Video - Dr Asri Dan Tok Pa Sependapat: Nak Jadi Seorang Pemimpin Tak Semestinya Ulamak

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan rendah diri mengakui ilmu agama yang dipelajari beliau tidak tinggi dan setanding dengan ilmu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seperti yang didakwa oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurut Mustapa, untuk menjadi seorang pemimpin tak semestinya ia Ulamak, seorang pemimpin memerlukan ciri kepimpinan yang cemerlang dan bukannya hanya satu sifat sahaja.

Beliau berkata, diakui golongan ulama boleh memimpin tetapi apa yang berlaku di Kelantan pada masa ini, BN yakin boleh memberi kepimpinan lebih baik.

"Gabungan antara ulama dan umarak (pemimpin) itu kita mantapkan. Kita yakin ada barisan calon-calon mahu pun tokoh agama yang boleh kita tonjolkan.

"Yang pokoknya (penting) ialah membangunkan negeri perlu selari dengan agama dan kemajuan , buat perubahan, kemakmuran, perpaduan, dan agama itu penting tetapi bukan itu sahaja kerana banyak juga perkara lain," katanya dalam satu ucapan bersama jentera BN Kelantan disini.

Mustapa atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa oleh rakyat Kelantan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian bahawa PAS Kelantan mendakwa tiada seorang pun pemimpin Umno negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan, apatah lagi mahu menggantikan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Amar dipetik sebagai berkata, pemimpin yang ingin mengganti atau mengambil alih kuasa kepimpinan sekarang haruslah seorang yang mampu untuk mentadbir negeri dan mempunyai pengetahuan ulama yang luas.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata, tidak semestinya ulama boleh memimpin dengan baik atau mungkin boleh untuk memimpin tetapi apa yang dimahukan parti itu adalah kepimpinan yang cemerlang.

"Ini bukan satu perkara baru, itu merupakan bahan kempen (PAS) sejak tahun 90-an lagi sampai sekarang.

"Rakyat Kelantan pada hari ini sudah mula bangkit dan inginkan perubahan kerana rakyat Kelantan tahu dalam mana-mana pemimpin dalam organisasi pun memerlukan banyak sifat kepimpinan, bukan satu sahaja," katanya.

Biarpun Tok Pa tidak digelar Ulamak atau Tok Guru, namun kenyataan Tok Pa itu dilihat selari dengan pendapat Ulamak, ini kerana Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin juga berpendapat, ciri-ciri menjadi seorang pemimpin ia tidak semestinya seorang Ulamak, Islam tidak meletakkan syarat untuk menjadi seorang pemimpin ianya mesti Ulamak.
Jika ia seorang Ulamak yang sudah tidak berkemampuan darisegi kesihatan mahupun ilmu mentadbir, ianya tidak layak untuk dilantik menjadi pemimpin, Pemimpin sebuah negeri tidak tertumpu kepada duduk di'balaisoh' atau berceramah semata-mata, lebih-lebih lagi ceramah Ulamak yang 85 peratus isi ceramahnya mengajak rakyat kepada Pas bukan kepada Allah.

Bukti gambar diatas turut menunjukkan pentadbiran negeri bukan sekadar punyai ilmu agama yang tinggi sahaja, pentadbiran memerlukan kerjasama dengan pihak luar dalam menjayakan sesuatu projek untuk membangunkan negeri, sudah pasti orang asing seperti diatas tidak tahu bercakap loghat 'Kelate', namun adakah Nik Aziz tahu bercakap 'Omputeh' ? Kalau tak tahu berdiri kat belakang je jadi 'tukang perati'.

Jika merasakan persolan mengenai adakah Nik Aziz tahu bercakap 'Omputeh' itu satu penghinaan kepada Nik Aziz yang memang tidak tahu bercakap 'Omputeh' itu, bagaimanapula dengan dakwaan Nik Amar yang mengatakan "tiada seorang pun pemimpin Umno negeri yang ada kini berkelayakan memimpin Kelantan" kerana disifatkannya tidak mempunyai ilmu agama setinggi Nik Aziz. Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. Nik Amar angkuh membuat kenyataan seolah-olah tiada siapa dpt menandingi ilmu Nik Aziz...ohh dunia..saya kagum dengan pembangunan di Jeli..harap dapat jumpa Tok Pa secara personal nanti...hidup BN!

