhirnya terbongkar dengan pengakuan bekas anggota Pas seumur hidup, Zainol Ismail.

Zainon dilaporkan membuat pengakuan terbuka itu dengan mendakwa, rancangan melakukan pembunuhan itu timbul ekoran ketika itu beliau terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mengatakan Umno sebagai kafir sebelum menyesal dan berhasrat bertemu Tun Mahathir untuk memohon maaf.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas kenyataan terbuka Zainon itu, Tun Mahathir berharap kejadian bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh tidak menjadi budaya Malaysia.

"Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya.

"Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia. Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh.

"Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada," kata Dr Mahathir dipetik dari berita Bernama pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen hari ini.

Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Nik Aziz Keramat, Mampu Menyembuhkan Pahlawan Negara Yang Tercedera Di Lahad Datu

Sekali lagi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba memperlihatkan drama keramatnya kepada umum dengan memberitahu bahawa beliau sedang membacakan ayat-ayat penyembuh kepada salah seorang perwira negara yang tercedera dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu semalam.

Keangkuhannya jarang memperlihatkan bahawa beliau sedang bertawakkal memohon izin dari Allah Taala, akan tetapi seolah-olah beliaulah yang mampu untuk menentukan sesuatu itu dengan keramat yang beliau ada termasuk menyembuhkan. Hebat bukan ? So undilah Pas, itulah maksud sebenar yang hendak disampaikan oleh Nik Aziz menerusi dramanya itu.

Sedangkan jika tidak punyai niat untuk mengkeramatkan diri beliau, cukup saja sekadar memberitahu yang beliau sebagai seorang pemimpin sedang menziarahi rakyatnya, tidak perlulah untuk memberitahu yang beliau sedang membacakan AYAT-AYAT PENYEMBUH, lebih islamik lagi jika beliau mengajak semua rakyat untuk sama-sama berdoa agar kecederaan yang dialami oleh perwira negara itu cepat sembuh dengan keizinan dari Allah Taala.

Bagaimanapun ini bukanlah kes baru yang dilakukan oleh Nik Aziz, sebelum inipun bila tarikh pilihanraya dijangka makin hampir, Nik Aziz akan cuba sedaya upaya untuk berdrama keramat  meraih populariti dalam kes-kes yang menjadi tumpuan umum. Itulah harga diri yang ada pada seorang ularmak bernama Nik Aziz yang sanggup lakukan apa sahaja untuk kekal menjadi MB sehingga ke akhir hayat. Anda Mampu Mengubahnya.




Nik Aziz Mula Kalut, Sifatkan Ketua Cwngn Pas Tanding Tiket Bebas Sebagai Kerja Jahanam

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mulai 'kalut' setelah Ketua Pas cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob menawarkan diri untuk bertanding tiket bebas pada PRU13 nanti.

Menurut Nik Aziz tindakan itu boleh memecahbelahkan pembangkang kerana menentang calon dari PKR, di samping calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dun itu.

"Kalau orang sini tanding Bebas, DAP jugak akan tanding Bebas kalau dia tak setuju bagi kerusi kepada orang Pas. Kawasan yang diberi kepada Pas tapi DAP tak setuju maka dia bertanding Bebas. Tak jahanam habis.

"Kerusi bagi kepada Pas tapi DAP tak setuju. Apa erti kita berjemaah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan tindakan Muhamad Bustaman itu kerana tidak puas hati dengan Adun Guchil ketika ini, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria yang dikatakan gagal menepati semangat Pakatan Rakyat.

Muhamad Bustaman dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas ramai anggota Pas di peringkat akar umbi yang mahukan dia bertanding dalam situasi di Dun itu ketika ini.

Tindakan Muhamad Bustaman itu dilihat sebagai pergolakan gabungan itu terutama di Kelantan yang kini kian serius sehingga Pas dilaporkan akan melakukan Bai'ah (aku janji) agar penyokong parti itu tidak berpaling tadah untuk mengundi selain calon Pas, PKR dan DAP.

Pada pilihan raya umum 2008, Tuan Zamri Ariff menang di Dun Guchil apabila menewaskan calon BN Dr Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.

Dun Guchil merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi Dun.

Sementara itu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Minda Pondok yang dianggotai seramai 18 guru pondok di Kelantan yang mendakwa menjadi satu dosa bagi umat Islam mengundi Pas pada pilihan raya umum akan datang, supaya memberi dalil dan hujah yang bernas.

"Saya pun boleh kata jugak haram sokong Umno, wajib sokong Pas. Cakap boleh tapi biar ada hujah. Kalau cakap depan ALLAH hujah yang boleh diterima," katanya.

Semalam Minda Pondok itu mendakwa adalah berdosa bagi umat Islam memberi undi kepada Pas pada pilihan raya umum itu kerana konsep 'tahaluf siyasi' (muafakat politik) antara PKR dan DAP tidak berpaksikan kepada kehendak Islam terutama dalam perkara membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah. - Bernama

Terkini Di Lahad Datu - 4 Tali Barut Pengganas Ditembak Mati

LAHAD DATU - Empat individu yang dipercayai bersubahat dengan puak pengganas Sulu ditembak mati dalam kejadian pertempuran di Tanjung Batu pagi tadi.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, dalam pertempuran itu, seorang lagi cedera terkena tembakan dan dihantar ke Hospital Sandakan. - Kosmo

Sumber lain pula menyebut, satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.

Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.

Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.

Tun Daim: "Saya Akan Terus Menyokong Najib, DAP Bersifat Cauvinistik"

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin berpendapat bahawa BN perlu meletakkan calon yang bersih dan mewujudkan perpaduan dalam gabungan itu jika ia mahu terus menang dalam pilihan raya.

Menurutnya, beliau percaya Datuk Seri Najib Razak akan terus diberikan peluang memenangi pilihan raya umum namun sokongan itu tertakluk kepada beberapa syarat.

