Nik Amar: Tidak Ada Seorang Pun Pemimpin Boleh Ganti Nik Aziz

KOTA BHARU - Pas Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno yang ada kini berkelayakan memimpin negeri itu, apa lagi mahu menggantikan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan agama yang luas.

"Kalau kita mahu perkasakan Islam, kena faham Islam, kalau nak jadi imam pun orang tak harap, macam mana mahu perkasakan Islam," kata beliau semasa ceramah Himpunan Kelantanku Hijau di hadapan penyokong Pas di Padang Perdana, di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakub; Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli.

Mohd Amar berkata demikian sebagai mengulas manifesto Umno Kelantan yang dilancarkan pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mahu menjadikan Islam sebagai tunjang utama dalam pentadbiran negeri sekiranya berjaya memerintah Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan ke Kelantan bulan lalu mengumumkan pembinaan masjid terbesar di Kelantan antara janji yang ingin dilaksanakan di negeri ini.

Sambil menyatakan apa yang dilakukan Umno Kelantan kini masih ‘jauh’ dari sasaran, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, tidak ada pemimpin dari parti lawan mampu setanding dengan kepimpinan yang ada dalam Pas .

"Nak perkasa Islam macam mana, pemimpin Umno di Kelantan ni maaf cakap lah, seorang pun tidak layak, bukan kata tak pandai solat, tapi ilmu tak setaraf, kalau nak, biarlah ianya setaraf dengan ilmu tok guru Nik Aziz," katanya.

Hairan sungguh puak Pas ni, mengagung-agungkan Nik Aziz seperti dugong, apa yang hebatnya Nik Aziz ni sampaikan angkuh mendakwa tidak ada seorangpun dikalangan pemimpin Umno yang boleh menandingi Nik Aziz? Kalau ilmu Nik Aziz nak kata tinggi tak nampak pula tinggi, lagipun kalau ilmunya tinggi takkanlah pada zaman dia tu habis belajar dia jadi guru Kemas, paling kurangpun jadi mufti.

Bukan kita nak hina, tapi bila nampak Nik Aziz diangkat sampai tak ingat dunia dan akhirat, maka kita juga ada hak untuk mempertikaikannya dari mana-mana aspek yang kita merasa sangsi untuk mengakui yang Nik Aziz ni benar-benar seorang yang berilmu. Namun kalau kata ilmu mantik kita akuinya ianya memang tinggi selain ilmu putar alam  dan 'mulas' perut.
Bagi contoh mudah jer, ketika mana cubaan Nik Aziz menghalau gangguan makhluk halus yang dikatakan jin api di rumah seorang nenek di Penambang beberapa bulan lalu yang terbukti gagal bahkan jin-jin tersebut semakin mengganas seakan mendapat suntikan semangat daripada Nik Aziz.

Memang betul kita hanya memohon Allah jua yang menentukannya, tapi apakah Nik Aziz turut berpegang dengan akidah seperti itu, setahu kita Nik Aziz yang sering menentukan dosa pahala orang lain, sebab tu Nik Aziz tahu 'Orang Umno solat tak dapat pahala', tak gitu ?
Jika Nik Aziz dikatakan Ulamak dan punyai ilmu yang tinggi tapi terbukti gagal menghalau jin, so apa lebihnya Nik Aziz itu ? Kerana makhluk halus ni ada hubungkait juga dengan agama, setinggi-tinggi ilmu Nik Aziz takkan tiada ayat special yang boleh menghalau jin berkenaan dari terus menggangu mangsa, setakat Ulamak cukur jambul yang tidak menampakkan kesan serta merta tu tak perlulah nak 'gebang' lebih sangat.Anda Mampu Mengubahnya

14 comments:

  1. Ni sore lagi ostad PAS baso bodoh sombong.

    Nik Amar pernah kata, kito mesti guna mesjid utk berpolitik, barulah kita tahu pemimpin kita tu reti agama ke dop, ada akhlak ke dop"

    Ambo setuju, sebab tu Mustafa Ali jadi lagu tu.