    ReplyDelete
  2. salam dato sri,
    di sini ana ingin mengutarakan suara rakyat kelantan yg inginkan perubahan.Ana mendengar beberapa siri ceramah umno di kelantan, beberapa bekas calon umno kelantan mengatakan bahawa diri beliau masih lagi terpilih utk menjadi calon umno bg pru13, mereka ialah anuar musa, dali omar, dato ramzi,dato mat ghani..jika mereka ini benar2 dipilih, maka senang cerita umno kelantan akan tewas dan beberapa kerusi parlimen utk mnyokong dato sri akan tumbang..nampaknya dato sri tidak mendengar rintihan drp rakyat kelantan tetapi mendengar cadangan drp perhubungan umno yg cukup pandai mengurus kementerian tp sangat lemah utk mngurus parti..
    dali omar di kenali di kota bharu malah di pengkalan chepa sbg seorg guru, selepas bergiat dlm umno, dali menayangkan siri kekayaan beliau seperti memiliki kereta mewah bmw 7siries pada masa tersebut kpd rakyat melalui projek2 yg dpt ke tgn beliau..beliau juga memiliki rumah banglo yg besar..rakyat pengkalan chepa tidak menyukai beliau dan pasti beliau akn kalah dgn mudah dgn mana2 calon pas atau meletakkan kucing bertanding dgn beliau, kucing pasti jd pilihan...begitu juga dato mat ghani, beliau hanya sekolah smp darjah 6, selalu berada di kl , rakyat kubang kerian dahagakan calon yg boleh membawa mereka kpd kebaikan seperti turun padang ...jika mele tak beliau, pukul 11 pagi 1 parlimen tumbang...
    begitu juga dgn anuar musa, di kampung dan pekan tidak suka kpd beliau ..saudara mara beliau sendiri tidak mnyokong beliau , tidak dinafikan beliau mempunyai ramai peminat bola tp mereka ini semua bukan pengundi parlimen ketereh...
    Akhir kata, dato sri kaji lah , jika ingin merampas kelantan. letaklah calon yg dipilih rakyat. Dato pa hanya pandai mengurus kementerian tp beliau takut mereka2 ini mensabotaj jd dato pa meletak nama mereka ini sbg calon..yg pasti umno akan tumbang dan dato sri kehilangan sokongan parlimen..tq salam

    ReplyDelete
  3. bro pertama dali omar bukan ketua umno bahagian pengkalan chepa dali omar adalah bekas pemain bolasepak kelantan zaman 70an, kedua dali ketua umno bahagian pengkalan chepa adalah bukan bekas guru pun, ternyata bro seorang yang amat dangkal dalam membuat pencerapan baik dari segi nama dan apatah lagi nak percayakan pertikaian pada kredibiliti tok pa, satu lagi kedangkalan bro adalah menyatakan kesalahan memilih calon adalah kesalahan tok pa, telah lama di umumkan oleh PM semua kuasa menentukan calon adalah ditangan PM , Tok Pa hanya mampu mencadang nama yang sesuai itu sahaja........ semua calon yang diletakkkan akan semua x kena dimata penyokong masing2 kerana masing2 ada penyokong....... PM pula bukan hanya rely pada laporan tok pa seorang malah berbagai sumber dalam menentukan siapa yang mahu di letakkan sebagai calon... dan tugas utama penyokong BN hanya untuk berkempen memenangkan calon yang telah ditentukan bukan bermain spekulasi sehingga hari mengundi.... andaikata ahli atau penyokong dalam parti tidak berpuashati dengan seseorang calon kerana calon pilihan mereka tidak diangkat jadi tentukanlah dalam pemilihan umno yang menyusul selepas itu dan hanya dengan cara itu ia menjadi isyarat yang jelas buat PM membuat keputusan seterusnya.......... jd sudah2 laa bro... diam itu lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mangkuk tu copy paste dari blog ke blog..meroyan sebab video Mustapha Ali kot?..waahhahaha. Lepas tu nak laga2 kan BN, dasar nak berkawan dengan syaitan camtu lah.

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.