"Saya akan terus menyokong Najib, tetapi beliau mesti memerangi rasuah dan jenayah, mengukuhkan keselamatan negara dan mengkaji sistem pendidikan," katanya.

Dalam wawancara sama, beliau turut membandingkan parti DAP dengan parti PAP di Singapura.

"PAP lebih cerdik, dan lebih berkira-kira, pendekatan mereka lebih berhemah. DAP sebenarnya sebuah parti Cina.

"Ia bukan parti pelbagai kaum. Ia bersifat cauvinistik tetapi mendakwa sebagai Malaysian Malaysia," katanya.

Beliau turut mengulas mengenai parti PKR, yang menurutnyna dipimpin secara solo oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parti yang dianggap lahir dari "jalanan" itu juga akan kembali ke jalan sama, kata Daim."Jadi ia akan kembali ke jalanan. Itulah budayanya.

"Justeru, kita dapat saksikan demonstrasi di jalan raya yang dianjurkan atau disokong oleh mereka," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, majalah antarabangsa, The Economist menjangkakan Barisan Basional (BN) akan tetap menjadi pilihan majoriti rakyat negara ini dan seterusnya memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat antara kekuatan yang akan menyumbang kepada kejayaan itu.

Undi terbanyak dijangka akan datang dari kawasan luar bandar.

Serangan fitnah pembangkang terutama melalui isu-isu lapuk seperti Altantuya dijangka tidak akan memberikan impak yang banyak.

Bagaimanapun majalah berkenaan turut bersetuju dengan pendapat umum bahawa PRU13 adalah pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara.

Video - Tanya Rafizi ! Kenapa Harga Kereta Tak Turun ? U Darimana ? U Ulang I Saman

Cuba bayangkan kiranya PR berjaya kuasai Putrajaya, dan wartawan Agenda Daily tanya dengan Rafizi Rameli, apsal kereta-kereta mewah jer turun harga, kereta-kereta biasa tak turun harga, apa Rafizi akan jawab ?

Samalah juga dengan soalan wartawan AD yaitu kenapa hanya saman blogger Papagomo sahaja, kenapa tidak saman juga Datuk 'T' ?.

Apakah jawapan yang mempergunakan agama secara salah yaitu tentang firman Allah Taala hendak dijadikan jawapan kepada soalan yang cukup simple itu. Atau relevankah dengan mempersoalkan darimana datangnya wartawan yang bertanya akan soalan itu ?

Rafizi langsung tidak menunjukkan kewarasan berfikir secara matang, jauh berbeza dengan apa yang dilaung-laungkan oleh PR selama ini,

Kedua, dapat juga kita bandingkan antara ketokohan yang ada didalam kepimpinan BN, sistem telus dan 'transparent' yang diamalkan oleh BN selama ini jelas melahirkan pemimpin yang punyai kredibiliti dan bertanggungjawab biarpun berhadapan dengan satu keadaan yang mungkin getir bagi mereka yang tidak telus.

Namun apa yang dapat kita saksikan perbezaan antara dua pemimpin muda Rafizi Rameli yang juga Pengarah Strategi PR dan Tun Faisal Ismail Aziz, Pengerusi Unit Media Baru tentang bagaimana ia menjawab setiap persoalan yang diajukan jauh berbeza.

1.) Kebebasan Media - 50 tahun Umno memerintah, kenapa tidak memberi ruang keadilan kepada pembangkang untuk berhujah di media arus perdana.

2.) Debat - Kenapa Najib tidak berani berdebat dengan Anwar.

3) Pembunuhan Altantuya - Kenapa isu melibatkan pembunuhan Altantuya tidak mendapat keadilan.

Soalan-soalan panas itu bagaimanapun dijawab dengan penuh tanggungjawab tanpa mempertikaikan mahasiswa yang bertanya seperti "U darimana ? Kenapa u tak tanya Anwar ada liwat Saiful ke tidak?

Atau mungkin jika tak bertanggungjawab Tun Faisal boleh mengambil jalan mudah untuk menjawab soalan-soalan itu dengan "U ulang sekali lagi i saman". Maka itulah hakikatnya kepimpinan menerusi tauladan. 

Bagaimana cara Anwar Ibrahim menjawab soalan, begitu jugalah dengan Rafizi, dan begitu jugalah sebaliknya. Anda mampu Mengubahnya.

Video - Kumpulan Pengganas Ceroboh Lahad Datu Dan Angkasapuri Dipercayai Didalangi Individu Yang Sama


Belum lagi reda krisis dengan pengganas di Lahad Datu, kini pihak polis berdepan pula dengan pengganas di Angkasapuri Kuala Lumpur, namun kedua-dua kumpulan pengganas ini dipercayai didalangi oleh individu yang sama.

Bagaimanapun tiga pengganas mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri secara ganas dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun  Razak. Namun ketiga-tiga mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 8.20 malam  tadi.

Siswa yang ditahan seperti biasa antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan - yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar.

Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat (dipercayai daripada balaci dalang kumpulan ini) bahawa pengarah RTM ada di dalam.

"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.

40 berarak dari masjid UM

Kumpulan mahassiwa itu diminta hadir semula ke Angkasapuri pada Isnin depan jam 9 pagi untuk mendapat maklum balas yang diminta.

Sementara itu, Ahmad Syukri berkata, Safwan dan dua lagi kini ditahan kira-kira 4.30 petang dan dibawa ke Balai Polis Pantai tidak jauh dari situ.

Kumpulan mahasiswa kini beralih dari Angkasapuri ke hadapan balai itu untuk menuntut pembebasan rakan mereka.

Selepas solat Jumaat tadi, kira-kira 40 orang mahasiswa berarak dari Masjid Ar-Rahman dekat Universiti Malaya (UM) ke pintu masuk Angkasapuri.

Difahamkan kira-kira 30 anggota polis mengawal keadaan.

Ahmad Syukri berkata mereka menganjurkan "Occupy Angkasapuri" hari ini dengan memasang empat khemah bagi berkampung dan menuntut jawapan daripada pengurusan RTM.

