Cubaan Exco Kerajaan Pas Kelantan Gagalkan Pembinaan Rumah Rakyat - Video

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyangkal dakwaan kononnya menghalang pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wakaf Mek Zainab sebagaimana anggapan Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan sehingga kini Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menerima apa-apa permohonan untuk diproses.

Takiyuddin berkata, sepatutnya sebelum sebarang pembangunan dibuat, pemaju atau kontraktor perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) kepada pihak berkuasa tempatan untuk dinilai .

“Jadi setakat ini tidak ada apa-apa KM dipohon. Apa yang patut ada dalam KM ini ialah mengenai projek yang hendak dibuat itu seperti jumlah unitnya, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan sebagainya.

“Oleh itu saya ingin menyangkal tuduhan bahawa kerajaan negeri menghalang projek ini. Tidak timbul soal halang kerana tidak pernah buat permohonan. Kalau nak kata kita menghalang adalah sama ada tolak atau tidak luluskannya,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Mingguan Exco di sini, semalam.

“Bagi memenuhi keperluan akta itu, yang disebut sebagai pihak berkuasa perancang dalam MPKB ini ialah MPKB-BRI. Jadi kita minta supaya pemaju perumahan tersebut mengemukakan permohonan barulah supaya kita boleh teliti, dan barulah kita boleh menentukan sama ada projek ini boleh diluluskan atau tidak,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang projek dari mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat bagaimanapun pemaju perlu memenuhi syarat-syaratnya sebelum kelulusannya.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Mohd Fatmi yang menganggap kerajaan negeri sepatutnya menyokong perancangan pembinaan PPR dan bukannya bertindak menghalang atau menyusahkan dalam merealisasikan pembinaannya.

Begitulah jawapan daripada pemimpin pendatang berhubung dengan pembinaan rumah rakyat, jelas ia bertujuan untuk menyusahkan rakyat, andainya kerajaan pusat bermurah hati hendak membina bangunan untuk Pas di Kelantan, apakah proses sedemikian juga perlu dibuat oleh kerajaan pusat ?.

Sepatutnya kerajaan Kelantan yang perlu mohon dengan kerajaan pusat bagi menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai pemerintah yang bertanggungjawab sepenuhnya keatas rakyat Kelantan. Ini terbalik, orang yang hendak memberi perlu mohon kepada orang yang menerima.

Lagipun pembinaan rumah rakyat itu bukanya menguntungkan darisegi pembinaannya, malah kerajaan pusat bermurah hati untuk menjual rumah-rumah berkenaan pada suku harga yaitu RM35,000 daripada kos sebenar yaitu RM148,000.

Jika kerajaan Pas Kelantan benar-benar mengikut ajaran Islam, demi kepentingan rakyat, maka, soal permohonan dengan begitu karenah tidak akan ditimbulkan sama sekali, dan sekiranya Takiyuddin LAPAR sangat nak tengok plan, maka demi rakyat juga, pergilah minta dengan Fatmi atau agensi yang berkaitan bukannya menunjukkan ego seorang pemimpin yang langsung tidak berguna kepada rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.
Kenyataan berbelit Takiyuddin sebelum ini klik disini

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.