    ReplyDelete
  2. bongkaknya PAS...sy rasa antara ilmu agama Nik Aziz dgn ilmu agama guru pondok tinggi lagi ilmu agama guru pondok...

    ReplyDelete
  3. yang pemimpin umno kelantan tiada ialah kemampuan mengkafirkan orang dan mampu berhubung terus dgn Allah SWT bagi menentukan dosa diampun atau tidak. selain itu tiada pemimpin umno yang mampu bercakap riak, takbur dan ujub serupa dan setaraf dgn nik aziz. memang pemimpin umno kelantan kurang serba serbi berbanding tok guru tergaru-garu lebai nik abdul aziz nik mat.

    ReplyDelete
  4. Lebai sahaja tak cukup bang.

    ReplyDelete
  5. PAS memang Sombong dan Bongkak. Segala Fatwa yang menyesat dari pada Tuan Guru Nik Aziz semuanya di ikut tanpa usul periksa. Penyokong PASlah yang tidak berilmu. Tak kan asas Agama pun masih kurang di fahami. Faham mereka dah jadi macam Syiah pulak. Agaknya Tok Pa kawin Kontrak tak mengikut cara syiah apa yang berlaku di dalam Video itu?

    Amanat Tuan Guru Hadi bagaimana, walaupun telah pulohan tahun impaknya nyata. Perpecahan Umat Islam berlaku di Malaysia. Ini ke yang di katakan pemimpin yang berwibawa.

    Apa yang pehak lawan lakukan salah, tetapi kalau pehak mereka yang terang-terang salah masih boleh.

    Fikir-fikirlah.

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  6. Memang aku setuju dalam UMNO memang tak ada seorang pun yang 'bengong dan gila kuasa' macam nik aziz!!!! kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  7. BONGKAK..KAU TGK JELA PRU 13 NI..KASI TUKAR!!!

    ReplyDelete
  8. Sedih ambo bilo dengar kabar dari kapung di Kelate.

    Lo ning ore2 kapung pakat dop tegur sapa.

    Ibubapa nak buat kenduri kawin besar2 bulan Mei kena batalkan rancangan tersebut sebab takut kena boikot.

    Ambo dop ser tuduh pihak mana2, tapi bagi ambo antara peranan ulamak ialah menyatukan umat, bukan memecahkan umat.

    ReplyDelete
  9. Aku sokong memang tiada sesiapa pu yang layak mengganti Nik Aziz... sebab orang lain tak tau buat kerja Allah Taala, hanya ulama songsang yang sekor ni jer yang tau..mampos dia nanti memang tiada penggantinya.

    ReplyDelete
  10. Aduh, bongkak nya.

    ReplyDelete
  11. nak buat macam mana..orang tua tak sedaq diri tu dok rhuntun lagi jawatan tu...lutut pon dah lembik..asyik tidoq ja kerja dia...gaji buta

    ReplyDelete
  12. Betul ! tidak ada yg layak menggantikannya, dan jgnlah ada yg menggantikannya. Ilmu tinggi, hingga tahu siapa ke syurga dan siapa ke neraka, tahu juga solat siapa diterima, solat siapa tak diterima. Ilmu tinggi juga hingga boleh menafsirkan ayat ayat Al Quran sekehendaknya.

    ReplyDelete
  13. GEMPAR ......... PERLU PEMIKIRAN KRITIS UTK MEMAHAMI

    1. Solat merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang seperti membunuh, berzina, memakan harta anak yatim dan juga dosa-dosa kecil yang dilakukan terus menerus.

    2. Allah s.w.t menegaskan bahawa solat yang dilakukan oleh seseorang itu boleh mencegah pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran.

    3. Baru2 ini Nik Aziz membuat fatwa bahawa solat org UMNO adalah sia2.

    4. Allah maha besar, keangkuhan Nik Aziz dipamirkan kpd rakyat jelata dgn tersebarnya video Cikgu Pa.

    5. Memang benar solat merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar, namun kini terbukti dgn nyata solat golongan mana yg sia2.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  14. Ilmu yang Allah SWT pinjamkan untuk dikembangkan dengan pertuturan, perbuatan dan perlaksanaan yang baik.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.