Cubaan Exco Kerajaan Pas Kelantan Gagalkan Pembinaan Rumah Rakyat - Video

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyangkal dakwaan kononnya menghalang pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wakaf Mek Zainab sebagaimana anggapan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan sehingga kini Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menerima apa-apa permohonan untuk diproses.

Takiyuddin berkata, sepatutnya sebelum sebarang pembangunan dibuat, pemaju atau kontraktor perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) kepada pihak berkuasa tempatan untuk dinilai .

“Jadi setakat ini tidak ada apa-apa KM dipohon. Apa yang patut ada dalam KM ini ialah mengenai projek yang hendak dibuat itu seperti jumlah unitnya, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan sebagainya.

“Oleh itu saya ingin menyangkal tuduhan bahawa kerajaan negeri menghalang projek ini. Tidak timbul soal halang kerana tidak pernah buat permohonan. Kalau nak kata kita menghalang adalah sama ada tolak atau tidak luluskannya,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini, semalam.

“Bagi memenuhi keperluan akta itu, yang disebut sebagai pihak berkuasa perancang dalam MPKB ini ialah MPKB-BRI. Jadi kita minta supaya pemaju perumahan tersebut mengemukakan permohonan barulah supaya kita boleh teliti, dan barulah kita boleh menentukan sama ada projek ini boleh diluluskan atau tidak,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang projek dari mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat bagaimanapun pemaju perlu memenuhi syarat-syaratnya sebelum kelulusannya.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Mohd Fatmi yang menganggap kerajaan negeri sepatutnya menyokong perancangan pembinaan PPR dan bukannya bertindak menghalang atau menyusahkan dalam merealisasikan pembinaannya.

Begitulah jawapan daripada pemimpin pendatang berhubung dengan pembinaan rumah rakyat, jelas ia bertujuan untuk menyusahkan rakyat, andainya kerajaan pusat bermurah hati hendak membina bangunan untuk Pas di Kelantan, apakah proses sedemikian juga perlu dibuat oleh kerajaan pusat ?.

Sepatutnya kerajaan Kelantan yang perlu mohon dengan kerajaan pusat bagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas rakyat Kelantan. Ini terbalik, orang yang hendak memberi perlu mohon kepada orang yang menerima.

Lagipun pembinaan rumah rakyat itu bukanya menguntungkan darisegi pembinaannya, malah kerajaan pusat bermurah hati untuk menjual rumah-rumah berkenaan pada suku harga yaitu RM35,000 daripada kos sebenar yaitu RM148,000.

Jika kerajaan Pas Kelantan benar-benar mengikut ajaran Islam, demi kepentingan rakyat, maka, soal permohonan dengan begitu karenah tidak akan ditimbulkan sama sekali, dan sekiranya Takiyuddin LAPAR sangat nak tengok plan, maka demi rakyat juga, pergilah minta dengan Fatmi atau agensi yang berkaitan bukannya menunjukkan ego seorang pemimpin yang langsung tidak berguna kepada rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.
Kenyataan berbelit Takiyuddin sebelum ini klik disini

Sadis! Tak Makan Kerana Miskin, Nik Aziz Tak Mengaku Berdosa

KUALA KRAI - Ibu lima anak termasuk seorang daripada mereka disahkan hiperaktif di Guchil 4, dekat sini, tidak mampu menahan sebak apabila menceritakan nasib mereka yang sekian lama hidup susah akibat kemiskinan.

Titisan air mata Fauziah Muhamad, 30, menjadi saksi keperitan hidup dilaluinya bersama suami dan anak ketika mengulangi kisah sedih mereka, termasuk sering terputus bekalan makanan kerana kehabisan wang.

Fauziah berkata, jika keperluan asas itu pun tidak dapat dipenuhi dia dan suami, apatah lagi keperluan lain seperti belanja sekolah, anak termasuk seorang anak mereka yang hiperaktif dan sewa rumah.

“Sedih bila fikirkan makan minum anak-anak. Ada masa beras dan gula di dapur semua habis. Kerap dalam seminggu, kami hanya makan nasi goreng,” katanya sambil menahan sebak.

Fauziah berkata, paling mengguris hatinya sebagai ibu ialah apabila tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk membeli keperluan sekolah seperti kasut dan buku.

“Anak minta belikan buku harga RM6 pun saya tak mampu. Terpaksa pinjam dengan jiran sebab risau anak malu nak pergi sekolah kalau tak ada buku.

“Sewa rumah RM100 sebulan pula sudah lima bulan tertunggak,” katanya yang tinggal di rumah sewa itu bersama suami, Mohamed Bashah Baharom, 52, dan lima anak berusia tiga hingga 13 tahun.

Fauziah berkata, belanja seharian mereka bergantung kepada pendapatan suaminya sebagai buruh kampung manakala dia sendiri tidak dapat bekerja kerana perlu beri sepenuh perhatian kepada anaknya yang hiperaktif, Muhamad Danish Shahlan, 7.

“Anak keempat saya ini perlu dijaga sepanjang masa kerana dia tidak boleh duduk diam. Makan minum dan pakaian dia, saya kena jaga sebab dia tak pandai buat sendiri.

“Kalau hari sekolah, saya perlu sentiasa ada temankan dia dalam kelas. Adiknya yang berumur 3 tahun, saya terpaksa minta jiran tolong jaga,” katanya.

Menurutnya, dia cuba bantu suaminya dengan bekerja di kedai makan di hadapan rumah pada hujung minggu, tetapi pendapatan diterima tidak tetap kerana bergantung kepada keadaan Muhamad Danish Shahlan.

Sementara itu, Fauziah berkata, dia pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebannya, namun ditolak atas alasan dia masih muda dan mampu bekerja.

Menurutnya, dia cuba mohon bantuan JKM buat kali kedua pada Mac 2011 selepas memenuhi permintaan agensi itu supaya permohonan disertakan surat pengesahan pakar perubatan mengenai penyakit anaknya. 

“Setahun selepas hantar surat pakar perubatan, saya pergi JKM dan tanya mengenai permohonan itu. Mereka (JKM) jawab, tidak ada bantuan kerana permohonan saya sudah ‘tutup buku’,” katanya.- Sinar Harian

Sedang rakyat sengsara, Nik Aziz berterusan membazirkan wang rakyat dengan membesarkan gambar-gambar kepalanya di seluruh negeri Kelantan sebagaimana yang tertampil di billboard dibawah, Nik Aziz lupa kepalanya itu tidak laku sebagaimana kepala Agong.

Mungkin kita menganggap berapa senlah sangat buat billboard berkenaan, namun senlah sangat itu cukup-cukup bernilai bagi kehidupan seperti keluarga diatas. Adakah Islam yang dibawa oleh Pas mengajar billboard gambar Nik Aziz diutamakan dan rakyat miskin diabaikan. Bernuhasabahlah, Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Pas Menang Janji Ceramah, BN Menang Janji Rumah, Hok Mano Kito Nok Pakoh ?

Ketahuilah, tidak ada cara lain bagi kita rakyat Kelantan secara menyeluruh untuk memiliki rumah sendiri melainkan kita memilih sebuah kerajaan yang bertanggungjawab didalam memastikan segala kebajikan rakyat yang dijanjikan itu ditepati. 

Setakat hari ini belum ada lagi mana-mana kerajaan dalam negara ini selain kerajaan BARISAN NASIONAL yang tidak sampai sebulan berjanji sudahpun memulakan langkah-langkah awal dalam pembinaan 1000 buah rumah rakyat di Kampung Wakaf Mek Zainab Kota Bharu, pembinaan pangsapuri 24 tingkat yang mempunyai 3 biik tidur itu dijangka siap pada 2015 nanti.

Yang paling istimewa, pembinaan pangsapuri yang menelan kos sebanyak RM148,000 seunit itu akan dijual dengan harga RM35,000 sahaja, dengan harga yang begitu rendah ia sudah tentu mampu untuk dimiliki oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan ia menjadi bukti kepada kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyatnya.

Pilih kerajaan tak bertanggungjawab tak selesailah masalah

Selesaikah masalah hanya dengan berceramah serta 'berangan janji', tentulah tidak, cakap niat saja nak bantu, 100 tahun pun takkan selesai, kemampuan kerajaan Pas Kelantan untuk mentadbir negeri  tidak boleh diharapkan setelah rakyat Kelantan memberi peluang selama lebih 23 tahun, dimana ianya terbukti kegagalan kerajaan Pas Kelantan yang bertemankan retorik semata-mata.

Sudahlah begitu, kerajaan Pas Kelantan sekali lagi bertindak zalim dengan menyekat pembangunan rumah rakyat yang hendak dibawa masuk oleh kerajaan pusat, banyak masalah yang tak sepatutnya ditimbulkan, namun kerajaan Pas Kelantan memanfaatkan masalah itu demi mengekalkan kedaifan rakyat hanya kerana kepentingan politik sempit yang diterajui Pas, dengan pengekalan kedaifan itu, maka pimpinan Pas lebih senang untuk memupuk sifat assobiyah dikalangan rakyat sekaligus mendakwa, kita rakyat Kelantan ni susah sebab kerajaan BN yang zalim sekat itu dan sekat ini.

Sampai bilakah rakyat Kelantan ingin terus bernaung dibawah penipuan kerajaan Pas Kelantan ?, berdosakah kiranya kita memberi SEKALI peluang cuma kepada kerajaan BN untuk mentadbir Kelantan ? Allah tidak akan mengubah nasib kita, jika kita sendiri yang tidak berusaha untuk mengubahnya.

Memang benar rezeki ada dimana-mana jika kita rajin berusaha, namun kita jangan fikir untuk mendapatkan emas jika kita melombong timah, bagaimana kita usaha sekalipun untuk mendapatkan emas dilombong bijih timah ianya tidak akan bermakna, jika ada ianya satu keajaiban dan bukannya kebanyakkan.

Justeru sudah tiba masanya untuk kita rakyat Kelantan melakukan perubahan demi masa depan kita dan generasi kita yang akan datang, usah dibimbang, masa depan generasi anak-anak wakil rakyat Pas semuanya sudah terjamin berbekalkan tanah-tanah yang telah sedia untuk diwariskan dari bapa-bapa mereka selaku wakil rakyat. Namun nasib dan masa depan kita bagaimana ??? Anda Mampu Mengubahnya.

 Kalau nak rumah pangkah BN, kalau nak ceramah pangkah bulan


Nik Aziz Tahu Ke Wanita Mengandung 8 Bulan Ni Dipenjara 8 Bulan Di Negeri Kerajaan Bulan

KOTA BHARU - Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan memiliki pelbagai jenis dadah tahun lalu.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Norhasliza Muhamad, 30, mengaku bersalah bagi kesemua tuduhan iaitu dua daripadanya memiliki pil kuda, satu tuduhan memiliki heroin, satu tuduhan lagi memiliki Nimetazepam dan satu tuduhan lain memiliki ganja.

Norhasliza dari Kampung Guchil, Jalan Bayam itu didakwa melakukan kesemua tuduhan terbabit pada 2 September tahun lalu jam 6.45 petang bersama tiga lelaki lain yang tidak mempunyai hubungan dengannya di sebuah rumah di Jalan Pondok Pasir Tumboh, Kampung Machang, Limbat di sini.

Manakala, dua daripadanya iaitu Tuan Mohd Azharaf Tuan Jaafar, 27, dan Mohammad Nuriman Hafiz Roslan, 25, mengaku tidak bersalah manakala seorang lagi, Tuan Affendi Tuan Jaafar, 36 tidak hadir ke mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa memiliki pil kuda seberat 0.17 gram (g), kedua didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.12 g, ketiga pula secara bersama-sama didakwa miliki pil kuda seberat 0.19 g.

Seterusnya pertuduhan keempat pula didakwa memiliki dadah jenis kanabis (ganja) seberat 2.18 g manakala untuk pertuduhan kelima mereka didakwa memiliki Nimetazepam seberat 0.01 g.

Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) kecuali pertuduhan keempat didakwa mengikut Seksyen 6 ADB.

Seksyen 12(2) memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih lima tahun manakala Seksyen 6 memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Limbat dan menahan tiga lelaki bersama seorang wanita yang berada di ruang tamu rumah. Hasil pemeriksaan polis menjumpai dadah terbabit.

Ketika prosiding Norhasliza yang hadir tanpa peguam itu meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan terhadapnya.

Kemudiannya Nik Habri menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi kesemua pertuduhan dan diarahkan berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkapan.

“Saya mempertimbangkan anak kamu yang dalam kandungan, saya jatuhkan hukuman penjara lapan bulan sahaja kepada kamu. Saya harap kamu menyesal dan tidak buat lagi, Kalau selepas ini buat lagi tidak ada gunanya,” katanya.
Sama je apa yang berlaku dengan negeri yang ada disko, kedai judi dsbnya ni apa ke halnya? Takder pusat maksiat tu baguslah, tapi itu tak bermakna kerajaan negeri boleh mengabaikan tanggungjawab dalam membangunkan negeri dengan menarik pelabur datang melabur ke Kelantan sekaligus dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Apapun fikir-fikirkanlah, Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.

Sultan Sulu Tarik Balik Gencatan Senjata, Arah Tenteranya Lancar Operasi 'Serang Dan Lari'

Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan media, Jamalul Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.

"Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?" katanya kepada para pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan 'The Philippine Star'.

Sementara itu, jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani yang menyifatkan tindakan memasuki Sabah sebagai satu 'perjuangan' berkata tenteranya akan meneruskan 'perjuangan' mereka.

Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara "serang dan lari" terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut laporan, adik lelaki kepada Jamalul, Azzimudie Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.

Idjirani juga mendakwa Azzimudie dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengannya pada malam Sabtu.

Katanya, tentera Sulu yang pada masa ini berjumlah 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu mengesan mereka.

Video - Nik Aziz : "kalau Anwar Tu Liwat Sekalipun Dah Dia Tu Cerdik, Terima Dialah"

Berhubung isu penyebaran gambar hubungan seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kaum sejenisnya, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan ianya  berlaku, namun Nik Aziz tidak bersetuju serangan berbentuk peribadi dilakukan keatas Anwar sebaliknya mengalukan berlawan politik dengan berhujah.

"Anwar budak cerdik, Anwar ni budak cerdik, payah kalau Umno tak singkir dia, ni cara pemimpin Umno dia semata-mata, kita orang politik ni mesti kita lawan hujah, bukan lawan peribadi, kalau Anwar tu tempang sekalipun dah dia tu cerdik, terima dialah".

Bagaimanapun tanpa disedari Nik Aziz mula menerima kenyataan dimana Anwar seorang homoseksual, biarpun penerimaan itu tidak dinyatakan secara jelas, tapi ia sudah cukup dengan memberi perumpamaan "kalau Anwar tu tempang sekalipun dah dia tu cerdik, terima dialah".

Inilah yang dikatakan politik melangkaui serban, biarpun melakukan perkara yang tidak betul, tapi disebabkan pakai serban, perkara yang tidak betul tadi menjadi betul. Anda Mampu Mengubahnya.

Janji Tanah Tak Tunai, Husam Tambah Janji Taman

Kelantan tubuh panel kaji beri bekas tentera tanah

4 April 2012

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan telah membentuk satu jawatankuasa berhubung pemberian tanah kepada bekas anggota tentera yang dilahirkan di Kelantan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Md Anizam Abd Rahman.

Beliau berkata, jawatankuasa itu yang diketuainya dan dibantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Datuk Abdul Fatah Mahmood akan mengenal pasti kriteria tertentu sebelum melaksanakan pemberian tanah tersebut.

"Jawatankuasa ini juga akan mengenal pasti jumlah sebenar bekas tentera yang akan dianugerahkan tanah tersebut berdasarkan kriteria yang akan ditetapkan... mengenal pasti tempat atau kawasan tanah yang akan dianugerahkan," katanya pada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata pemberian sekurang-kurangnya 0.809 hektar tanah kepada bekas tentera itu dibuat selaras dengan perintah Majlis Angkatan Tentera bahawa bekas anggota tentera layak diberi tanah. Md Anizam berkata, langkah pemberian tanah tersebut juga diambil selepas menerima banyak permohonan daripada persatuan bekas tentera dan ia tiada kaitan dengan pilihan raya umum akan datang.

"Kita faham bahawa bekas tentera, ada yang berhenti daripada perkhidmatan, tidak berpencen dan sebagainya, mereka membuat permohonan berikutan tidak mempunyai tanah untuk berladang ataupun tapak rumah," katanya lagi.

Sehingga kini janji tinggal janji, jawatankuasa demi jawatankuasa dibentuk oleh kerajaan Pas Kelantan, Exco bohong silih berganti, dalam pada bohong tu sempat lagi nak tambah bohong.

Kerajaan Kelantan mungkin akan menimbang untuk mewujudkan Taman Perwira sebagai ganjaran khas kepada perwira negara yang terkorban mempertahankan kedaulatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata minggu hadapan mesyuarat exco diadakan dan ianya boleh dicadangkan pada mesyuarat itu.

“Saya tak berani nak umumkan lagi berhubung perkara itu, lagipun ianya belum dibincangkan lagi dengan Tuan Guru dan di peringkat kerajaan negeri.

Sambungnya, mungkin taman berkenaan boleh diwujudkan untuk diberikan lot-lot tanah kepada keluarga perwira yang terkorban bagi mengenang jasa mereka.

Pejuang Yang Terkorban Di Lahad Datu Bukan Syahid 'Dunia Akhirat' - Ketua Dewan Ulamak Pas

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib mendakwa anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah hanyalah sebagai 'syahid dunia' bukannya 'syahid dunia akhirat'.

“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.

Kenapalah pemimpin-pemimpin Pas ni selalu menyakitkan hati umat Islam, asal saja tidak berjuang dengan Pas, kehidupan serta kematian mereka akan dicuba sedaya upaya untuk dipertikaikannya. Apa salahnya kita kata pejuang negara kita yang terkorban itu syahid, tak perlulah nak panjangkan sampai kepada syahid dunia dan syahid akhirat, cukup saja sekadar syahid.

Ini kerana, tentang niat itu perkara didalam hati, tiada siapa yang tahu melainkan Allah, apabila kita sendiri tidak jelas akan niat pejuang yang terkorban itu, kenapa kita memilih untuk meletakkan ia sekadar 'syahid dunia' dan bukannya syahid dunia akhirat, apakah kerana politik ? Jika niat pejuang itu untuk mempertahankan Islam bagaimana ?, adilkah kita untuk melabel ianya sekadar syahid dunia.

Apabila kita sebut mempertahankan negara, maknanya ia sudah merangkumi Islam, kalau negara huru-hara diserang pengganas, apakah kita masih boleh melaksanakan ibadah dengan aman dan sempurna ? menjalani kehidupan sebagai muslim dengan sempurna.

Agaknya berapa orang dah pemimpin Pas ni yang mati mempertahankan Islam di medan perang? hormatilah perasaan waris-waris pejuang dengan kita tidak mempertikaikan pengorbanan nyawa mereka untuk mempertahankan agama bangsa dan negara.

Sedarlah, berapa besar jasa kita kepada negara ini untuk kita tidak menghargai kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa demi keamanan kita sehingga layaknya untuk kita mengtakrifkan pejuang yang terkorban itu hanya syahid dunia. Anda Mampu Mengubahnya.

Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat: “Siapakah yang dikira syahid menurut kamu?” Para sahabat berkata: “Orang yang dibunuh dijalan Allah, merekalah orang Syahid.” Rasulullah berkata: “Kalau begitu, umat aku akan sedikit (kerana bukan semua yang turun berperang)” Mereka pula bertanya: “Kalau begitu, sipakah mereka wahai Rasulullah?” lantas Rasulullah berkata: “Siapa yang dibunh dijalan Allah (jihad perang) maka di syahid, dan siapa yang mati dijalan Allah maka di syahid, dan siapa mati akibat taun maka dia syahid, dan siapa mati (akibat penyakit diperutnya) maka dia syahid.”

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel RA (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.”

Husam Musa Tiada Kredibiliti, 3 Pembohongannya Terbongkar - Video


Pertama - Mengenai perumahan rakyat

Dakwaan Husam:
1.) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri Kelantan apabila menjual hampir 70 peratus dari  1003 unit rumah yang dibina di Taman Merbau Utama di Kok Lanas kepada sebuah syarikat lain.

- Penjualan unit rumah tidak memerlukan kelulusan kerajaan negeri kerana projek dibina di atas tanah persendirian dan bukan di atas tanah kerajaan negeri. SPNB terpaksa menjual rumah itu kepada syarikat swasta kerana prestasi jualan yang tidak memberangsangkan. Sejak pelancaran jualan pada April 2009 hanya lebih 100 unit  yang berjaya dijual sehingga Disember 2010. 

Penjualan itu adalah bagi membolehkan pembayaran tuntutan kemajuan pembinaan oleh pihak kontraktor selain membolehkan pembayaran balik pinjaman yang telah diperolehi oleh SPNB. Jumlah unit pembinaan pula ialah 905 unit sahaja.

2.) SPNB telah menjual hampir 70 peratus lot-lot rumah itu secara pukal kepada syarikat Panca Astaka yang ditubuhkan pada tahun 2010.

- Penjualan itu bukan secara pukal tetapi secara pembayaran individu dan bersyarat di mana pihak syarikat perlu mendapatkan kelulusan pindah milik daripada kerajaan negeri. 

3.) SPNB memperolehi peruntukan kewangan dari Kementerian Kewangan sepatutnya menjual rumah-rumah itu secara langsung. 

- SPNB tidak memperolehi peruntukan daripada kerajaan persekutuan sebaliknya membuat pinjaman dari Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP).

4.) Syarikat Panca Astaka telah membuat pembelian  pada 1 Disember 2010 dengan terma yang begitu mudah iaitu pembayaran deposit sebanyak RM300  seunit.

- Pembayaran sebanyak RM 6.6 juta kepada SPNB sehingga kini iaitu bersamaan 13 peratus daripada harga jualan dimana secara purata penerimaan hasil jualan adalah RM10,000 seunit. 

Kedua - Mengenai durian runtuh kepada felda, percanggahan persepsi auta dengan Rafizi

1.) Husam kata Kerajaan sepatutnya bagi RM 38,000 setiap keluarga, Rafizi pula kata RM 50,000 sekeluarga.

2.) Husam kata kerajaan hanya membelanjakan RM 500 juta bukannya RM 2 Billion seperti yang di war-warkan dan mempertikaikan kemana perginya RM 1.5 Billion lagi ? Rafizi kata kerajaan membelanjakan RM 1.689 Billion dan mempertikaikan kemana perginya RM 3,942 Billion lagi.

Ketiga - Mengenai Mustapa Mohamad menang dengan undi tentera bukan undi rakyat

Bila disebut Mustapa Mohamad bukan menang dengan undi rakyat tapi menang dengan undi tentera, ini bermakna majoriti kemenangan Mustapa adalah mengikut jumlah bilangan undi pos, secara logik faktanya bilangan undi pos mesti setara atau melebihi majoriti yang dimenangi oleh Mustapa.
Namun bagaimana jika majoriti yang dimenangi oleh Mustapa yang berjumlah 4436 itu melebihi undi pos ? Adakah Mustapa boleh disebut menang dengan undi tentera ?

Ini kerana di Parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997 undi pos keseluruhannya, dalam Dun Bukit Bunga 1,554, Dun Kuala Balah 1,149 dan Dun Air Lanas 294.

Maka bagaimana Husam boleh kata Mustapa menang dengan undi tentera ? Adakah angka 2997 undi pos itu lebih banyak daripada 4436 angka majoriti kemenangan yang diperolehi Mustapa? Andainya semua 2997 tentera mengundi Pas, bukankah Mustapa masih mampu menang dengan majoriti sebanyak 1439 undi, jadi dimana asasnya tuduhan Husam bahawa Mustapa menang dengan undi tentera dan bukannya dengan undi rakyat.

Setelah melihat secara rambang tiga fakta dakwaan Husam itu cacar marba, apakah anda tidak dapat membayangkan kalau 100 perkara yang keluar daripada mulut Husam itu, makanya kesemua 100 perkara itu tidak boleh dipakai, kerana itu adalah hakikat sebenar Husam dan pemimpin Pas. Anda Mampu Mengubahnya.

"Tak dok ko tuan loyar nok tulong ambo nok fail saman ko Husam kecep pelawok ni , sebab kes duk pelawok lagu ni lah rakyat Kelate tertipu dan sokong Pas, natijahnya kesengsaraan dan derita jua yang ditanggung rakyat".

Cis ! Menteri Dan Pengerusi SPNB Dedah Dalang Sebenar Pembinaan Rumah Rakyat Di Kelantan

PETALING JAYA - Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron mencabar kerajaan Kelantan membina rumah sendiri jika tidak puas hati dengan agensi tersebut.

Menurutnya, SPNB sukar melaksanakan projek perumahan di Kelantan kerana tidak pernah mendapat kerjasama kerajaan negeri.

Berikutan itu, pembangunan SPNB di negeri Kelantan adalah menerusi pihak ketiga.

Malah, kata Idris pihaknya terpaksa menjual rumah yang dibina di Taman Merbau Utama di Kok Lanas, Kelantan kepada syarikat swasta kerana prestasi jualan yang tidak memberangsangkan.

Sejak pelancaran jualan pada April 2009 hanya lebih 100 unit yang berjaya dijual sehingga Disember 2010.

Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron berkata, penjualan itu adalah bagi membolehkan pembayaran tuntutan kemajuan pembinaan oleh pihak kontraktor.

“Ia juga untuk meningkatkan prestasi penjualan projek serta membolehkan pembayaran balik pinjaman yang telah diperolehi oleh SPNB,” katanya.

Idris mengulas kenyataan exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang mendakwa SPNB menjual kira-kira 70 peratus unit rumah projek berkenaan kepada syarikat swasta iaitu Pasca Astaka Sdn. Bhd (PASB).

Sementara itu, masalah berkait pembinaan rumah rakyat ini turut didedahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, menurut beliau, program Perumahan Rakyat (PPR) yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan sukar untuk dilaksanakan di negeri ini disebabkan masalah tanah.

Beliau berkata skim tersebut akan dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan memberikan sumbangan iaitu tanah untuk pembinaan rumah di bawah program berkenaan.

Menurutnya, sumbangan itu amat penting bagi menjimatkan kos pembinaan rumah terbabit bagi memastikan ia mampu untuk dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.

“Bagi skim PPR di negeri-negeri, lazimnya tanah disumbangkan oleh kerajaan negeri. Ada sesetengah negeri tidak ada tanah untuk dibangunkan perumahan PPR.

“Jika tidak ada tanah sukar untuk kita bina rumah kerana ia akan menambah kos pembangunan. Jadi, negeri yang ada tanah kita akan bina dahulu, itu keutamaan kita, bagaimanapun bermula tahun depan kita akan membeli tanah untuk membina perumahan ini kerana rumah ini sudah boleh dijual,” katanya.

BUKTI Pas Menerusi Takiyuddin Halang Pembinaan Rumah Rakyat Di Kelantan

KOTA BHARU - Beginilah sikap pemimpin Pas apabila kerajaan pusat cuba untuk membantu rakyat Kelantan, namun dipentas ceramah, mereka mendakwa pemimpin BN jualah yang menyekat pembangunan di Kelantan, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya, pemimpin Pas sanggup melihat kesengsaraan rakyat Kelantan daripada dibantu oleh kerajaan pusat hanya semata-mata kerana politik sempit mereka.

Jika ada yang masih bertanya, kalau pemimpin BN ikhlas untuk bantu rakyat, kenapa harus menang PRU terlebih dahulu baru boleh buat pembangunan, jawapannya seperti berikut:

Pembinaan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1Ma) yang bakal dirasmikan tapak pembinaannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Kampung Raja Udang, di sini petang ini mencabar undang-undang Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Ia tanpa mendapat kebenaran merancang atau pelan yang diluluskan untuk pembinaan oleh MPKB-BRI.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Perdana Menteri bakal merasmikan projek perumahan yang tidak sah.

Menurutnya, mana-mana projek perumahan yang akan dibina di sesebuah negeri, pemaju perlu menyatakan beberapa syarat, antaranya pembangunan berkenaan tidak mengganggu kawasan sekitar.

Katanya, syarikat yang bakal membina perumahan itu perlu berbincang dengan kerajaan negeri, sama ada dalam urusan tanah atau sebagainya.

"Pada masa yang sama apabila pemaju ingin memasuki kawasan yang ingin dimajukan, mereka perlu mendapatkan permit pelan tanah, kena ada rumah contoh terlebih dahulu.

"Bagaimanapun, katanya semua perkara itu tidak ada, pelan tanah juga tidak ada, ini bererti pemaju telah melanggar syarat serta undang-undang MPKB-BRI," ujarnya.

Takiyuddin seterusnya memberitahu, untuk membina perumahan itu, kena ada sistem perparitan, jika tidak dengan jumlah yang begitu banyak unit rumah terbabit, air pengguna hendak dialirkan ke mana.

Sambungnya, pada masa yang sama kawasan terbabit begitu rendah dan ia perlu ditimbun, apabila ia telah menjadi tinggi, kawasan sekitar akan menjadi rendah dan masalah banjir pula berlaku.

"Semua perkara ini perlu dinyatakan dalam surat permohonan yang dimaksudkan tadi," ujarnya.

Pada masa yang sama, untuk menyiapkan unit rumah yang begitu besar, jalan utama juga perlu dibesarkan sekitar 50 kaki.

Katanya lagi, jika demikian ia akan berlaku masaalah pengambilan tanah baru sekiranya tanah tersebut bukan milik kerajaan.

Tambahnya, adakah pembelian tanah orang ramai telah diselesaikan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak termakan lagi dengan janji BN kerana ia hanya janji yang tidak akan ditepati.

"Permohonan oleh syarikat terbabit untuk mendirikan rumah tersebut tidak pernah berlaku kerana tiada sebarang hitam putih dari MPKB.

"Ia hanya janji murahan politik kerajaan BN untuk memancing undi sempena PRU13," ujarnya.

Takiyuddin seterusnya melahirkan rasa kehairanan kenapa projek itu perlu diadakan di kawasan itu.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru Raja Udang, Ismail Ahmad, menyerahkan memorandum bantahan kepada MPKB-BRI kerana berlaku pencerobohan tapak hak milik persendirian untuk dijadikan jalan atau laluan kepada projek tersebut. (Gambar atas)

Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Takiyuddin Hassan sempena majlis perjumpaan itu malam tadi.

Nak bantu rakyat pun bukan main lagi halangan dan karenah birokrasi kerajaan Pas Kelantan ni, kalau nak tunggu kerajaan Pas Kelantan yang buat rumah untuk rakyat ni, alamatnya tak berumahlah rakyat sampai ke tua.

Apapun perkara yang ditimbulkan oleh Takiyuddin diatas jelas menampakkan kepala otak puak Pas ni jenis yang bagaimana, sepatutnya dah kerajaan pusat nak buat rumah untuk rakyat, kerajaan negeri perlulah bagi kerjasama, jangan duk cari masalah dan alasan semata-mata, soal masalah infrstruktur lain seperti longkang, jalan dsbnya itu soal yang remeh dan mampu difikirkan oleh kerajaan negeri, kalau tak kerajaan negeri duk buat apa ?

Bagaimanapun soal infrasturuktur itu kita percaya ianya sudah termasuk didalam perancangan pembinaan rumah tersebut, Pas jangan duk buat 'darat' gong lagu tu, sebab pembinaan rumah rakyat ni bukan pertama kali dibuat oleh kerajaan pusat diseluruh negara, jangan pula nak ajar itik berenang.

Kalau macamnilah cara penerimaan pimpinan Pas Kelantan terhadap pembangunan yang hendak dibawa ke Kelantan, makanya PRU 13 ni sama-samalah kita 'lu pikirlah sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.

Terima Kasih Abe Jib Dan Abe Mi, 23 Tahun Doh Kito Tunggu Rumah Rakyat Ni, Akhirnyo Buleh 1000 Butir

Pemimpin yang ikhlas berjuang untuk rakyat ciri-cirinya pasti mengotakan kata janjinya dengan begitu jujur tanpa sebarang helah dan alasan, ciri ini terbukti ada pada sosok tubuh Datuk Fatmi Che Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Bharu merangkap Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. 

Kesungguhan dan keikhlasan beliau membantu rakyat dengan membawa permasalahan rakyat Kota Bharu kepada pengetahuan YAB Perdana Menteri akhirnya membuahkan hasil apabila YAB Perdana Menteri bersetuju meluluskan pembinaan sebanyak 1000 buah rumah rakyat, ia akan dibina di Wakaf Mek Zainab dan upacara Majlis pecah tanah akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri sendiri pada 15 Mac 2013.

Sumbangan yang cukup bernilai hasil usaha beliau dari kerajaan 'Janji Ditepati' ini pasti menggembirakan seluruh warga Kota Bharu, jasa beliau yang cukup besar ini juga pasti tidak mudah dilupakan oleh penduduk disini, kerana dengan terbinanya rumah rakyat berkenaan ia mampu menyelesaikan masalah penempatan bagi 1000 keluarga yang selama ini tidak mempunyai kediaman sendiri.

Diatas bukti pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat ini, maka kami warga Kota Bharu berkeyakinan, dimana daya pimpin yang dimiliki oleh beliau berupaya menyelesaikan setiap permasalahan rakyat atau dengan kata lainnya melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin kiranya beliau kami pilih untuk mewakili kami ke Parlimen kelak, dan dengan itu tidak ada alasan lagi untuk kami tidak memilih beliau.

Kerana kami sedar, tidak semua rakyat dalam parlimen di Kelantan ini bertuah untuk mendapatkan rumah rakyat lebih-lebih lagi apabila tidak mewakilkan parlimen kepada pemimpin-pemimpin berwibawa daripada kerajaan Barisan Nasional.

Justeru, kami sebagai warga Kota Bharu akan memastikan pemimpin yang berjasa ini diletakkan ditempat yang sepatutnya setanding dengan keupayaan beliau agar segala nikmat akan dapat dituai rasa bersama. 

Janji kami, 'kami akan bantu Datuk untuk bantu rakyat'. Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YAB Perdana Menteri serta Datuk fatmi Che Salleh diatas permulaan membina 1000 buah rumah rakyat ini. Anda Mampu Mengubahnya.

- Warga Kota Bharu dijemput hadir beramai-ramai dan borang untuk mendapatkan rumah rakyat ini akan mula diedarkan esok, 15 Mac 2013. Jangan lepaskan peluang yang ditunggu selama 23 tahun ini..




- Sumber gambar berkaitan tapak projek ihsan dari Warta Kota Bharu.